Sunday, August 31, 2008

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1429H/2008

Salam kepada semua, sukacita saya ingin mengucapkan kepada semua pengunjung blog ini SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1429H/2008M tahun ini. Semoga semua amalan kita diterima Allah sebagai amal soleh dan Ramadhan ini boleh menyuci semua dosa yang telah kita lakukan.

Semoga kita semua keluar dari Ramadhan tahun ini sebagai seorang yang bersih dari semua dosa. Seperti anak yang baru dilahirkan. Kembali kepada fitrah kita.

Sekian, wasssalam.

Shiyam
View SlideShare presentation or Upload your own.

Friday, August 29, 2008

Gambar ADTEC 29 Ogos 2008



Sila download gambar dengan klik ikon di bawah:



Gambar akan ditambah dari masa ke masa.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, August 27, 2008

Gambar Kerja-Kerja Underground Cables dan Bangunan TNB

Berikut adalah gambar-gambar ketika menanam kabel bawah tanah HT dan LV di projek ADTEC Taiping untuk tontonan dan rekod pihak yang memerlukan.

Sekian, terima kasih....

Mesyuarat Tapak ADTEC kali 13

Mesyuarat tapak ADTEC Taiping kali ke 13 telah berlangsung pada 26 Ogos 2008 jam 10 pada sebelah pagi dan pada petang jam 3 ada lawatan kerja daripada Kementerian Sumber Manusia. Jam 5 petang mesyuarat koordinasi antara kontraktor dan perunding.

Laporan pembentangan adalah seperti slide show berikut:

Adtec Pre Ogos 08

View SlideShare presentation or Upload your own.

Hari ni tidak dapat meramaikan P44... Lewat pulang tetapi rakan yang berada di padang Tuanku Bainun sentiasa update.... Terima kasih.

Kemenangan sudah dihidu sejak jam 6 petang. Hanya menunggu pengumuman rasmi dan proses pengiraan.

Malamnya, ronda ke Tuanku Bainun dan terpaksa berpatah balik kerana laluan trafik yang tersekat. Kenderaan parking sekitar 7-10 km di atas Lebuhraya Kulim Butterworth di susur keluar Mengkuang/Berapit. Macam pesta.


Menonton media utama seperti yang diberitahu, menyakitkan hati. Nasib baik ada rakan mengesyorkan saluran 501 ASTRO AWANI untuk update secara langsung. Memalukan betul tiada lintas langsung di Malaysia di media utama sedangkan satu dunia lain melaporkan dengan pantas dan tanpa prejudis.

Yahoo.com pada 26 Ogos 2008 meletakkan 'PERMATANG PAUH ELECTION' sebagai 'HOT TODAY' pada hari ini. Begitu juga dengan media yang lain.

Kita?

Entah sampai bila....?

Sekian.

Kemenangan



Kemenangan yang dijangka dan diharapkan telah berlaku dalam P44 26 Ogos lalu. Semoga petikan ayat di atas mampu menginsafkan...
Selamat datang ke Parlimen...!
Sekian.

Monday, August 25, 2008

Sunday, August 24, 2008

Sedikit Catatan Politik...

Agak berisiko saya menulis isu ini kerana saya bukan seorang ahli politik dan bukan pejuang politik. Saya faham bahawa rakan yang membaca di kalangan pelbagai latarbelakang politik mungkin akan kurang selesa dengan tajuk ini kerana ia mungkin boleh menyebabkan hubungan baik selama ini 'lari' dari landasan asal.

Memandangkan esok adalah hari pilihanraya P44 saya juga ingin mengambil 'port' menulis kerana minat. Sedikit catatan untuk dibaca moga-moga ada sikit manfaat.

Tulisan Dr Asri Zainul Abidin berhubung isu sama dan beberapa yang lain saya telah rujuk untuk mengambil satu jalan tengah. Pilihanraya ini adalah medan demokrasi di Malaysia dan salah satu cara melantik pemimpin cara Malaysia maka menjadi kewajiban yang layak untuk keluar mengundi.

Kita sendiri dapat lihat beberapa tindakan dari media utama yang percuma membuat liputan dan dijawab dalam media alternatif. Rakyat sekarang sudah sofistikated dan sedikit silap dan keliru dalam melapor terus dirujuk kepada media lain yang sudah banyak di alam maya.

