Wednesday, March 30, 2011

Lawan Hujah Bahagian 17

Setelah sekian lama, kita postkan satu link dalam bahasa Inggeris untuk menjawab beberapa soalan  untuk panduan semua.

Sila klik di bawah:

None of the Bible’s Writers Believed That Jesus is God

Sekian, wassalam.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Poco Poco

Melihat isu tarian yang dibahaskan oleh dua agamawan terkenal di negara ini mendetikkan keinginan untuk menulis sama. Bukan sampai taraf saya untuk menulis dan berfatwa setanding tokoh-tokoh tersebut, cuma saya sampaikan dari mata pandang seorang awam yang mendapat pendidikan agama sekadar di sekolah berbelas tahun dulu sahaja.

Pertamanya, walaupun kedua mereka mengeluarkan pendapat yang bercanggah, tetapi perlu diingatkan pendapat mereka dalam perkara ini hanyalah perkara cabang, perkara ranting dalam kehidupan seharian. Walaupun latar belakang mereka berbeza, perkara pokok dalam agama saya yakin disepakati kedua mereka tanpa berbelah bagi.

Kalau ditanya kepada mereka tentang aqidah, tentang Allah, mereka akan menjawab dengan fakta yang sama, keduanya akan mengaku Allah Tuhan Yang Satu, walaupun yang seorang mengajar 99 Nama-Nama Allah dan 20 Sifatullah manakala seorang lagi tidak mengajar sedemikian, tetapi keduanya akan menjawab Allah itu Tuhan Ar Rahmaan, Ar Rahiim, Maha Pemurah, Maha Penyayang dan sebagainya.

Seorang daripada mereka akan mengata Allah itu Wujud Qidam Baqa' dan seterusnya, sorang lagi juga akan mengatakan demikian, walaupun seorang mereka mengamalkan tahlil dan yaasin pada malam Jumaat dan seorang lagi berbuat dengan cara yang lain. Walaupun seorang mereka membaca doa Qunut pada subuh setiap pagi dan seorang lagi tidak berbuat demikian.

Ringkasnya, dalam soal Aqidah, keduanya sependapat, dalam hal yang muhkamaat dalam Al Quran, semuanya sependapat, dalam hal yang bersumberkan hadis sahih, keduanya sependapat.

Saya juga yakin, kerana mereka 2 tokoh agamawan yang sering mengeluarkan pendapat kerana populariti mereka masing-masing, keduanya tidak menyimpan dendam dan memperlekehkan satu sama lain, mereka sama-sama hebat, sama-sama berilmu.

Yang selalu jadi masalah adalah kepada para PENGIKUT mereka. Pengikut inilah yang selalunya menimbulkan rasa kurang senang dengan pengikut sebahagian yang lain.

Pengikut ini cenderung untuk membenarkan kumpulan mereka sahaja dan menyalahkan kumpulan yang lain.

Pengikut ini jugaklah yang memulakan elemen pecah memecah, kondem mengondem dan pulau memulau.

Apakah salahnya jika kedua pendapat ini dihalusi masing-masing pengikut, dan terima kedua-duanya.

Bila sampai bab mempraktik, gunakan akal dan common sense, gunakan budi bicara dan mengutamakan kepentingan ramai.

Bila berlaku selisih pendapat begini, bukankah pengikut yang untung? Kerana mendapat 2 ilmu, bukan satu sahaja.

Poco pocolah dalam bilik sorang-sorang sebagai senaman, mengambil pendapat seorang daripada mereka, janganlah poco-poco ketika orang tengah suspen mengejar hantu di atas bumbung, mengambil pendapat yang sorang lagi.

Cerdiklah sikittttt.....

Wallahu'alam.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Thursday, March 24, 2011

Bangunan Cekap Tenaga.

Alang-alang menyebut tentang Earth Hour esok skarang kita sebut pula tentang Kod Praktis Bangunan Cekap Tenaga (Bukan Kediaman) menurut MS 1525; walaupun untuk bukan kediaman, tapi teorinya akan jadi sama saja...



Kalau ada peluang memilih atau merekabentuk kediaman, sendiri punya atau orang punya, atau lebih lagi menjadi tuan bangunan, insistkan kepada perkara berikut:



1) Pendekatan rekabentuk Lestari. (Ambikkkk hangpa)



2) Strategi Rekabentuk Pasif:

a) Orientasi bangunan.

b) Konfigurasi bangunan.

c) Kedalaman lantai.

d) Tinggi lantai ke lantai.

e) Lokasi 'cores'.

f) Pemilihan fasad bangunan.

g) Susunatur ruang.

h) lanskap.



3) Orientasi dan perancangan tapak.



4) Daylighting.



5) Rekabentuk fasad.



6) Ventilasi semulajadi.



7) Lanskap berstrategi.



8) Pertimbangan masa depan untuk pembangunan Lestari.



Semua di atas boleh diapplikasi untuk kelestarian bangunan, walaupun nampak remeh, ia amat berkesan untuk memudahkan aktiviti cekap tenaga bila bangunan digunakan nanti.



