"Allah your God will raise up for you a prophet like me (Moses) from among your brothers. You must listen to him; "([1] 18:15 This verse is quoted in the Injil, Acts 3:22and 7:37. The Injil clearly teaches that this verse was fulfilled in the coming of Prophet 'Isa Ibn Maryam.) daripada (Deuteronomy 18)"
Mereka akan mengatakan yang Moses menelah Jesus dalam ayat berkenaan kerana Jesus seorang Nabi dan Moses juga seorang Nabi, Moses dan Jesus keduanya bangsa Israel dan itu yang menjadi hujah kedua mereka.
Kita katakan bahawa jika hanya dua kriteria itu yang diambilkira untuk memberati Jesus dalam ayat berkenaan "Seorang Nabi seperti aku", maka Nabi-Nabi lain juga layak, kerana mereka juga Nabi dan mereka juga Bangsa Israel!
Bangsa Israel datang daripada keturunan Nabi Ibrahim, Ishak, kemudian Yaakub, dan seluruhnya yang terkenal, Yusuf, Ayub, Shuib, Musa, Harun, Zulkifli, Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasak, Yunus, Zakaria dan Yahya, semuanya selepas Yaakub adalah Nabi dan Bangsa Israel. Termasuk Isa AS.
Jika hanya dua kriteria ini yang diambil, maka hujah mereka amat lemah.
1) Jesus tidak seperti Musa, kerana Jesus menurut mereka adalah Tuhan sedangkan Musa manusia biasa.
2) Jesus tidak seperti Musa kerana Jesus mati untuk dosa-dosa dunia sedangkan Musa tidak mati untuk dosa dunia.
3) Jesus tidak seperti Musa kerana menurut mereka Jesus pergi ke Neraka selama tiga hari sedangkan Musa tidak.
4) Jesus tidak seperti Musa kerana Jesus dilahirkan tanpa bapa, sedangkan Musa lahir dengan kelahiran yang normal, dengan percampuran antara bapa dan emak.
5) Jesus tidak seperti Musa kerana Jesus tidak mempunyai bapa, sedangkan Musa mempunyai bapa.
6) Jesus tidak seperti Musa kerana Jesus tidak berkahwin sedangkan Musa berkahwin.
7) Jesus tidak seperti Musa kerana Jesus tidak mempunyai anak sedangkan Musa mempunyai anak.
8) Jesus tidak seperti Musa kerana Jesus ditolak oleh kaumnya sendiri, Bani Israel sehingga sekarang sedangkan Musa diterima kaumnya sebagai salah seorang utusan Allah.
9) Jesus tidak seperti Musa kerana Jesus mengikut mereka dibunuh di kayu salib sedangkan Musa meninggal secara alami.
10) Jesus tidak seperti Musa kerana Jesus menurut mereka berada di Syurga sedangkan Musa berada di dalam kubur.
11) Jesus tidak seperti Musa kerana menurut mereka Jesus akan kembali ke dunia pada akhir zaman sedangkan Musa tidak.
Jadi, jika bukan Jesus yang dimaksudkan oleh Moses dalam ayat di atas, siapakah Nabi berkenaan?
(Akan bersambung, insyallah)
No comments:
Post a Comment