Tuesday, March 5, 2013

Tuesday, February 26, 2013

When You Believe


Surah Al Qasas (28:40) Dengan sebab itu Kami mengepungnya bersama-sama tenteranya serta Kami humbankan mereka ke dalam laut; maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang zalim. (Terjemahan Penuh)

Surah Al Qasas (28:40) So We took him and his soldiers and threw them into the sea. So see how was the end of the wrongdoers. (Full Translation)

Dengarkan bacaan, recite.

Thanks.

Sunday, February 17, 2013

Pelaris Kedai Makan 3

Setakat ni sudah diberikan 6 pelaris. Ni yang seterusnya:



7) Cat:



Sebutannya: KET = Cat = Kucing. Macamanapun sayang tuan kedai dgn binatang ni, jgnlah biarkan cat berkeliaran dan mengganggu pengunjung. Tak semua pelanggan suka dgn kucing, kalau yang suka tu mungkin tak kisah depa. Tapi bagi depa yang fobia dgn kucing silap2 boleh bukak silat atas meja makan. Sebelum ada meja yang patah dikarate, pastikan kawasan makan kita bebas kucing. Kucing ni kalau kenyang takkan ganggulah kita, jadi buatla sesuatu bagi depa kenyang sebelum kedai dibukak. Atau selepas kedai bukak pun, carilah jalan bagi depa kenyang.



8) Cuci Clean:



Hal ini sgt penting, tak bolehlah kedai makan kotor dan jijik. Tandasnya, lantainya, pinggan mangkuknya, sudu garpunya, pakaian pekerjanya, dapurnya, sillingnya, longkangnya, singkinya, bekas sabun di singkinya, kerusi mejanya, semua ni kena cuci clean. Paham?



Lepas satu geng masuk makan perlu ada follow up ke atas meja ni dgn cepat, cuci clean. Jangan ada sebarang kotor. Mematikan selera. Begitu juga dgn tandas dan longkang, sinki. Tak salah kalau ada sorang pekerja yang concentrate hal ni. Keja dia ronda ruang makan, dapur, singki, meja, tandas dan buat pencucian segera sepanjang masa kedai bukak.



Semua orang pun tau hal ni cuma tak buat je......



9) Change:



Kedai pun perlu ada perubahan2 kecil supaya tak menjemukan. Menunya, susunaturnya, buku menunya (ni buku menu hazap nak tengok, berkurun), hiasannya, uniformnya, pendek kata semuanya. Perlu ada sikit sebanyak change bila beroperasi lama. Jangan duk tang tu jugak nanti orang bosan.



Okeh, insyaallah nanti sambung.



Nak minum.



Wassalam.

via arkam@mobile®

1st Lecture EUT440

Russia Meteor

Riuh sekali sedunia melihatkan sebutir meteor yang dikatakan seberat 1 tan terlepas masuk ke ruang atmosfera dunia dan berkecai di Russia.

Mujur tiada yang dilaporkan maut walaupun lebih kurang 1000 orang dilaporkan mendapatkan rawatan susulan kejadian itu.

Banyak yang boleh ditonton di YouTube berhubung kejadian ini dan perhatikanlah bahawa itulah gambaran salah satu kejadian pada masa kiamat nanti seperti yang dipetik Al Quran:

Al Quran: Al Infithaar (82)

[1] Apabila langit terbelah; [2]Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan...

Gugur bertaburan. Maknanya bukan sebutir, tapi berbutir-butir. Berapa butir? Kalau sebutir sudah begitu kesannya, bagaimana kalau berbutir-butir?

Bila lihat keadaan begini, dan kita tau kita takkan mampu berbuat apa2, tak ada penolong selain Allah, yang keduanya, lambat laun kita akan mati juga. Pun begitu ada juga mereka yang bongkak dengan ilmu dan teknologi, tapi terlepas pulak meneropong meteor yang sebijik ini. Tak ada sebarang amaran, yang ada meteor lain tapi yang sampai sini meteor lain. Lemahnya kita.

