Dah berapa orang masuk paper putuih jari akibat mercun, dan akan ada lagi yang akan putuih jari dalam seminggu dua ni. Macam tu la...
La ni, meriam dah tak di main. Mungkin kerana cara hidup di pekan dengan rumah taman ni tak sesuai. Main mercun saja.
Dulu, seperti cerita yang lepas, antara aktiviti budak kampung macam saya ni adalah main meriam.
Adapun meriam ada beberapa jenis yang selalu di main:
1) Meriam buloh. Dibuat daripada buluh yang besaq-besaq. Dipotong sesuai ruas, dilopongkan di bahagian depan dan dilubangkan kecik di bahagian pangkal ruas. Biasanya yg bahagian lopong di depan akan ditala ke atas sikit, dalam 15 darjah hingga 30 darjah, bergantung kepada kreativiti.
Permainan meriam buloh ini menggunakan kabait. Kabait dulu boleh dibeli di kedai runcit dengan harga 2 ringgit sekilo. Puas main.
Rupa kabait ni bagi yg belum pernah tengok macam batu, kelabu, berhabuk, berbau sedap. (rindu betui bau kabait basah).
Caranya adalah dengan meletakkan sejumlah kabait di atas satu 'feeder' bersambung dengan kayu jauh ke dalam buloh selepas ditaburkan sikit air utk menjana kuasanya. Kabait ini akan mengeluarkan gas yang boleh meletup. Gas ini dikumpulkan dalam bekas buloh tu la utk mengumpul kuasanya.
Settingkan kedudukan meriam, kemudian masukkan kabait ke dalam buloh, tutup hujung buluh utk kesan lebih maksima.
Selepas beberapa minit, gunakan pancing untuk nyalakan sumbu. Api sumbu ini akan dipicu di lubang kecik di pangkal buloh yg dibuat tadi.
Perlu ada satu jarak yang sesuai utk mengebom. Sampai la ni aku heran pasaipa aku berani sangat dulu? La ni dgn mercun pop pun aku dah melompat.
Selesai mengebom proses tadi diulang dengan gembiranya selagi mak atau bapak aku tak cari.
Kalau ada meriam kampung sebelah baru best sama2 mengebom.
Jangan main2, inilah proses pembelajaran "Keabadian Tenaga". Baru kita tau sebenaqnya tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan, ia hanya bertukaq dari satu bentuk tenaga ke bentuk yang lain.
Walaupun nampak macam dahsyat dah ni meriam buloh, tapi inilah meriam novice tahap beginner. Paling komanla.
Boleh lagi di improvise.... Boleh, boleh...
Haha.
Bersambung kot.
via arkam@mobile®
No comments:
Post a Comment