Maka pendekatan menghentam di media utama tidak akan berkesan pada fikiran saya, ia hanya akan menambahkan muak di kalangan penonton yang akan menghukum kembali mereka pada esok hari.

Kekalutan dalam siri sumpah laknat dan tak laknat yang dimulai Saiful, kemudian DS Najib dan terbaru DS Tajol Rosli telah sedikit sebanyak menjatuhkan kemuliaan sumpah yang sepatutnya menjadi acara paling ekslusif hanya selepas semua perbicaraan selesai di Mahkamah Syariah bagi kes jenayah tertentu. Pertuduhan yang kelakar 377B vs 377C juga menjadi bualan orang ramai. Bagaimana hendak menjawab..?

Orang yang dikatakan Imam Besar masjid tersebut itupun telah keluar di pentas PKR malam tadi untuk menutup aibnya sendiri yang teruk dikecam dan diselidiki latar belakang dan digelak tawa oleh ramai yang lain kerana terlibat sama pada hari angkat sumpah dilakukan. Beliau telah menjadi popular dalam masa yang amat singkat. Digelak kerana bagaimana seorang Pembantu Hal Ehwal Agama Islam s17 boleh menjadi seorang Imam Besar. Rakyat tahu perkara ini.

Semua ini diperhatikan rakyat.

Propaganda dan ucapan omongan yang tidak berisi dan bersifat menghina tidak laku lagi pada masa ini. Rakyat mahukan fakta, bukti dan hemah-diri yang tidak semua orang dapat adakan. Selain itu rakyat menunggu jaguh-jaguh ini menjawab semua isu yang pernah ditimbulkan, bukan hanya menutup isu dengan sumpah... sumpah dan sumpah....

Kita akan perhatikan esok, bagaimana PKR hendak disekat? Bagaimana dikatakan PKR semakin rapuh...? Sila datang sendiri ke Permatang Pauh utuk menjadi saksi hidup kekuatan PKR dan Pakatan Rakyat yang lain pada masa ini. Jangan terpedaya dengan laporan satu pihak sahaja.

Pilihanraya esok akan menjadi titik penting dalam menuju Malaysia Baru, Malaysia yang Merdeka sebenarnya.

Terpulang, perhatikan dengan mata hati, bukan dengan lapisan-lapisan emosi.

Sekian, salam perjuangan.

Komen Liberalisasi UiTM

Ada juga yang bertanyakan kepada saya komen tentang satu isu yang dibawa oleh Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) berhubung 'pembukaan dasar liberalisasi' Universiti Teknologi MARA yang menimbulkan rasa tak senang dan mengundang demonstrasi di kalangan pelajar dan pihak pentadbiran universiti minggu lalu.

Tak ramai di kalangan kita yang mendengar sendiri atau menyaksikan tutur kata sebenar secara langsung dari TSKI di media... saya sendiri tak berpeluang. Anda ada melihat?

Yang kelihatan ialah respon dari pelbagai pihak dan video demo yang kebanyakannya membantah TSKI.

Jadi hasrat hati TSKI dan hujahnya tidak dapat dinilai oleh orang ramai. Beliau juga akhirnya akur dan meminta isu itu tidak dipanjangkan lagi.

UiTM seperti yang kita tahu banyak berjasa kepada orang Melayu khususnya dan dalam melahirkan graduan pelbagai peringkat kerjaya dan bidang sejak berdekad lalu. UiTM juga mempunyai cawangan dan organisasi yang besar di seluruh negara. Mempunyai pelajar Bumiputera puluhan ribu orang dan menjadi satu institusi pendidikan tinggi yang dihormati di negara ini.

Soalannya, bila sudah boleh UiTM dianggap berada di puncak pada masa ini, apakah lagi yang ingin dicapai oleh UiTM pada masa depan?

Mungkinkah TSKI ingin melihat UiTM mula menapak ke peringkat antarabangsa...? Menjadi salah satu universiti tumpuan pelajar dari serata dunia dan mengembangkan sayap menjadi terkenal dan terbilang seperti Oxford, Harvard atau Al Azhar...?

Bagi membolehkan itu berlaku, UiTM perlu mula dengan membuka pintunya kepada pelajar luar. UiTM takkan boleh bersaing di peringkat lebih tinggi jika prasyarat ini tidak dipenuhi.

