Thursday, June 23, 2011

Besar Sangatkah?

Besar sangatkah kita?

Bila dipanggil tidak bersegera

Bila disuruh tidak beria

Bila diajar tidak menerima



Besar sangatkah ilmu kita?

Hidup cuma ingatkan dunia

Ilmu akhirat tidak diusaha

Matlamat cuma menjadi kaya



Besar sangatkah pangkat kita?

Bila berjalan tetap mendada

Bila bersuara ego nadanya

Bila mendengar sebelah telinga



Besar sangatkah amal kita?

Amal sunat semua tiada

Amal wajib tertinggal juga

Amal dengan ilmu tiada



Besar sangatkah kejayaan kita?

Dosa dahulu dah taubat semua?

Dosa sekarang dah henti semua?

Dosa akan datang dah berjaga-jaga?



Astaghfirullahil 'adzim



Besar sangatkah solat kita?

Hai'at ab'adz celaru juga

Tawaruk iftirash belasah sahaja

Khusyuk lagi entah ke mana



Besar sangatkah derma kita?

Tambah aset kumpul harta

Tolak wakaf sedekah derma

Ditipu syaitan takutkan papa



Allahu Akbar...!



Na'uzubillah min zalik.



Besar sangatkah kita?



Wallahu'alam.



Wassalam.

via arkam@mobile®

No comments:

Post a Comment