Sunday, January 2, 2011

InsyaAllah

Semalam ada berbual dengan seorang uncle berbangsa Cina beragama Buddha:

Saya: Boleh siap ka ini projek in 2 months?
Dia: Bukan nak kata la tuan, tapi InsyaAllah-lah..., boleh....

:-)

Begitu sempurna sekali Islam, benda macam ni pun diajar dalam Al Quran, Surah Al Kahfi:

[23] Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”. [24] Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “Insya Allah”. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”.

Uncle Cina tadi pastinya tak tahu ayat ini, dia mengikut apa yang orang Islam selalu kata.

Malangnya, apabila seorang Islam menyebut InsyaAllah, ia selalunya InsyaAllah yang jenis TAK JADI, bukan dari jenis InsyaAllah yang JADI.

Tu yang kita susah dapat kepercayaan, kita mencederakan imej kita sendiri, mencederakan juga imej agama Islam.

Satu tulisan untuk diri sendiri. Sapa terasa sama, padan muka.

Wallahu'alam.


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

No comments:

Post a Comment