Wednesday, March 2, 2011

Bagaimana Musafir Itu Boleh Menyeronokkan?

Seminggu lagi cuti sekolah, maka banyak orang akan bermusafir, bercuti dan berjalan jauh, balik kampung dengan pelbagai urusan.

Selalunya musafir akan jadi menyeronokkan jika ada unsur-unsur berikut:

1) Tempat yang hendak pergi tu menarik, kalau tempat percutian, boleh bayangkan laut, kolam mandi, hotel yang selesa dan sebagainya.

2) Ada bawak bekal sepanjang perjalanan, apatah lagi kalau sampai di sana ada bekal yang sudah disiapkan, sama ada sebelum pergi atau disiapkan oleh orang lain. Bekal di sini mungkin wang, tempat tinggal, makanan.

3) Kita sihat untuk bergerak, cergas, aktif dan sempurna. Sihat fizikal dan juga mental dalam keadan sihat, gembira, bahagia.

4) Memiliki kenderaan yang baik dan dalam berkeadaan sangat baik. Kenderaan 'baik' ni terpulang kepada tafsiran masing-masing. Ada yang kata Mercedes tu baik dan ada yang kata Kelisa tu cukup baik dah.

5) Kita bersedia dengan semua persiapan sama ada sebelum bertolak dan selepas tiba di tempat yang kita jangkakan tadi.

6) Tiada urusan lain yang kita risaukan sepeninggalan kita.

Ada sejenis musafir, juga akan jadi seronok dengan semua ciri yang kita nyatakan di atas.

Musafir ini pergi saja, tak kembali dah.

Sedar-sedar terus berada di tempat baru.

Semoga Allah memilih kita untuk membuat persediaan, wallahu'alam.

Wassalam.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

No comments:

Post a Comment