Sunday, April 5, 2009

Pilih...!

Agak sukar untuk menidakkan impak yang telah berlaku sehari dua ni sejak Pemilihan Agung UMNO khususnya dalam pilihanraya yang bakal berlaku esok di 3 tempat serentak.

Benar kata Tok Guru, pilihanraya kecil ni yang dibuat selepas pemilihan tu akan memberi advantage kepada BN.

Setakat mana semangat rakyat yang berkobar-kobar dulu tu pada masa ni pula tak berapa diketahui, namun perlantikan PM baru, kembalinya Tun Dr. Mahathir kepada BN dan beberapa perkara baik yang telah dibuat oleh DS Najib pastinya memberi kesan kepada pilihan rakyat, khususnya yang berada di atas pagar...

Tapi media tetap tidak berubah dasar dan pendekatannya, khususnya media eletronik, kita pernah sebut dalam 2 post yang lepas, ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, dan pada ketika itu PR menang 2-0 dengan 'pengaruh' media yang sebegitu.

Kalau dicampurkan dengan yang baru esok ni, mungkin boleh jadi 5-0.... atau 4-1 atau 3-2... Tapi takkan mungkin jadi 2-3..., tak mungkin....

Calon yang kacau gulai, cuci longkang, harungi banjir, lawat kematian, dukung anak orang, bercangkul, berhujan, berpanas dan di ambil statement dan gambarnya hari-hari untuk disiarkan bukan suka sangat kita melihatnya, yang lebih bosan ialah tuduhan yang keluar daripada parti bertanding, sedangkan tiada lawan mereka untuk menjawab dalam media yang sama pula..., ini membosankan saya, tak tahulah tuan-tuan pula...

Strategi ini tak boleh dipakai lagi... Sebab itu media alternatif menjadi pilihan, rakyat mahukan maklumat dari kedua-dua pihak untuk membuat keputusan, begitulah sepatutnya. Jika untuk rakyat di utamakan kepentingan, saya percaya setiap pilihanraya akan diberikan kebabasan seluasnya kepada para calon untuk memberi hujah. Yang pasti, tak ada satu parti pun yang sempurna, masing-masing ada kekurangan, sama ada 'kurang banyak' atau 'kurang sikit'. Saya akan pilih yang 'kurang sikit'...

Di Bukit Gantang, cabaran yang paling hebat dirasakan oleh 2-2 parti. Ini masa untuk rakyat memilih kerajaan yang mereka hendak, sama ada yang dipimpin BN atau PR. 'Pungutan suara tak rasmi'-dikatakan.

Kerajaan PR yang ditumbangkan dahulu sekarang masih memiliki keistimewaan. Perlantikan MB baru jelas tidak menghurai segala isu dan masih belum selesai pertikaiannya, ada kes cabar-mencabar di mahkamah. Pastinya, BN belum selesa untuk menjadi kerajaan negeri di sana. Andainya kes mahkamah ini berpihak kepada PR, maka Dr Zambri terpaksa turun sementara, jika beliau turun, apa pulak tempiasnya pada titah YM Tuanku Paduka Sultan?

Tambahan pula, Sidang DUN masih belum boleh berlangsung dengan rasmi, perlu diingatkan, jika sidang DUN Perak ini tak boleh bermula hingga 15 Mei depan, maka DUN akan terbubar secara automatik mengikut perlembangaan negeri dan pilihanraya kecil seluruh negeri akan berlaku. Nak mula macam mana?-Speaker belum ditukar, nak tukar macam mana?-Undi tak percaya belum dibuat. Nak undi macam mana?-Ahli korum dah tak boleh masuk dewan. Nak masuk macam mana?-Pintu tutup. Dahtu?-Meetingla bawah pokok dan tunggu masa sajalah...

Ini yang merisaukan sesetengah pihak. Maka, pilihanraya ini walaupun kecil tapi cukup significant kepada politikus BN.

Atas pemerhatian dan sedikit pembacaan, saya ada keyakinan bahawa PR akan menang di B.G. menjadikan keputusan 1-0, kemudian akan dibalas di B.A. dengan 1-1 dan akhirnya kembali menjaringkan gol dengan 2-1 di B.S....! Namun di B.S. pastinya tak 'semudah' di B.G., banyak kali nak kena kira, maklumlah calon pun ramai...

Aggregate 4-1... wallahu'alam.

Kita tunggu esok... ASTRO AWANI 501..., insyallah... (Saya ada di B.G...)

Wassalam...



Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

No comments:

Post a Comment