Tuesday, November 6, 2012

Waktu Berkerja 1

Lama tidak menulis, ni sambil2 menunggu kelas bermula. Ingin menyampaikan satu konsep yang dipegang, bukan untuk diikut tapi untuk dipertimbangkan dan dilempar secara kritis.

"Waktu bekerja" dengan "waktu berada di tempat kerja" bagi saya adalah 2 benda berbeza. Seseorang mungkin dilihat cemerlang dari segi kedatangan ke tempat kerja kerana dia mengganggap "hadir ke tempat kerja adalah kerjanya"

Bagi setengah orang lain yang bertuah pulak ialah "tiada waktu bekerja khusus, semua waktu selagi dalam keadaan sedar adalah waktu dia bekerja"

Sebagai contoh bagi kes pertama, seorang kakitangan A, bekerja dari jam 815am hingga 515pm. Ini waktu bekerja standard dalam banyak syarikat.

Dia hadir ke tempat kerja selepas hantar anak ke sekolah seawal jam 745pagi. Kemudian dia setup tempat berkerja (workstation), on desktop pc dan keluar sarapan. Dia kembali ke "tempat kerja" jam 830 dengan membawa karipap dan kopi kacip Fatimah panas.

Dari masa ini dia buka facebook dan berfacebook tengok gambar orang, update status, tengok status artis, chatting ngan member jauh dan dekat, sambil2 check email, check akaun bank, check hutang kad kredit, bukak murai.com, bukak blog yang dia suka, kalau dia ada blog, dia pun update blog. Semua ni dia buat smpai jam 11.

Kemudian dia buat keja dia, nampak sibuklah sebab time ni biasanya boss2 pun dah sampai opis. Hinggalah jam 1. Dia tutup lampu dan dia "rehat". Masa rehat kan? Rehatlah.

(Dia baru bekerja 2 jam sahaja)

Kemudian dia keluar lunch, masuk balik terkedek2 dengan kuih apom lenggang dan kopi panas. Habuan tea time nanti.

Tapi singgah toilet, singgah surau solat, hampir jam 245 baru masuk ke "workstation".

Kemudian buat keja baliklah, sebab keja tadi masih tak siap. Takde plan nak siapkan pun sebab "esok masih ada".

Hampir jam 4 dia bukak facebook balik, sbb nak baca status orang, nak skodeng wall orang, nak tengok status bintang pujaan.

Kemudian jam 5 dia dah siap pegang kunci kereta, dan siap sedia nak "scan". Tepat jam 515 dia balik rumah dia seperti hari2 lain sejak bertahun lepas.

Di rumah dia buat keja rumah dan lupakan hal pejabat, tido, bangun esok dan ulang lagi rutin tadi.

"Masa bekerja" dia nampak hebat, nampak sempurna, nampak cantik. Hakikatnya dia cuma kerja 3 jam sehari.

Dan dialah pakar "kehadiran ke tempat kerja". Saya ingin ingatkan, "hadir berkerja" dengan "hadir ke tempat kerja" adalah 2 benda yang berbeza.

No offence, golongan inilah yang ramai.

Kita sambung nanti insyaallah.

Wassalam.

[arkam@mobile]PPKAS[ext]8988®

No comments:

Post a Comment