Tuesday, April 17, 2012

Easter Day Astro 555: Bahagian 4 (Akhir)

Seterusnya, Al Quran mengkhabarkan tentang Nabi Isa AS dalam ayat-ayat di bawah:

Al Quran, Al An'am:

[85] Dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Zakaria, dan Yahya, dan Isa, dan Ilyas; semuanya dari orang-orang yang soleh.

Al Quran, Maryam:

[34] Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Maryam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya.

Al Quran, Al Ahzab:

[7] (Teruslah bertaqwa kepada Kami) dan (ingatlah) ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi (umumnya): perjanjian setia mereka, dan (khasnya) dari engkau sendiri (wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa, serta. Nabi Isa ibni Maryam; dan Kami telah mengambil dari mereka: perjanjian setia yang teguh (bagi menyempurnakan apa yang ditugaskan kepada mereka);

Al Quran, Asy Syura:

[13] Allah telah menerangkan kepada kamu – di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya – apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: “Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya”. Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).

Al Quran, Az Zukhruf:

[63] Dan ketika Nabi Isa datang (kepada kaumnya) dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, berkatalah ia: “Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa hikmat (ajaran Tuhan), dan untuk menerangkan kepada kamu: sebahagian dari (perkara-perkara ugama) yang kamu berselisihan padanya. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.

Al Quran, Al Hadiid:

[27] Kemudian Kami iringi sesudah – mereka: Rasul-rasul Kami silih berganti, dan Kami iringi lagi dengan Nabi Isa ibni Maryam, serta Kami berikan kepadanya: Kitab Injil; dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutnya perasaan belas kasihan (sesama sendiri). Dan (perbuatan mereka beribadat secara) “Rahbaniyyah” – merekalah sahaja yang mengadakan dan merekanya; Kami tidak mewajibkannya atas mereka; (mereka berbuat demikian) kerana mencari keredaan Allah; dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang sewajibnya. Oleh itu, orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad) di antara mereka, kami berikan pahalanya, dan (sebaliknya) banyak di antara mereka yang fasik – derhaka.

Al Quran, As Saff:

[6] Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku – bernama: Ahmad”. Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: “Ini ialah sihir yang jelas nyata!”
[14] Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: “Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?” Mereka menjawab: “Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!” (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.
Demikianlah 25 ayat yang menyebut perkataan ISA yang merujuk kepada Nabi Isa 'Alaihissalam.

Harapan kita semoga dibuka seluasnya hati kita semua bagi meyakini agama yang kita pilih untuk hidup dalam panduannya.

Wallahu'alam, wassalam.

MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Saturday, April 14, 2012

Easter Day Astro 555: Bahagian 3

Pendedahan mereka tentang penemuan beberapa dokumen abad 1 dan 2 yang seakan-akan Bible di pinggir Sungai Nil di Mesir dalam satu tempayan pada 1940-an yang tertanam menjelaskan beberapa maksud.

Setengahnya menyifatkan antara kandungan dalam dukumen itu perlu ada dalam kitab mereka pada masa ini. Maksudnya, kandungan kitab masa kini tidak begitu komprehensif dan masih boleh diperbaiki.

Sebahagian yang lain menyifatkan dokumen tersebut yang ditulis dalam bahasa Mesir Purba lebih dekat dengan bahasa asal Bible, sedangkan pada masa ini Bible ditulis dalam pelbagai bahasa, melalui pelbagai peringkat kesarjanaan penulisan.

Hakikatnya, kandungan sekarang sudah tidak MURNI. Tidak ASAL. BUKAN dalam bahasa asal ia diturunkan.

Al Quran diturunkan dalam Bahasa Arab, kepada Nabi Bangsa Arab, bermula di Tanah Arab, dan tersebar ke seluruh dunia dalam Bahasa Arab juga, hingga sekarang. Wajib bagi orang Islam membaca Al Quran dalam Bahasa Arab sahaja. Wajib belajar untuk baca, walaupun tak faham maksud. Baca, tetap ARAB.

Jauh bezanya.

Lagi sebutan Al Quran terhadap Nabi Isa AS, kita petik dari Surah An Nisa', TERJEMAHANNYA;

[157] Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah”. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.

[163] Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh, dan Nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya; dan Kami juga telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub, serta Nabi-nabi keturunannya, dan Nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud: Kitab Zabur.

[171] Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: “(Tuhan itu) tiga”. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).
Sejauh ini, hati kita sudah boleh memastikan.

Wallahu'alam, wassalam.