La haw la wala quwwa ta illa billah!



Wallahu Alam, Wassalam.

Friday, February 15, 2013

Pelaris Kedai Makan 2

Okeh,



Pelaris bhgian yang pertama dulu kita cerita ttg 1) Cantik, 2) Citarasa dan 3) Cepat. Ni sambungan:



4) Cuti:



Cuti bagi kedai makan perlu standard dan tak ikut sesuka hati tuan punya kedai. Menghampakan kalau pi jauh2 tetiba kedai makan tutup. Kena 3-4 kali camtu tobat nak pi dah. Kalau pi pun kira saja2 lalu nampak buka kendian singgah.



Hari operasi kena tulis jelas2. Begitu jugak dgn hari cuti. Hari cuti2 special perlu dibuat pengumuman beberapa hari sebelum kedai tutup dan bila pulak kedai nak bukak semula. Sangat penting supaya pelanggan boleh plan. Jangan mcm sesetengah kedai bukak bila duit tokey takdak, tutup bila tokey ada duit.



Rugi.



5) Catat dan Calculate:



Ni satu bab penting. SANGAT PENTING! Apa yang diorder makan oleh pelanggan, catat dan terus calculate. Tulis atas kertas kecik dan bagi kpd pelanggan. Kira berapa harga nak kena bayaq. Bukan nanti kena pi kaunter baru nak tanya "Makan apa? Minum apa?" Lambat nanti. Lagipun kalau pelanggan terlupa satu dua lauk rugi bagi pihak tuan kedai. Pekerja yg ambik order boleh kira terus apa yg di order dan letak di meja makan. Satu set lagi di kaunter bayaq, satu set lagi di kaunter masak di dapur. Maka, kertas order perlu jenis carbonized bercopy 3. Pi la order di kedai printing order sheet jenis ni. Senang. Lagipun mempercepatkan proses nak bayaq nanti selain memberi masa cukup utk pelanggan mencari wang kecik2 utk dibayaq. Benda ni remeh tapi amat melicinkan proses kutipan nanti. Tak kiralah kedai besaq mana proses ini amat memudahkan.



6) Cambah:



Selain daripada menu2 kita yang bagus, jangan segan2 cambahkan pilihan. Buah2, ais krim, jeruk, pencuci mulut atau apa saja yang boleh dijadikan 'side order' sebelum atau sesudah makan. Tak semestikan barang makan, barang2 lain pun boleh. Contohnya, mainan budak. Haha. Senang nak buat benda ni dan menambah ruang membuat keuntungan. Janganlah duk rigit dgn menu kita saja. Cambahkan. Inovatif.



Ok, cukup situ. Nanti sambung.



Insyallah.

via arkam@mobile®

Wednesday, February 13, 2013

Pelaris Kedai Makan 1

Lama tak menulis, tapi dah sementara duk tunggu kat kedai makan ni aku sediakan satu petua untuk pelaris kedai makan sebagai manafaat depa yang berkenaan. Pandangan daripada seorang yang tak ada kedai makan, tapi suka berada di kedai makan.

Saiz kedai makan: Sehingga 25 meja makan saiz standard.

1) Cantik

Senang saja nak huraikan benda ni, kedai makan mestilah kelihatan cantik premisnya, cantik mejanya, cantik pekerjanya, cantik bajunya, cantik buku menunya, cantik pinggan mangkuknya, cantik dapurnya, cantik toiletnya, cantik parit dan salirannya, cantik sinkinya, cantik lantainya, cantik hiasannya, cantik sekelilingnya, cantik parkingnya, cantik aturan meja kerusinya, cantik layanannya, cantik serba serbi.

Inilah tanggapan pertama pengunjung. Tak boleh diabaikan. Sebab tu dia duduk di nombor satu.

