Sunday, August 24, 2008

Sedikit Catatan Politik...

Agak berisiko saya menulis isu ini kerana saya bukan seorang ahli politik dan bukan pejuang politik. Saya faham bahawa rakan yang membaca di kalangan pelbagai latarbelakang politik mungkin akan kurang selesa dengan tajuk ini kerana ia mungkin boleh menyebabkan hubungan baik selama ini 'lari' dari landasan asal.

Memandangkan esok adalah hari pilihanraya P44 saya juga ingin mengambil 'port' menulis kerana minat. Sedikit catatan untuk dibaca moga-moga ada sikit manfaat.

Tulisan Dr Asri Zainul Abidin berhubung isu sama dan beberapa yang lain saya telah rujuk untuk mengambil satu jalan tengah. Pilihanraya ini adalah medan demokrasi di Malaysia dan salah satu cara melantik pemimpin cara Malaysia maka menjadi kewajiban yang layak untuk keluar mengundi.

Kita sendiri dapat lihat beberapa tindakan dari media utama yang percuma membuat liputan dan dijawab dalam media alternatif. Rakyat sekarang sudah sofistikated dan sedikit silap dan keliru dalam melapor terus dirujuk kepada media lain yang sudah banyak di alam maya.

Maka pendekatan menghentam di media utama tidak akan berkesan pada fikiran saya, ia hanya akan menambahkan muak di kalangan penonton yang akan menghukum kembali mereka pada esok hari.

Kekalutan dalam siri sumpah laknat dan tak laknat yang dimulai Saiful, kemudian DS Najib dan terbaru DS Tajol Rosli telah sedikit sebanyak menjatuhkan kemuliaan sumpah yang sepatutnya menjadi acara paling ekslusif hanya selepas semua perbicaraan selesai di Mahkamah Syariah bagi kes jenayah tertentu. Pertuduhan yang kelakar 377B vs 377C juga menjadi bualan orang ramai. Bagaimana hendak menjawab..?

Orang yang dikatakan Imam Besar masjid tersebut itupun telah keluar di pentas PKR malam tadi untuk menutup aibnya sendiri yang teruk dikecam dan diselidiki latar belakang dan digelak tawa oleh ramai yang lain kerana terlibat sama pada hari angkat sumpah dilakukan. Beliau telah menjadi popular dalam masa yang amat singkat. Digelak kerana bagaimana seorang Pembantu Hal Ehwal Agama Islam s17 boleh menjadi seorang Imam Besar. Rakyat tahu perkara ini.

Semua ini diperhatikan rakyat.

Propaganda dan ucapan omongan yang tidak berisi dan bersifat menghina tidak laku lagi pada masa ini. Rakyat mahukan fakta, bukti dan hemah-diri yang tidak semua orang dapat adakan. Selain itu rakyat menunggu jaguh-jaguh ini menjawab semua isu yang pernah ditimbulkan, bukan hanya menutup isu dengan sumpah... sumpah dan sumpah....

Kita akan perhatikan esok, bagaimana PKR hendak disekat? Bagaimana dikatakan PKR semakin rapuh...? Sila datang sendiri ke Permatang Pauh utuk menjadi saksi hidup kekuatan PKR dan Pakatan Rakyat yang lain pada masa ini. Jangan terpedaya dengan laporan satu pihak sahaja.

Pilihanraya esok akan menjadi titik penting dalam menuju Malaysia Baru, Malaysia yang Merdeka sebenarnya.

Terpulang, perhatikan dengan mata hati, bukan dengan lapisan-lapisan emosi.

Sekian, salam perjuangan.

No comments:

Post a Comment