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Tuesday, April 10, 2012

Easter Day Astro 555: Satu Permintaan

Tulisan lepas saya meminta agar membaca terjemahan Al Quran, ini kaedahnya:

Step 1: Sediakan bacaan Al Quran.

Skrol ke bawah dan pilih 019: MARYAM


Kemudian, dapatkan satu terjemahan yang anda cenderung dengan klik di bawah.

Terjemahan Bahasa Melayu

Terjemahan Bahasa Inggeris

Bagi terjemahan Bahasa Inggeris, skrol untuk dapatkan 019: Maryam. Terjemahan Bahasa Melayu telah di set ke Maryam.


Kemudian setkan tetingkap ini ke separuh skrin anda. Buka window baru, dapatkan Quran Flash. Buka juga surah Maryam:

Buka tingkap bersebelah-sebelahan, dengar bacaan Al Quran, semak bacaan, dan sambil baca tafsir.


Ulangkanlah ke semua surah bila berkelapangan.

Sekian, wassalam.

Easter Day Astro 555: Bahagian 2

Selain 25 nama Nabi Isa disebut dalam Al Quran, perkataan 'Al Masih" yang merujuk kepada Nabi yang sama disebut 11 kali, dan 'Ibn Maryam" atau "Anak Maryam" disebut 23 kali.

Jumlah perkataan yang merujuk kepada Nabi ini ialah 59 Kali! Ini tidak termasuk kisah-kisah sejarah dan lain-lain. Selain itu, Al Quran mengandungi surah "Maryam" yang mengandungi 98 ayat, iaitu nama bagi ibu kepada Nabi Isa AS malahan surah "Ali-Imran" yang mengandungi 200 ayat, bermaksud Keluarga Imran, iaitu datuk kepada Nabi Isa. Nabi Isa Bin Maryam Binti Imran.

Jelas sangat, Islam mengangkat Nabi Mulia ini ke darjat sangat tinggi.

Bukankah mereka yang menyambut Easter wajar membaca apa yang Al Quran tulis tentang Nabi Isa? Secara logik, jika bapa kandung kita Tun Mahathir, kita ingin membaca apa saja tulisan tentang bapa kandung kita? Sama ada authobiografinya, atau pewahamnya?

Jemputlah baca: Terjemahan Al Quran dalam BAHASA MELAYU dan BAHASA INGGERIS. Selain itu, boleh dengar bacaan Al Quran secara online di SINI. Lembaran Al Quran asal boleh lihat di SINI.

Bacalah dengan hati, kemudian tanya hati. Anda akan kagum.

Jangan tanya pokok, nanti di jawab 'angin yang goncang'...

Mana pokok boleh jawab, aparaaaa?

Kita sambung, perkataan 'ISA' dalam Al Quran, kali ini di Surah Ali Imran, 5 kali semuanya:

Al Quran, Ali Imran:

[45] (Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).

[52] Maka ketika Nabi Isa merasa (serta mengetahui dengan yakin) akan kekufuran dari mereka (kaum Yahudi), berkatalah ia:” Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?”. Orang-orang “Hawariyyuun” (Penyokong-penyokong Nabi Isa) berkata: “Kamilah penolong-penolong (utusan) Allah. Kami telah beriman kepada Allah, dan saksikanlah (wahai Nabi Allah) sesungguhnya kami ialah orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah).

[55] (Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan”.

[59] Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia.

[84] Katakanlah (wahai Muhammad): “Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam)”.

Insyaallah bersambung.

Sekian, wallahu'alam, wassalam.

MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Easter Day Astro 555: Bahagian 1

Sabtu lalu ada beberapa dokumentari menarik versi History Channel 555 bersempena Easter Day. Saya tak tahu apa itu Easter Day tapi saya tahu sedikit tentang Nabi Isa Alaihissalam. Seorang Nabi mulia yang diutus Allah kepada Bani Israel, sekitar 500 tahun sebelum Nabi Penghabisan, Muhammad SAW.

Nabi Isa AS tidak pernah dipandang rendah oleh mana-mana umat Islam dulu dan selamanya. Umat Islam seluruh dunia mengiktiraf Nabi Isa sebagai Rasul yang mulia, seorang yang tinggi martabat di sisi Allah Tuhan Sekelian Alam.

Umat Islam mengganggap Nabi Isa manusia biasa, Maha Suci Allah daripada tuduhan bahawa Dia mempunyai anak.

