Sunday, August 24, 2008

Kenangan Kampus

Setelah 7 tahun tidak menjejakkan kaki di Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM hari ini saya berpeluang melakukannya. Lihat carta organisasi FKE menyaksikan orang kampung di Perlis Dato Prof Dr Ismail Darus, yang juga rakan bapa ketika zaman-kanak kanak beliau menerajui FKE sebagai Dekan.

Dr Yusri Hassan, Prof Dr Ir Abdullah Asuhaimi, Dr Zulkafli Buntat dan beberapa lagi antara pensyarah saya yang berjasa, ketika itu mereka dipanggil Encik sahaja kecuali Prof Dr Ir Abdullah... Tahniah diucapkan kepada mereka. Juga kepada Prof Dr Hussein Ahmad yang mengajar Teknologi Voltan Tinggi.

Berbual dengan PM Dr. Norazan yang mengajar Teori Elektromagnetik yang memeningkan itu juga amat mengharukan, cuma sedikit terkilan Prof Dr Ir Sheikh Hussain Sheikh Salleh yang menjadi penyelia projek Sarjana Muda saya tidak dapat ditemui kerana beliau ke luar daerah.

En Harun Mohd yang merupakan Felo saya di UTMKL pada 1997-98 juga tidak dapat ditemui kerana bercuti. Maklumlah rehat panjang selepas mengendalikan Pesta Konvo UTM yang ke 41.

Apapun lawatan ke UTM dan FKE ini amat berkesan di hati saya. Saya menyimpan azam untuk kembali lagi suatu hari nanti sebagai seseorang yang 'lain'. Ketika itu mungkin perlu membuat temujanji kerana lawatan kali ini saya lakukan secara 'walk ini' sahaja....

Sekian.

No comments:

Post a Comment