2) Citarasa

Kedua, citarasa, mesti sedap. Dan perlu dibuktikan sedap. Jangan tukang masak saja duk perasan sedap.

Orang akan sanggup bayar kalau sedap sangat, meskipun sedikit mahal. Orang zaman la ni tak pentingkan harga, depa pentingkan selesa dan sedap.

Pastikan menu kita di uji dan di tingkatkan kesedapan sepanjang masa.

Ini yang kedua.

Yang ke tiga:

3) Cepat.

Aduh, nilah yang aku duk tulih ni. Lambat berejam tunggu. Letih dah duduk. Ayaq pun tak smpai. Apaka lembab sgt?

Org yang mai kedai makan, lazimnya lapaqla. Kalau tak lapaq nak mai buat apa? Dan kelaparan boleh menyebabkan paras emosi dan kesabaran tergugat.

Inilah banyakkkkkk kelemahan kedai makan di sini. Slow. Aku bagi beberapa tips mempercepatkan yang aku tau utk share kat hangpa:

i) Ayaq yg standard, teh o, sirap, teh tarik, nescafe o dan limau kosong wajib disediakan suam-panas awal dalam jag besaq2. Kalau org mintak, tuang saja. Boh ais kalau nak aiskan. Boh susu kalau nak susukan. Campoq ayaq teh o dgn limau kosong kalau nak teh o limau, campoq sirap ngan limau kosong kalau nak sirap limau. Tu pun tak reti? La ni cuma nak siapkan ayaq pelik like horlick, milo dan carrot susu. Dah jimat masa. Sorang pekerja buat ayaq (Pekerja 1)- dia buat ayaq saja, jgn buat keja lain. Dia boleh dibantu oleh pekerja am restoren (Pekerja 3)

ii) Nasi goreng standard, nasik goreng putih pun dah siap2 masak dan simpan suam dalam thermos. Boleh beli di Padang Besaq banyak juai. Simpanla takat 10-15 hidang setiap kali. Kalau dimintak, sgt cepat hidang. Begitu jugak dgn teloq goreng. Takla berejam nak tunggu nasik goreng teloq atasssss!

Aparaaaa!!!?

Takkan nasik goreng teloq ataih nak kena tunggu 30 minit?

iii) Tomyam, padprik, ayam kunyit dan daging merah pun dah kena siap masak dan simpan dlm thermos! Ni semua makanan standard. Senang nak campoq2 dan ubahsuai sbb makanan org ni takkan jauh daripada basic tadi.

Ketiga3 i, ii, dan iii perlu ada sorang pantau supaya sentiasa berstok sepanjang masa berniaga. Dan perlu juga dihentikan production agak2 masa meniaga nak habis. Nanti tak abis pulak. Lantik sorang pekerja utk ni (Pekerja 2)

Pekerja 2 tadi boleh jadi salah sorang pengambil order dan pengelap meja.

Selesai satu bab, kita smbung nanti insyaallah.

Wassalam.

via arkam@mobile®

Thursday, December 27, 2012

PE Renew BEM Excel Format

Asalamu'alaikum,

Kepada semua yang berkenaan, bolehlah ambil dokumen ini jika berkaitan.

BEM PE RENEWAL DOCUMENT

Sekian wassalam.
via arkam@mobile®

Tuesday, December 25, 2012

Kelahiran Nabi Isa

Al Quran, Ali Imran (3):

[42] Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu, dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu).

[43] “Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang-orang yang rukuk “.

[44] Peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara menjaga dan memelihara Maryam).

[45](Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).

[46] “Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa ia masih kecil dalam buaian, dan semasa ia dewasa, dan ia adalah dari orang-orang yang soleh.”

[47] Maryam berkata:” Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?” Allah berfirman; “Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Ia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Ia hanyalah berfirman kepadanya: ` Jadilah engkau ‘, lalu menjadilah ia.”

[48] Dan Allah akan mengajarnya ilmu menulis, dan hukum-hukum aturan ugama, dan juga kandungan kitab-kitab Taurat dan Injil.

[49] Dan (akan melantiknya) menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil, (dengan menegaskan kepada mereka): “Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu, dengan membawa satu tanda (mukjizat) dari tuhan kamu, iaitu aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah; dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak, dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah; dan juga aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda (mukjizat) bagi kamu (yang membuktikan kebenaran bahawa aku seorang Rasul yang diutus oleh Allah kepada kamu), jika kamu orang-orang yang (mahu) beriman.

[50] “Dan juga (aku datang kepada kamu ialah untuk) mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan dahulu daripadaku, dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian (dari perkara-perkara) yang telah diharamkan kepada kamu; dan juga aku datang kepada kamu dengan membawa satu mukjizat dari Tuhan kamu. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.

[51] “Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan yang lurus”.

Reference:

http://www.alquran-melayu.com/3-al-i-imran/
http://quran.com/3

Saturday, December 15, 2012

Salahfaham Islam 1

Semalam dalam TV 114 Astro jam 930-1030 rancangan mingguan Dr Zakir Naik antara lain menjawab 2 kekeliruan tentang agama suci ini.

Pertamanya ialah berhubung larangan penganut Islam untuk keluar daripada Islam dan keduanya ialah larangan bagi negara majoriti Islam untuk membenarkan agama lain menyebarkan agama mereka.

Lojik akal menurut salah seorang yang bertanya ialah amat tidak adil bagi agama lain di negara majoriti Islam hanya menyebarkan Islam tapi melarang penyebaran agama lain.

Lojik akal juga amatlah zalim bagi orang yang Islam tapi tidak dibenarkan keluar Islam malah diancam dengan hukuman mati.

Saudara,

Agama tidak boleh disandarkan dengan lojik semata. Ia atas apa yang kita "percaya". Percaya yang membawa "keyakinan". Berapa banyak benda yang kita tak pernah lihat tapi kita sangat percaya ia ada. Contohnya "roh".

Berbalik kepada soalan tadi. Bahagian yang pertama. Penjelasannya seperti berikut:

Islam hanya mengiktiraf "agama yang sebenar ialah Islam". Malah Allah sebagai Tuhan Sekelian Alam menyebut dalam Al Quran "Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam". Kebenaran agama Islam boleh dihujahkan dalam perbincangan yang lain tetapi kita fokus kepada persoalan asal post ini sahaja.

Maka negara majoriti umat Islam akan melarang penyebaran agama selain Islam kerana "tidak diiktiraf sebagai benar" jadi mengambil sikap "melarang kesalahan".

Seperti kita sebagai ibubapa, ingin mencari cikgu tuisyen untuk anak, katalah matematik. Maka kita temuduga cikgu2 yang berminat. Kita tanyakan soalan2 sebagai contoh; 2+2 bersamaan berapa? Cikgu A menyebut 3, cikgu B menjawab 4 dan cikgu C menjawab 5.

Bolehkah kita "menyerahkan" anak kita kepada cikgu tuisyen A dan C untuk mengajarnya matematik?

Maka cikgu A dan C tentunya akan "dihalang" mengajar!

Sebagai perbandingan, Islam dan Negara majoriti Islam menyedari hal ini dan mengaplikasikan kaedah yang sama, iaitu "tidak membenarkan sesuatu yang salah di ajar di negaranya". Ini sesuatu yang lojik.

Sebagai tambahan, menurut Dr Zakir dalam kitab Bible tidak ada menyebut "Kristian adalah agama Tuhan", malah perkataan "kristian" tidak disebut walaupun sekali dalam kitab Bible! Mana boleh sebuah kitab yang menjadi rujukan sebuah agama yang besar tidak menyebut langsung "nama agama" berkenaan di dalamnya?

Mana boleh?!