Usul mereka menyebut kelahiran Nabi Isa tanpa seorang bapa adalah luar biasa, tetapi bagi Allah yang Maha Kuasa, ia menjadi mudah. Susah lagi daripada pandangan dan akal kita untuk memperjelaskan usul Nabi Adam TANPA emak dan bapa, daripada Isa tanpa bapa sahaja. Apa pula ceritanya kelahiran HAWA tanpa emak? Hanya melalui Adam? Lagi susah!

Ini menunjukkan Isa tanpa bapa adalah small thing (Bagi Allah)

Small thing ini tidak kuat untuk berhujah bahawa Isa anak Tuhan.

Nabi Isa disebut 25 kali dalam Al Quran, kita petik setiap satunya:

Al Quran, Al Baqarah:

[87] Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul, dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Maryam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?

[136] Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): “Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu – Yahudi dan Nasrani – membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata”.

[253] Rasul-rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya, dan ditinggikanNya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan. Dan Kami berikan Nabi Isa ibni Maryam beberapa keterangan kebenaran (mukjizat), serta Kami kuatkan dia dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Dan sekiranya Allah menghendaki nescaya orang-orang yang datang kemudian daripada Rasul-rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (yang dibawa oleh Rasul mereka). Tetapi mereka bertelingkah, maka timbulah di antara mereka: orang yang beriman, dan orang yang kafir. Dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan; tetapi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya.

Kita akan sambung petikan semua 25 ayat Al Quran yang menyebut tentang Nabi Isa dalam tulisan akan datang, insyallah.

Al Quran, As Soff:

[6] Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku – bernama: Ahmad”. Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: “Ini ialah sihir yang jelas nyata!”

Kembalilah kepada Allah, Tuhan Sekelian Alam.

Wallahu'alam, wassalam.


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Wednesday, February 29, 2012

Fw: [Surautpj] Fw: Injil Sahkan Nabi Muhammad S.A.W Sebagai Rasul Ditemui

 
 

Subject: Injil Sahkan Nabi Muhammad S.A.W Sebagai Rasul Ditemui
 
 

Injil Sahkan Nabi Muhammad S.A.W Sebagai Rasul Ditemui



Satu naskhah kitab Injil berbahasa Arami berumur lebih 1500 telah ditemui di Turki...mengandungi pernyataan Nabi Isa a.s bahwa Muhammad adalah sebagai RASUL yg akan datang selepasnya....!! kejadian ini benar2 telah menggemparkan pusat kristian dunia di Vatican, Rome.

NASKHAH injil tersebut sebenarnya sudah ditemui sejak 12 tahun lalu...namun atas desakan dan permintaan kuat pihak gereja ia telah dirahsiakan...kerana bimbang ada persamaan terhadap pernyataan al-Quran .

Naskhah injil ini dipercayai telah dilarikan oleh salah seorg utusan Nabi Isa a.s.Ia jelas mengandungi persamaan segi aqidah yg menolak konsep trinity atau fahaman ketuhanan Isa,yg sama spt aqidah kita kaum muslimin.

Ia pernah ditawar dgn harga 22 juta Dolar sebelum ini,di dalam injil tersebut disebutkan bagaimana seorg tukang tilik telah bertanya kepada Nabi Isa. as siapakah yg akan datang selepasnya lantas dijawab oleh Nya "Muhammad.... nama seorg yg diberkati".

Naskhah yg terbuat dari lembaran kulit dan menggunakan dakwat emas itu dipercayai adalah satu salinan dari injil Barnaba.

Kandungan asal injil Nabi Isa a.s. terlalu pendek sbb tempoh baginda berdakwah cuma lebih skit 3thn. Tekanan Kaisar Konstantinopel tersangat berat sehingga pengikut baginda sembunyi2 dlm mengamalkan pegangan kepercayaan mrk.

Kemudian dtg St Paul (seorang pendeta Yahudi yg cemburu dgn penerimaan ramai terhadap agama Isa a.s.) yg mencipta segala2nya - itulah versi injil yg ada skrg - penuh kontradik.
 

Important Notice :
The content of this e-mail are confidential and may be privileged. If you are not the intended recipient, please do not read, use, print, copy, forward or distributed the contents or disclose it to anyone. Instead, please inform us by return e-mail and delete it from your system immediately. Opinions, conclusions and other information in this message that do not relate to the official business of Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia shall be understood as neither given nor endorsed by Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
 

Important Notice :
The content of this e-mail are confidential and may be privileged. If you are not the intended recipient, please do not read, use, print, copy, forward or distributed the contents or disclose it to anyone. Instead, please inform us by return e-mail and delete it from your system immediately. Opinions, conclusions and other information in this message that do not relate to the official business of Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia shall be understood as neither given nor endorsed by Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.



