Thursday, December 31, 2009

Agama Nabi Ibrahim

Hari ini diberitakan bahawa Herald menang atas cabaran mahkamahnya untuk menggunakan nama ALLAH merujuk kepada God dalam kitab dan terbitan mereka. Rayuan akan diteruskan untuk mencabar kembali keputusan ini.

"Tidak redha Yahudi dan tidak redha Nasrani kepada kamu (Islam) hingga kamu mengikuti agama mereka itu" Al Baqarah 120.

Kita faham hakikat semuanya bertuhankan Allah, seperti firmanNya "Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian 'alam": Al Fatihah ayat 1, tetapi mahukah Allah menerima kita sebagai hambaNya? Pokok-pokok, batu-batu, langit, bumi, matahari, bintang, bulan, manusia, semua manusia, manusia semua agama, jin, binatang, segala-galanya, semuanya dari segi hakikat bertuhankan Allah, cuma manusia dan jin ada yang engkar memilih jalan lain dalam mencari ketuhanan sementara semua makhluk yang lain tunduk patuh kepada semua perintah Allah.

Dari kumpulan agama langit, kitab Al Quran adalah kitab yang penghabisan diturunkan selepas Taurat kepada Musa, Zabur kepada Daud dan Injil kepada Isa, hanya Al Quran masih menggunakan bahasa asal yakni bahasa Arab dalam pembacaannya sama ketika diturunkan kepada Nabi Muhammad yang bertutur Bahasa Arab, selain ditafsirkan kepada beribu bahasa lain untuk tujuan kefahaman manusia sejagat, kitab-kitab lain tidak begitu, tiada yang asli lagi, tiada lagi dalam bahasa asal yang diturunkan.

"Bila sesuatu bukan lagi ASAL, adalah ia masih SUCI?"

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami tetap memeliharanya" Al Hijr 9.

Bila merujuk Al Quran, semua Nabi kepada Bani Israel malah bapa segala Nabi, Ibrahim hanya beragama Islam, dan menyembah Ilahan Wahidan, Tuhan yang Satu.

"Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yaakub, (Ibrahim Berkata), "Hai anak-anakku, sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagi kamu, maka janganlah kamu mati kecuali kamu memeluk Islam" Al Baqarah 132.

"... Apa yang kamu akan sembah sepeninggalanku (selepas kematianku)?, Mereka menjawab: "Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail, Ishaq (iaitu) Tuhan yang Maha Esa dan kami hanya tunduk dan patuh kepadaNya" Al Baqarah 133

"Dan mereka (Yahudi & Nasrani) berkata: "hendaklah kamu menjadi penganut agama Yahudi atau Nasrani, nescaya kamu mendapat petunjuk" Katakanlah "TIDAK, bahkan (kami mengikuti) agama Nabi Ibrahim yang lurus, dan bukannya dia (Ibrahim) dari golongan musyrik" Al Baqarah 135.

"Allah akan (membalas) olok-olokan dan membiarkan mereka terumbang-ambing dalam kesesatan mereka" Al Baqarah 16.

Bersyukurlah kita dalam agama Islam, yang benar, jalan para nabi dan rasul, jalan Nabi Ibrahim, yang darinya lahir Ismail dan Ishaq dari dua ibu, dari Ishaq lahir Yaakub dan anak cucu Yaakub lahir Bani Israel dan semua Nabi Bani Israel, sedangkan beribu tahun kemudian daripada itu, dari zuriat Ismail, lahir pula Nabi Muhammad SAW, yang dianugerahkan Al Quran, khatamul anbiya', Nabi membawa rahmat sekelian 'alam. Patutlah Yahudi dan Nasrani membenci...

Nabi yang akhir ini diberi mukjizat UMMI, tidak tahu baca dan tulis, menjadi pelindung kepada Islam dan Baginda daripada tohmah Yahudi dan Nasrani mengatakan Muhammad menulis Al Quran.

Maha SuciMu Ya Allah, dari sebarang kekurangan...

"...telah datang kebenaran, dan telah lenyap kebatilan, sesungguhnya kebatilan itu pasti lenyap..." Al Israa' 81.

Alif Laam Miim..., Ini lah Al Kitab (Al Quran), TIADA SYAK PADANYA petunjuk bagi mereka yang bertaqwa" Al Baqarah, 1 & 2

"Ya Allah, pelihara kami dan zuriat keturunan kami dalam agamaMu Ya Allah..., amin."

Allahu Akbar!


MUHAMMAD ARKAM
1 JANUARI 2010

No comments:

Post a Comment