Persoalan ke dua berhubung larangan bagi orang Islam keluar dari agamanya dijawab oleh Dr Zakir dengan hujah bahawa Islam tidak memaksa seseorang bukan Islam untuk memeluk Islam sesuai dengan ayat Al Quran dalam Surah Al Baqarah "Tidak ada paksaan (dalam memeluk) agama (Islam)". Maknanya penyebaran agama Islam adalah dengan hujah2 tetapi Islam tidak memaksa sesiapapun menerima Islam. Fikirlah dan buatlah keputusan dengan akal yang sihat.

Tetapi jika sudah memeluk Islam, maka dilarang keluar bagi memelihara kesucian agama ini. Mereka yang keluar dan melawan Islam malah "keluarnya" mereka dari Islam membawa maksud "melawan Islam dan Allah". Maka disyariatkan hukuman mati dalam negara2 yang mengamalkan undang2 Islam.

Perkara ini juga bukanlah sesuatu yang aneh dan tidak lojik jika kita mengambil contoh perundangan negara kita dan kebanyakan negara di dunia.

Sebagai contoh, apakah hukuman bagi kesalahan "menentang Yang Dipertuan Agong Malaysia"?

Ingat kes Amin dan Al Ma'unnah? Bukit Jenalik?

Mereka merampas senjata dari sebuah kem tentera dan berkubu di Bukit Jenalik untuk satu cubaan merampas kuasa.

Mereka secara fizikalnya tidak nampak langsung melawan YDP Agong, mereka mungkin hanya menentang Kerajaan Malaysia yang pada pendapat mereka tidak betul.

Menentang Kerajaan Malaysia dalam kes ini sama seperti "Menentang YDP Agong" kerana YDP Agong adalah Ketua Kerajaan Malaysia. (Ingat surat saman kita dulu akan ditulis "URUSAN SERI PADUKA BAGINDA"?)

Cubalah baca kembali pertuduhan terhadap mereka dalam internet dan lihat apa hukuman yang telahpun dilaksanakan.

Amin telahpun digantung sampai mati bersama beberapa orang lagi yang didapati bersalah serta beberapa orang menjalani hukuman yang berbeza2.

Inilah lojik.

Dan kita pun amalkan. Cuma bila dipandang dari sudut agama selalunya ia jadi pelampau, extremis, pengganas, dsb.

2 hujah ini diharapkan membawa maksud yang jelas dan mampu menjelaskan salah faham ini. Saya membuka ruang untuk perbincangan secara harmoni dengan sesiapa yang berminat untuk berbincang khususnya tentang Islam.

Semoga hidayah Allah untuk kita semua ke arah agamaNya yang tidak berbelah bagi.

Wassalam.

via arkam@mobile®

Wednesday, November 28, 2012

Hampas

Saya menganjurkan peperiksaan sebentar tadi bersama beberapa rakan pengajar dan sejurus selepas peperiksaan tamat nota2 kecil seperti ini ditabur di pintu dewan.

Ini perbuatan biadap dan kurang ajar segelintir pelajar tahun 4 sebuah universiti yang merupakan bakal jurutera. Mereka mencabar dan memperolok kesungguhan usaha para pensyarah dalam melaksanakan sistem pengajaran dan ujian dalam universiti yang dihormati.

Pelajar hampas semacam ini memalukan saya dan pengajar lain dan selayaknya mereka akan memalukan institusi kejuruteraan yang bakal mereka wakili.

Mereka menipu sistem ujian di universiti dan bongkak bercampur biadap mendedahkan kejelekan perangai mereka selepas peperiksaan tanpa silu dan hormat.

Mereka boleh mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan dengan cara ini justeru mendapat cpa yang baik tetapi moral value mereka rendah dan memiliki otak yang kosong serta tidak berpengetahuan.

Malulah saya sebagai pengajar mereka dengan perangai buruk ini. Set moral, etika dan profesionalisme yang diajar dalam kelas ditabur di jalanan sama seperti nota2 kecil kuliah yang dibawa masuk ke dewan.

Mereka memang hampas.

