Selain 25 nama Nabi Isa disebut dalam Al Quran, perkataan 'Al Masih" yang merujuk kepada Nabi yang sama disebut 11 kali, dan 'Ibn Maryam" atau "Anak Maryam" disebut 23 kali.
Jumlah perkataan yang merujuk kepada Nabi ini ialah 59 Kali! Ini tidak termasuk kisah-kisah sejarah dan lain-lain. Selain itu, Al Quran mengandungi surah "Maryam" yang mengandungi 98 ayat, iaitu nama bagi ibu kepada Nabi Isa AS malahan surah "Ali-Imran" yang mengandungi 200 ayat, bermaksud Keluarga Imran, iaitu datuk kepada Nabi Isa. Nabi Isa Bin Maryam Binti Imran.
Jelas sangat, Islam mengangkat Nabi Mulia ini ke darjat sangat tinggi.
Bukankah mereka yang menyambut Easter wajar membaca apa yang Al Quran tulis tentang Nabi Isa? Secara logik, jika bapa kandung kita Tun Mahathir, kita ingin membaca apa saja tulisan tentang bapa kandung kita? Sama ada authobiografinya, atau pewahamnya?
Jemputlah baca: Terjemahan Al Quran dalam BAHASA MELAYU dan BAHASA INGGERIS. Selain itu, boleh dengar bacaan Al Quran secara online di SINI. Lembaran Al Quran asal boleh lihat di SINI.
Bacalah dengan hati, kemudian tanya hati. Anda akan kagum.
Jangan tanya pokok, nanti di jawab 'angin yang goncang'...
Mana pokok boleh jawab, aparaaaa?
Kita sambung, perkataan 'ISA' dalam Al Quran, kali ini di Surah Ali Imran, 5 kali semuanya:
Al Quran, Ali Imran:
[45] (Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).
[52] Maka ketika Nabi Isa merasa (serta mengetahui dengan yakin) akan kekufuran dari mereka (kaum Yahudi), berkatalah ia:” Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?”. Orang-orang “Hawariyyuun” (Penyokong-penyokong Nabi Isa) berkata: “Kamilah penolong-penolong (utusan) Allah. Kami telah beriman kepada Allah, dan saksikanlah (wahai Nabi Allah) sesungguhnya kami ialah orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah).
[55] (Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan”.
[59] Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia.
[84] Katakanlah (wahai Muhammad): “Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam)”.
Insyaallah bersambung.
Sekian, wallahu'alam, wassalam.
MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com
No comments:
Post a Comment