Kalaula kita minat membaca, tentu kita ada penulis yang kita minat.
Tak kirala baca buku ka, baca sokabar ka, baca blog ka, baca novel ka, baca apa-apa sajalah, tentu ada sorang dua penulis yang kita berkenan, yang kita kagumi dengan cara tulis dia atau ilmu yang dia tulis dalam buku berkenaan.
Dia tak tau kita minat dia, tapi kita kenal dia melalui tulisan dia, kita minat novel dia, kita minat blog dia, contohla...
Malah dengan membaca semua tulisan keluaran dia, kita dah mula kenal dia, keturunan dia, rumah dia, apa yang dia suka, apa yang dia tak suka.... kita kenal 'rupa' dia, kita boleh cam dia di luar kalau jumpa, sedangkan dia tak kenal kita.
Kalaula jumpa di mana-mana, kita akan jadi exited dan kita boleh sapa dia dan bagitau dia kita follow tulisan dia, follow blog dia, follow novel dia, follow semua buku yang dia keluarkan.
Dan bagi dia pun, dia akan suka, dia akan hargai kita dan dia akan cuba layan kita dengan baik, lebih-lebih lagi dia tau kita ikhlas dan meminati dia.
Ada satu buku di kebanyakan rumah kita, tapi buku lama, dah ada ribuan tahun. Sebelum tu ada juga buku-buku lain yang dikeluarkan, tapi dah obsolete, diganti dengan buku yang satu ni.
Kita jarang-jarang minat nak baca buku yang satu ni, kita jarang-jarang nak ambil nasihat dalam buku ni, kita lebih suka nasihat profesional barat, lebih kelas.
Tapi kita tak perasan satu hari nanti, kita akan berjumpa juga dengan pemilik buku ini, waktu tu kita boleh kata yang kita peminat dia, kita kata kita baca buku dia, dan kita ikut semua panduan dia yang tertulis dalam buku tu.
Itu kalau kita bacalah, dan Dia akan tahu, Dia Maha Mengetahui.
Kalau kita baca dan hargai buku Dia, sudah pasti Dia juga akan menghargai dan melayan kita dengan baik.
Marilah kita baca buku yang satu ni selagi kita hidup, kerana selepas mati macam mana kita nak baca?
Buku tu boleh dibaca DI SINI.....
Wallahu'alam.
Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com
No comments:
Post a Comment