Kalau tak berapa faham, boleh google, free. Kalau nak yang berbayar, boleh hubungi saya. ;)



Kita boleh berundiiiinnnnnggggg...



Wassalam.

Via arkam@mobile®

Earth Hour

Sabtu ni dicanangkan untuk setiap kediaman dan pejabat yang sesuai menutup lampu dan kelengkapan elektrik lain selama sejam untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan usaha ini dibuat di peringkat global.

Pendek kata, setiap sejam zon masa akan ada kawasan di dunia ni sedang bergelap bermula jam 8 malam Sabtu.

Langkah ini dijangka mengurangkan penggunaan tenaga keseluruhan dan syarikat utiliti tenaga di seluruh dunia pun akan isytiharkan berapa banyak tenaga terjimat dan kos melepas yang ditanggung mereka dalam tempoh itu.

Janganlah kita hanya menyertai earth hour ni dalam masa sejam lepas tu guna balik elektrik bagai nak rak. Penjimatan tenaga tidak sepatutnya mengorbankan keselesaan pengguna.

Lebih baik adalah langkah menggunakan tenaga dengan cekap, sepanjang tahun, silap2 langkah penjimatan tenaga sepanjang earth hour ni tidak significant berbanding kesedaran kepenggunaan elektrik/tenaga dengan cekap jika dibuat sepanjang tahun.

Saya menyebut begini kerana semua orang cenderung mendapatkan keselesaan, lazimnya akan berlebihan selesanya jika bil itu bukan kita yang bayar, khususnya syarikat bayar atau kerajaan bayar.

Contoh yang paling ketara ialah penggunaan penyaman udara di pejabat2, seboleh mungkin nak situasi sejuk sepanjang masa, bila sudah sejuk mereka pakai pulak kot dan blazer! Ada yang bawak sweater dan selendang tebal ke pejabat kerana penyaman udara di sana terlalu sejuk sampai dinding dan tingkap kaca berpeluh di luar.

Ini pembaziran, tidak cekap tenaga dan tiada kesedaran.

Setkan air cond pada suhu 22 dan tutup bila sudah sejuk bagi individual, pada yang centralized, on air cond pada pukul 9 dan off pada pukul 4.30.

Pantau dan eliminate tenaga yang kebaziran seperti tingkap pintu terbuka, tinggi siling, warna bangunan, orientasi bangunan, peranti kawalan automatik, pemilihan bahan binaan, kawasan kaca, teduhan pokok dan sebagainya. Tak perlu pakai kot dan blazer di pejabat, pakai saja kemeja bersingsing lengan, kecualilah bos bos besarrrrrrrr.

Saya cuma sentuh bab air cond, air cond menyumbang 64% penggunaan tenaga elektrik keseluruhan bangunan biasa, mengikut kajian.

Kalau nak tau bab2 yang lain, sila google.

Wallahu'alam.

Via arkam@mobile®

Tuesday, March 22, 2011

Ponteng

Pagi tadi breakfast di sebuah gerai tepi jalan antara pelanggan adalah sekumpulan 10 org pelajar sekolah bangsa sendiri dengan pakai seluar hijau sekolah dan baju ko ku, Rabu for ko ku day.



Ada kadet bomba dan ada PBSM, masa tu sudah 830 am.



Kalau bangsa lain, bila dah tak nak belajar, mereka dihantar ke kedai tukangan, paling popular kedai ketuk cat kereta, bengkel kereta motor, servis elektrikal atau air cond, ada juga yang disuruh tolong peniaga kedai runcit, restoren atau kedai hp. Walaupun di bawah umur, mereka digalakkan berkerja, mencari duit, menyara keluarga. Belajar? Buang ke tepi, sebaliknya diberi latihan meniaga, skil teknikal dan servicing.



Mereka ini masuk kerja selepas PMR (yg teruk tu), umur 16 tahun sudah mula ikut kerja, tukang menukang, servis menservis dan sebagainya.



Mereka akan menuntut ilmu meniaga dan bertukang dengan 'sifu' mereka, direct, ilmu perniagaan, ilmu melayan pelanggan, ilmu rekod merekod, ilmu kira mengira.



Bila dah 10 tahun belajar direct begini, mereka pula jadi mahir, selepas itu membuka pula perniagaan sendiri, dengan dorongan 'sifu' tadi.



Ketika itu umur mereka baru 26 tahun, masih muda, dan mereka pula menerima pelajar baru, meneruskan tradisi turun temurun ini, lama-lama, mereka jadi banyak, mereka jadi pakar, mereka memonopoli.



Dan mereka berjaya, walaupun di negeri orang, walaupun majoriti pelanggan mereka, bukan bangsa mereka.



Itulah mereka, budak kita?



Merempit? Merempit tak salah, tapi jangan buang masa merempit bertahun-tahun, tapi duk takat tu jugak. Kalau dah merempit 10 tahun masih mak bapak bayar duit makan, masih mak bapak sedia baju seluar, baik blah!



Merempitlah sampai jadi Juara Dunia F1 atau moto GP, baru padan.



