Thursday, December 31, 2009

Khusuf

Bab pada menyatakan sembahyang gerhana matahari dan gerhana bulan.

Dan bermula sekurang-kurang sembahyang gerhana itu iaitu bahawa sembahyangkan akan dia dua rakaat seperti sunat zohor dan kesempurnaannya hendaklah dijadikan pada tiap-tiap rakaat daripadanya akan dua qiyam serta dipanjangkan akan bacaannya pada keduanya (dan) dua rukuk serta dipanjangkan akan tasbih pada keduanya (dan) tiada lebih pada sujudnya tetapi hendaklah dipanjangkan tasbih di dalamnya pula (dan sunat) kemudian daripada sembahyang gerhana itu bagi segala jemaah yang mengerjakan akan dia bahawa membaca dua khutbah oleh seorang daripada mereka itu seperti dua khutbah pada hari raya tetapi hendaklah dibaca "astaghfirullahil'adzim allazi la ilahailla huwal hayyul qayyumm wa atu bu ilaih) pada awal khutbah yang pertama daripada keduanya sembilan kali dan pada awal khutbah yang kedua padanya tujuh kali"

ManHaj Salam Halaman 22

Wallahu'alam.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

No comments:

Post a Comment