Tuesday, June 7, 2011

Nak Meniaga Punnnn...

Keratan daripada akhbar Kosmo! Ruangan yang memang telah dipajak sejak dulu oleh mereka.

Selaku orang awam yang bukan cerdik pandai dokterete serta agamawan, saya tidak setuju tagline filter ini seperti tertulis itu.

Sebelum kita tentukan apa kategori air yang paling sesuai dengan tagline itu, elok kita faham benda ni dulu:

1) Air zam-zam disebut sbg zam zam dari awal dan asal sedangkan air dokter tu berpunca daripada hujan, kemudian sungai, kemudian paip. Air paip. Oklah, air paip yang dirawat.

2) Istilah ini sama juga dengan padi-beras-nasi. Bila di pokok kita panggil padi, kita tak panggil pokok beras, kemudian bila diproses kita panggil beras, bukan padi lagi dan kemudian bila dimasak dipanggil nasi, bukan beras lagi, walaupun semuanya sama.

3) Air zam zam berasal dari bawah tanah berhampiran Kaabah yang mulia itu sedangkan air paip berasal dari hujan, atas langit sana. Jarak bawah tanah dan atas langit pun memang sedia jauh. Mana sama air zam zam dengan air paip?

4) Air zam zam terbit atas keberkatan Nabi Ismail sedangkan air paip asal dari hujan sebagai rezeki umum daripada Allah untuk semua makhluk. Mana sama air zam zam dengan air paip?

5) Air zam zam tidak bertapis terus diminum dari puncanya sedangkan air paip melalui proses penapisan pelbagai peringkat tidak termasuk penapis yang hendak dijual itu. Mana sama air zam zam dengan air paip?

6) Air zam zam hanya ada di Mekah sedangkan air hujan melimpahi seluruh alam ini. Bumi mana tak ditimpa hujan?, kata pepatah. Mana sama air zam zam dengan air paip?

7) Air zam zam di bawa balik jemaah haji dan umrah ke tempat asal mereka setiap hari sedangkan orang yang bercuti sejauh manapun di dunia ini takkan berminat nak bawa balik air paip negara berkenaan, mana sama air zam zam dengan air paip?

8) Air zam zam digunakan oleh malaikat ketika membasuh isi dada Nabi Muhammad ketika kecil sedangkan semua perkakas lain di bawa daripada syurga. Bukan air paip. Mana sama air paip dengan air zam zam?

9) Air paip digunakan untuk pelbagai tujuan dan manafaat termasuk membasuh najis, zam zam tidak begitu, mana sama air zam zam dengan air paip?

10) Air zam zam datang daripada lautan zam zam di bawah kaabah yang tidak pernah kering sedangkan air paip boleh kering dan terputus jika kemarau berterusan, mana sama air zam zam dengan air paip?

11) Air zam zam sunat minum dalam keadaan berdiri mengadap kiblat sedangkan air paip yang dibuat kopi disunatkan minum duduk mengadapla mana-mana nak hadap. Mana sama air zam zam dengan air paip?

12) Air zam zam hanya boleh diambil manafaat oleh orang Islam sedangkan air paip untuk seluruh manusia dan makhluk, mana sama air zam zam dengan air paip?

13) Air zam zam mendapat perhatian Nabi Muhammad dalam banyak hadis dan riwayat hidup Baginda, bukan air paip. Mana sama air zam zam dengan air paip?

14) Air paip yang berpunca daripada hujan dan awan tadi lebih awal berpunca daripada proses penyejatan, sedangkan punca sebenar air zam zam wallahu'alam. Mana sama air zam zam dengan air paip?

Ini 14 dalil daripada orang awam saja, kita tak perlu sentuh kandungan mineral, organik, rasa, nutrient, zat dan sebagainya antara 2 air ini, memang takkan sama.

Lagipun saya bukan dokter.

Tapi tak dokterpun saya berpendapat, takkan hampir sama atau setanding air mana2 filter di dunia ini dengan air zam zam. Sama jauhnya dengan punca keduanya, satu dalam perut bumi satu lagi di stratosfera.

Jauh.

Takpayahlah guna hujah begini nak lakukan produk. Ala kadar dan patut padanlah, kita akan lebih dihormati.

Nasihat ikhlas, tak mau dengaq pun takpa.

(Saya masih pakai RO)

Wallahu'alam, wassalam.


via arkam@mobile®

No comments:

Post a Comment