Wednesday, January 19, 2011

Kenapa Tidak Boleh Merayakan Perayaan Agama Lain?

Umat manusia dalam dunia ini terbahagi kepada 2 yang besar, satu yang percaya adanya tuhan dan yang kedua tidak percaya adanya tuhan, di mana mereka mengganggap semua yang berlaku adalah usaha mereka sendiri. Kita tinggalkan mereka daripada perbincangan ini kerana tak releven.

Bagi yang mengaku adanya tuhan pula terbahagi kepada 2 jenis, iaitu yang mengaku tuhan itu berdasarkan pembawakan Nabi dan Rasul, yakni Agama Samawi, Agama Wahyu, dan sejenis lagi yang dibawa oleh manusia berdasarkan falsafah, adat dan turun temurun, warisan nenek moyang.

Agama wahyu memiliki kitab wahyu. Di bawa oleh Rasul-Rasul. Diutus oleh Tuhan Semesta Alam. Agama wahyu yang memiliki kitab wahyu walaupun hakikatnya adalah SATU sahaja tetapi telah terbelah kepada 3 yang besar: Yahudi, Kristian dan Islam. Yahudi membawa kita Taurat, Zabur yang dibawa oleh Nabi Musa AS dan Nabi Daud AS dan diperkuatkan dengan Nabi-Nabi lain seperti Yaakub, Yusuf, Shuib, Harun, Zulkifli, Sulaiman, Ayyub, Ilyas, Ilyasa', Yunus, Zakaria, Yahya malah Isa AS. Nabi Isa yang diperturunkan Injil atau Bible berpecah keluar walaupun hakikat daripada Bangsa Israel tetapi bangsa itu sendiri yang menolaknya maka berlakulah peristiwa penyaliban 'Nabi Isa' pada usia baginda 36 tahun. Lebih 500 tahun kemudian, perkara ini mula di yakini oleh semua umat Islam hingga hari ini seperti yang diberitahu oleh Nabi terakhir, Nabi Akhir Zaman. Nabi ini diberikan kitab penghabisan, Al Quran yang diturunkan lebih 1400 tahun dahulu dalam bahasa Arab, kekal hingga ke hari ini dalam bahasa Arab...!

Itu kumpulan agama wahyu, yang dianuti secara total 70% penduduk dunia.

30% lagi adalah kumpulan agama ciptaan dan kumpulan yang tidak beragama.

Soalan kita, apakah kita perlu terus dalam agama ibu bapa kita sejak lahir tanpa ada hak untuk mengetahui tentang agama lain? Tapi kena jawab soalan ini terlebih dahulu, adakah kita dalam golongan orang yang mempercayai adanya AGAMA dan TUHAN? Kalau jawapannya YA, kita boleh sambung bincang bahagian seterusnya, selepas ini.

Secebis kisah daripada Al Quran, Al An'am, kisah bagaimana Nabi Ibrahim mencari tuhan:

[74] Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: “Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata”.

[75] Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.

[76] Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: “Inikah Tuhanku?” Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: “Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang”.

[77] Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: “Inikah Tuhanku?” Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: “Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat”.

[78] Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: “Inikah Tuhanku? Ini lebih besar”. Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).

[79] “Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)”.

Ayat 79 itu berbunyi:

Kita membaca ayat ini sehari-hari 5 kali dalam Iftitah (Sunat Haiat), maksudnya sekali lagi :

[79] “Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)”.

Bila kita baca sehari-hari, adakah wajar kita bersama merayakan perayaan keagamaan bagi agama lain? Nabi Ibrahim juga adalah Nabi besar bagi kaum Yahudi dan Kristian, wajarkah mereka mengganggap Uzair dan Isa itu anak tuhan berpandukan ayat ini?

Maha Suci Allah daripada apa yang mereka sekutukan!

Wallahu'alam.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

No comments:

Post a Comment