Tuesday, February 14, 2012

Fw: PENAWARAN PROGRAM BARU SARJANA SAINS (KEJURUTERAAN BANGUNAN) MOD PENYELIDIKAN / A NEW PROGRAM OFFERING MASTER OF SCIENCE (BUILDING ENGINEERING) RESEARCH MODE (By : Centre for Graduate Studies - AIZAT SUHRAWADY BIN ZAINOL ABIDIN)

arkam@mobile®PPKAS Ext 8988

From: POSTMASTER UniMAP <post@unimap.edu.my>
Date: Wed, 15 Feb 2012 13:03:16 +0800 (MYT)
To: allstaff<allstaff@unimap.edu.my>; Studentmail All<all@studentmail.unimap.edu.my>
Subject: PENAWARAN PROGRAM BARU SARJANA SAINS (KEJURUTERAAN BANGUNAN) MOD PENYELIDIKAN / A NEW PROGRAM OFFERING MASTER OF SCIENCE (BUILDING ENGINEERING) RESEARCH MODE (By : Centre for Graduate Studies - AIZAT SUHRAWADY BIN ZAINOL ABIDIN)

Reference No. : UniMAP/ICT/Post:02/12 (209)
Date         :  15 February 2012


Assalamualaikum and Salam 1Malaysia,

MAKLUMAN KEPADA SEMUA STAF DAN PELAJAR UniMAP

PENAWARAN PROGRAM BARU SARJANA  SAINS (KEJURUTERAAN BANGUNAN) MOD PENYELIDIKAN


Pusat Pengajian Siswazah (PPS) mempelawa calon yang berminat untuk mengikuti pengajian Sarjana Sains (Kejuruteraan Bangunan) Mod Penyelidikan bagi kemasukan sesi 2011/2012. Borang permohonan boleh diperolehi di Pusat Pengajian Siswazah (PPS) atau dimuat-turun melalui laman web UniMAP. Permohonan adalah terbuka Sepanjang Tahun. Bersama ini disertakan maklumat lanjut berkenaan kelulusan program ini daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.


Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar
Tel        : +604-979 8626
Email   : dean_environmental@unimap.edu.my


Pusat Pengajian Siswazah (PPS)
Tel     : +604-9798331/7901
Email   : zaililah@unimap.edu.my
          aizatzainol@unimap.edu.my


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ATTENTION TO ALL UniMAP STAFF AND STUDENT

A NEW PROGRAM OFFERING MASTER OF SCIENCE (BUILDING ENGINEERING) RESEARCH MODE


Centre for Graduate Studies (CGS) invites interested candidates to pursue their study in Master Of Science ( Building Engineering) Research Mode for 2011/2012 session. Application forms are available at the Centre for Graduate Studies (CGS) office or downloaded via UniMAP's website. Application is open throughout the year. Enclosed are the details of the approval from Ministry of Higher Education Malaysia for this program.


For Further information, please contact:

School of Environmental Engineering
Tel        : +604-979 8626
Email   :  dean_environmental@unimap.edu.my

Centre for Graduate Studies (CGS)
Tel     : +604-9798331/7901
Email   : zaililah@unimap.edu.my
          
aizatzainol@unimap.edu.my
________________________________


AIZAT SUHRAWADY BIN ZAINOL ABIDIN
Assistant Registrar
Centre for Graduate Studies
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
No 112 & 114, First Floor, Block A,
Taman Pertiwi Indah ,
Jalan Kangar-Alor Setar, Seriab
01000 PERLIS
p +604.979.7901
F +604.979.8334
----------------------------------------------------------------------------------
POSTMASTER UniMAP
Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Universiti Malaysia Perlis
Tel : 04-9798494/8109
Faks : 04-9798227
Email : post@unimap.edu.my
----------------------------------------------------------------------------------


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DISCLAIMER: This email and any files transmitted with it are confidential and intended solely for the use of the individual or entity to whom they are addressed. If you have received this email in error please notify the UniMAP's Email Administrator. Please note that any views or opinions presented in this email are solely those of the author and do not necessarily represent those of the university. Finally, the recipient should check this email and any attachments for the presence of viruses. The university accepts no liability for any damage caused by any virus transmitted by this email.

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) | Rumah Universiti, Universiti Malaysia Perlis, Kampus Kubang Gajah, 02600 Arau, Perlis | www.unimap.edu.my -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------