Kalau tak boleh, baik ikut org meniaga. Buat keja cari upah dan tukang, tak blajar tinggi tak apa, asalkan pandai bekerja.



Masih boleh menyara, masih boleh kaya.



Lama2 kena tinggal, pastu salahkan orang, salahkan bangsa lain, salahkan semua jabatan, salahkan subsidi, salahkan harga minyak, salahkan politik.



Hujung2?



Via arkam@mobile®

UPP Padang Besar 22 Mac 2011

Semalam pagi menghadiri Mesyuarat Tapak KDN Kangar hingga tengahari, kemudian sambung Lawatan Pra Penyerahan UPP Padang Besar hingga jam 4, jam 5 kembali ke KDN Kangar untuk lawatan tapak, gambar UPP Padang Besar seperti berikut:


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

UPP Chuping, Perlis.

Lama tak update status projek ini: UPP Chuping, Perlis. Gambar pada Pertengahan Mac 2011.


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Monday, March 21, 2011

Cadangan Politeknik Balik Pulau.

Gambar2 sahaja, tiada komen...



Semoga berjaya, amin...



Bolehlah terus cari makan... Insyaalllah.



Via arkam@mobile®

Tuesday, March 8, 2011

Tawaran Kerja ICQ Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Permohonan dibuka untuk sesiapa yang berminat untuk jawatan:



Jurutera Residen Elektrikal

COW Elektrikal

COW Mekanikal



Di projek seperti di atas.



Sila email CV atau resume ke ajpkedah@yahoo.com untuk perhatian Ir Shahini Puteh jika berminat.



Sekian, terima kasih.

Via arkam@mobile®

Friday, March 4, 2011

Lain Daripada Kulit

27. Bulu bangkai, tulangnya, kukunya, tanduknya dan lain lain seperti kuku harimau dan kuku helang semuanya najis tidak jadi suci dengan disamak.



Yang dikatakan bangkai itu ialah binatang yang hilang nyawa dengan tiada disembelih yang oleh syarak seperti disembelih binatang yang tiada halal dimakan umpama keldai, baghal, dan lainnya, dan seperti disembelih binatang yang halal dimakan dengan tulang atau sembelihan orang majusi dan sembelihan orang dalam ihram pada binatang buruan.



Wallahu'alam.



(Idaman Penuntut Halaman 39)

Via arkam@mobile®

Bejana Emas.

28. Haram atas orang Islam lelaki dan perempuan menggunakan bejana seperti pinggan mangkuk daripada emas dan perak sama ada besar atau kecil sedikit ataupun banyak.



Termasuklah pencelak mata, bekas celak, pencungkil gigi, sudu, garfu, sikat, perbaraan, jarum dan sebagainya yang diperbuat daripada emas atau perak.



(Idaman Penuntut, halaman 40)



Wallahu'alam.

Via arkam@mobile®

Saya Menyokong Tulisan Ini.

Bacaan Kuat Selain Azan
Disiarkan pada Jan 15, 2011 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan | BACAAN SELAIN AZAN DI PEMBESAR SUARA PATUT DIHENTIKAN
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah ‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:

“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:

“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:

“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.

Sekian.

Wednesday, March 2, 2011

Bagaimana Musafir Itu Boleh Menyeronokkan?

Seminggu lagi cuti sekolah, maka banyak orang akan bermusafir, bercuti dan berjalan jauh, balik kampung dengan pelbagai urusan.

Selalunya musafir akan jadi menyeronokkan jika ada unsur-unsur berikut:

1) Tempat yang hendak pergi tu menarik, kalau tempat percutian, boleh bayangkan laut, kolam mandi, hotel yang selesa dan sebagainya.

2) Ada bawak bekal sepanjang perjalanan, apatah lagi kalau sampai di sana ada bekal yang sudah disiapkan, sama ada sebelum pergi atau disiapkan oleh orang lain. Bekal di sini mungkin wang, tempat tinggal, makanan.

3) Kita sihat untuk bergerak, cergas, aktif dan sempurna. Sihat fizikal dan juga mental dalam keadan sihat, gembira, bahagia.

4) Memiliki kenderaan yang baik dan dalam berkeadaan sangat baik. Kenderaan 'baik' ni terpulang kepada tafsiran masing-masing. Ada yang kata Mercedes tu baik dan ada yang kata Kelisa tu cukup baik dah.

5) Kita bersedia dengan semua persiapan sama ada sebelum bertolak dan selepas tiba di tempat yang kita jangkakan tadi.

6) Tiada urusan lain yang kita risaukan sepeninggalan kita.

Ada sejenis musafir, juga akan jadi seronok dengan semua ciri yang kita nyatakan di atas.

Musafir ini pergi saja, tak kembali dah.

Sedar-sedar terus berada di tempat baru.

Semoga Allah memilih kita untuk membuat persediaan, wallahu'alam.

Wassalam.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Kita Adaaaaaaaa........?

Kerja-kerja pemasangan interlockiing paver di negara orang,

Kita adaaaaaaa?







Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com