Saya menyeru agar mereka dan pelajar lain mengambil ini sebagai najis dalam sistem pendidikan. Ilmu yang pengajar curahkan dengan harapan dapat membentuk masa depan pelajar dan nusa nampaknya tidak diendahkan.

Perbuatan segelintir pelajar ini mendedahkan kebusukan yang menimpa institusi pendidikan yang perlu diambil langkah segera.

Malang sekali mereka akan bergraduan selepas ini dengan bangga menaiki pentas menerima ijazah tanpa malu memikirkan sebalik 'kejayaan' palsu itu terdokong dengan cara menipu.

Saya secara peribadi tidak menghalalkan perbuatan ini dan terpulang kepada mereka untuk memperbaikinya.

Ilmu yang tidak halal menjadi "bekal" mencari pekerjaan nanti maka faham-fahamlah akan keberkatan di peringkat sana pula.

Kepada mereka yang jujur mengambil peperiksaan tahniah kepada anda semoga anda muncul sebagai manusia sebenar tidak berwayang dengan ketinggian intelek tetapi hampas semata.

Malaysia dan seluruh dunia tidak perlukan jurutera2 seperti ini, memalukan.

Terima kasih.


via arkam@mobile®

Friday, November 9, 2012

Masa Bekerja 3

Kesimpulannya, ada advantage dan disadvantage, pro dan contra, merit dan de merit.

1) Penetapan masa bekerja adalah PERLU dan paling praktikal dilaksanakan. Tidak dinafikan secara keseluruhannya. Banyak kebaikannya. Terlalu banyak.

2) Ada beberapa jenis pekerjaan yang tidak boleh dikompromikan masa bekerja khususnya yang melibatkan urusan dengan pihak lain sama ada pelanggan atau selainnya. Receptionist, maintenance team, PR officers atau kakitangan yang menguruskan hal2 berkaitan org lain yang juga ada masa kerja standard mereka sendiri seperti kakitangan bank, pejabat zakat, pejabat utiliti dsb yang mana banyak org akan berurusan.

3) Ada beberapa kerja pulak boleh dibebaskan daripada ikatan ini seperti pelukis, perekabentuk, komposer lagu, penulis lirik, pelukis seni, kerja yang melibatkan idea dan ilham kerana idea dan ilham tak semesti datang pada waktu bekerja. Ini termasuklah kerja yang telah ditentukan masa perjumpaan tetapi tiada keperluan untuk berjumpa client pada masa lain melainkan boleh dibuat kerja-kertas di rumah sahaja atau di mana2 pun. Biasanya mereka ini perlu ada one to one reporting dan diberikan tugas, kemudian hantar tugas dalam masa ditetapkan. Macam mana nak buat, bila, di mana, apa problem aku takmo amik tau. Janji siap.

4) Amalan membudayakan kerja dan mengiktiraf keprofesionalan pihak lain bersesuaian dengan perkara di atas boleh meningkatkan produktiviti dan mempelbagaikan peluang dalam pekerjaan banyak orang.

5) Pentingnya amanah dalam menjalankan tugas adalah lebih sesuai untuk dicheck and balance dengan cara i) Menanyakan prestasi pekerja dari sudut pandang clientnya, ii) Melihat kepada hasil kerjaya, iii) Tidak timbulkan masalah di tempat kerjanya.

6) Pekerja perlu ada sikap "mensebatikan" kerja dalam kehidupannya, membawa amanah dan melaksanakan dengan paling cekap tidak kira masa. Kerja juga adalah ibadah jika dengan niat yang betul pasti tidak akan disia-siakan perbuatannya.

7) Pekerja yang tidak mampu dengan kerjanya eloklah meletakkan jawatan supaya dapat dimanafaat oleh mereka yang mampu.

8) Carilah kerja yang paling disukai kerana hasilnya dan juga sesuainya dengan cara kita mengendalikan.

Sekian wassalam.

via arkam@mobile®