Namun, kita punya pilihan, sama ada berasa selesa dengan pencapaian UiTM sekarang atau ingin lihat UiTM satu masa nanti tersenarai sebagai universiti terbaik di dunia, tetapi, pintunya perlu dibuka terlebih dahulu...

Sila baca ARTIKEL ini untuk makluman lanjut.

Sekian.

Cuti Selasa, 26 Ogos 2008

Rakan politik menghantar sms bahawa seluruh Pulau Pinang diisytiharkan cuti pada Selasa, 26 Ogos 2008 bagi memberi laluan dan tumpuan kepada Pilihanraya Kecil Permatang Pauh yang dinanti-nantikan itu.

Maka kelas USM MSc. Building Tech pun dengan automatik akan tertangguh.

Tetapi saya perlu ke Taiping untuk Mesyuarat Tapak pada hari itu. Lagipun Taiping bukan dalam negeri Pulau Pinang. :-)

Cuma minta supaya urusan di Taiping dapat diselesaikan cepat kerana rombongan yang sama dijangka akan ke Permatang Pauh, mana tahu, kalau-kalau boleh interframe TV....

Selamat bercuti Pulau Pinang.

Kenangan Kampus

Setelah 7 tahun tidak menjejakkan kaki di Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM hari ini saya berpeluang melakukannya. Lihat carta organisasi FKE menyaksikan orang kampung di Perlis Dato Prof Dr Ismail Darus, yang juga rakan bapa ketika zaman-kanak kanak beliau menerajui FKE sebagai Dekan.

Dr Yusri Hassan, Prof Dr Ir Abdullah Asuhaimi, Dr Zulkafli Buntat dan beberapa lagi antara pensyarah saya yang berjasa, ketika itu mereka dipanggil Encik sahaja kecuali Prof Dr Ir Abdullah... Tahniah diucapkan kepada mereka. Juga kepada Prof Dr Hussein Ahmad yang mengajar Teknologi Voltan Tinggi.

Berbual dengan PM Dr. Norazan yang mengajar Teori Elektromagnetik yang memeningkan itu juga amat mengharukan, cuma sedikit terkilan Prof Dr Ir Sheikh Hussain Sheikh Salleh yang menjadi penyelia projek Sarjana Muda saya tidak dapat ditemui kerana beliau ke luar daerah.

En Harun Mohd yang merupakan Felo saya di UTMKL pada 1997-98 juga tidak dapat ditemui kerana bercuti. Maklumlah rehat panjang selepas mengendalikan Pesta Konvo UTM yang ke 41.

Apapun lawatan ke UTM dan FKE ini amat berkesan di hati saya. Saya menyimpan azam untuk kembali lagi suatu hari nanti sebagai seseorang yang 'lain'. Ketika itu mungkin perlu membuat temujanji kerana lawatan kali ini saya lakukan secara 'walk ini' sahaja....

Sekian.

Ke Luar Daerah

Saya akan berada di Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor Bharu mulai Khamis 21 Ogos 2008 hingga Ahad 24 Ogos 2008. Kehadiran meramaikan aktiviti anjuran Fakulti Alam Bina UTM Planning Student Assembly yang menghimpunkan pelajar-pelajar jurusan Perancang dari Universiti Awam Malaysia yang mempunyai pelajar dari jurusan Perancang Bandar Dan Wilayah.

Penerbangan balik pada Ahad 24 Ogos 2008 terus ke Pulau Pinang jam 720 malam. Moga sempat sampai sebelum jam 9 malam di Permatang Pauh untuk meramaikan pula program Solat Hajat di Perda malam yang sama.

Ramai rakan dari luar Permatang Pauh sudah mula hubungi menyebut mereka sudah ada di Permatang Pauh untuk meramaikan kempen pilihanraya kecil... Jika berkelapangan jemput datang ke rumah.

Sekian.

Tuesday, August 19, 2008

Chiller M&E Plantroom 2





Hari ni 18 Ogos 3 chiller unit yang pernah menjadi kontroversi dalam mesyuarat tapak bulan lalu telah dimasukkan ke tempatnya setelah lama berada di luar bangunan. Laporan ujian YORK dari China telah diserahkan kepada KBSB untuk compilation.

Beberapa gambar disertakan untuk perhatian pihak yang memerlukan.

Sekian, terima kasih.