Tuesday, April 7, 2009
Ulasan Nyamuk
Isyarat ini jelas kepada semua yang BN sedang berhadapan dengan satu masalah besar untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada mereka. Walaupun dikatakan bahawa keputusan itu hanya mengekalkan status quo dan tak mengubah BN dan PR, tapi hakikatnya semua tahu yang segala macam bentuk propaganda dan gula-gula serta cubaan untuk menarik pengundi tidak mengubah kebijaksanaan pengundi memilih calon pilihan mereka.
Kalau diulang tayang berita dan rencana yang terbit di TV sejak mula penamaan calon hingga malam sebelum undi, kita akan tahu kenapa BN masih kalah di 2 tempat ini.
Di BG jelas bola 'hantaran' Tok Guru yang disangka offside oleh BN berjaya dijaringkan dengan bergaya oleh YAB Ir. Nizar, cukup.., jangan komen lagi.
Di BS pula, calon muda menang pada calon yang jauh lebih senior, 'Datuk' lagi..., Presiden MIC diam seribu bahasa, pemimpin lain pun diam, media pun diam....
Hakikatnya, BN perlu dibedahsiasat dengan jujur, dah banyak bedah siasat sejak setahun lalu, mana hasilnya?
Tak sangka pula kehadiran Tun sebenarnya memberi kesan buruk, terutama kepada penyokong Pak Lah dalam UMNO dan kepada pengundi Cina yang tak suka kepada Tun... Pengundi India pula tak ramai yang suka kepada MIC atau PPP atau parti merah-hitam tu... Mereka lebih ramai membawa bendera PR.
Pengundi Melayu yang PAS tetap PAS, akan sokong PKR dan DAP dalam pakatan mereka. Tambah pula usaha mereka yang bersungguh-sungguh dalam memenangkan calon mereka.
Matlamat 3 parti PR ini buat masa ini SATU sahaja-Menumbangkan BN. Perkara lain akan dibincangkan selepas matlamat ini tercapai.
Bahaya bagi BN, susahlah kalau masih belum sedar...
(Saya nyamuk sahaja)
Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment