Lazim bagi sebarang acara dunia ada kemuncaknya. Kemuncak kenduri kahwin adalah ketibaan pasangan pengantin, kemuncak pertandingan olahraga ialah penyampaian pingat, kemuncak kursus adalah perasmian, kemuncak sekolah dan universiti adalah graduasi.
Biasanya sesuatu majlis akan bermula dengan perlahan, meningkat seronok perlahan-lahan hingga akhirnya ketibaan acara yang paling ditunggu-tunggu. Kemudian habis acara itu dan kemudian bersurai dengan pelbagai cara.
Ada yang bersurai dengan gelojoh gopoh gapah, ada yang penuh tertib, ada yang meninggalkan sampah sarap pulak macam di pasar malam, ada juga yang pesertanya kemas tertib dan tidak membuat sepah.
Nanti kita akan dapat lihat di majlis rumah terbuka rumah kenamaan, tengok majlisnya, tengok kemuncaknya, tengok pulak selepas itu, sampah atau kegembiraan kepada tuan rumah yang ditinggalkannya.
Lebih kurang 25 hari lepas, telah datang kepada kita satu majlis. Kita boleh dikatakan mula dengan meramaikan majlis. Koi lama koi kurang, hingga minggu akhir ni makin banyak kurangnya.
Kemuncak majlis itu entah sudah entah belum, kita sudah tak peduli lagi kerana sudah siap baju baru nak dimasukkan dalam beg, bukan itu sahaja, duit lusuh sekarang sudah tidak dimain, semua baru, serba baru.
Kita uruskan kewangan kita dengan ingin melihat impak daripada gaji, bonus dan duit kita, henfon baru, jam baru, baju baru, seluar baru, kereta baru, beg baru, eh. Kita tak hiraukan kemuncak tadi.
Lepas berakhir majlis sebulan ini, kita balik. Balik kepada kita yang asal. Kalau kita jenis menyepah-nyepah, kita akan tinggalkan sampah sarap kepada tuan rumah.
Dan majlis sebulan itu sudah hilang kesannya kepada kita. Kita rasakan seolah-olah kita telah memberi manafaat diri kita, tapi kita hanya syok sendiri.
Dalam keadaan kita membuat majlis tadi ala kadar, orang lain merebut dan merebut. Mereka habiskan perjuangan majlis tadi dengan penuh kepuasan.
Kemudian mereka berjaya, merekalah yang dapat. Kita masih orang yang sama.
"La'allakum tattaquun..."
Wallahu'alam, wassalam.
Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com
No comments:
Post a Comment