Sunday, August 19, 2012

Harapan

Salam Aidilfitri,



Kita ni bila dah habis umur, maka kita akan diuruskan oleh mereka yang masih ada umur.



Umur boleh habis tak kira usia yang telah kita pakai, ada mungkin kita akan diuruskan oleh mak bapak sendiri, mungkin juga oleh kawan-kawan, mungkin oleh jiran. Kita tak tahu.



Bila kita sudah tiada, Nabi kata hanya akan memberi manafaat kepada kita oleh tiga benda, sedekah jariah, ilmu yang diperturunkan dan dimanafaatkan dan doa daripada anak solehin.



Yang akan menghantar kita ke kubur pula 3 benda, 2 akan balik dan satu akan tinggal bersama kita. Yang akan balik harta kita dan keluarga-kenalan kita, yang tinggal dengan kita amal kita.



Oleh kerana perjalanan kita itu perjalanan akhir, harap sangat keluarga-kenalan kita menghadiahkan surah dan doa. Kita takkan harap apa2 dah selain dua benda ini.



Keluarga-kenalan kita kalaulah mereka tahu, maka adalah mereka akan solatkan jenazah kita, iring kita ke kubur dan aminkan doa dalam talkin serta juga mendoakan kita sendiri-sendiri.



Tapi kalau kenalan kita tu tak boleh buat begitu kerana tak tahu, kita malang sikitlah, kerana nampaknya tak ada manafaat mereka berkenalan dengan kita setelah kita tiada. Hanya setakat boleh belanja kita minum teh tarik ketika kita hidup sahaja.



Semoga Allah merahmati. Wassalam.













via arkam@mobile®

No comments:

Post a Comment