Antara satu perkara mantik yang menarik perhatian saya tentang Muhammad Bin Abdullah ialah Baginda dilahirkan selepas kematian bapanya, kemudian disusukan oleh Halimatus Saa'adiah hingga 2 tahun. Kemudian tinggal dengan ibunya sehingga usia 4 tahun, meninggal ibunya tinggal pula dengan datuknya, Abdul Muttalib hingga umur 6 tahun, kemudian meninggal pulak datuknya Abdul Muttalib dan Baginda menumpang kasih di rumah Abu Talib, bapa saudaranya yang paling tidak berharta berbanding Abu Lahab dan Abu Jahal yang memang terkategori sebagi pembesar Mekah ketika itu.
Tetapi Baginda tidak tinggal dengan percuma, Baginda mengikut rombongan berniaga Abu Talib untuk menjadi pembantu, di pertengahan jalan berjumpa dengan Buhaira, seorang alim kitab-kitab terdahulu, yang ada menceritakan bahawa Nabi Akhir Zaman akan melalui kawasan itu pada waktu itu, maka Buhaira menunggu. Bila melihat tanda kenabian pada Baginda, Buhaira meminta Abu Talib membawa Muhammad balik dengan segera, kerana pasti budak itu akan disakiti Yahudi jika mereka berjumpa.
Bila balik dan tidak dibenarkan pula mengikut berniaga, Baginda pula mengembala kambing, tinggal Baginda dengan Abu Talib hingga usia belia, sehingga berkahwin.
Sesudah berkahwin, Baginda mengambil anak Abu Talib, Ali Bin Abu Talib untuk dibesarkan sebagai anak angkat Baginda, usaha membalas budi Abu Talib memelihara Baginda sebelum itu.
Walaupun besar jasa Abu Talib kepada Baginda, Abu Talib diketahui dan direkodkan meninggal bukan dalam agama Islam, Allah memilihnya begitu, wallahu'alam.
Sebabnya: Bagi menjawab fitnah bahawa Muhammad menggunakan sihir untuk menggerakkan Islam, kalau menggunakan sihir, kenapa pada Abu Talib tidak mengena?
Sebab yang lain, selama itu perjalanan hidup Muhammad dengan menumpang kasih sebagai seorang yatim di sana sini, beliau tidak berguru, tidak bersekolah, tidak tahu membaca dan menulis, tidak pandai bersyair dan tidak ada kawan yang mengajar, Baginda mendapat terus pendidikan daripada Allah. Maka, tidak mungkin Muhammad mereka-reka Al Quran dan menulisnya...!
Ini tertulis dalam kitab-kitab terdahulu (Petikan Bible Shaya,29) :
(11) All vision is become to you as the words of a book that is sealed, which men deliver to one who is learned, saying, Read this, I pray you; and he says, I cannot, for it is sealed: (12) and the book is delivered to him who is not learned, saying, Read this, I pray you; and he says, I am not learned. (Shaya 29)
Dalam Bahasa Melayu:
(12) Dan apabila kitab itu diberikan kepada seorang yang tidak dapat membaca dengan mengatakan, bacalah ini, saya berdoa untuk kamu, dan dia menjawab, "Saya tidak tahu membaca" (Bible Shaya 29)
Sebab yang ketiga, untuk menunjukkan bahawa kita, kalau nak berjaya, jangan menumpang budi kepada sesiapa....!
Banyak lagi sebab dan hikmah yang lain, boleh fikir sendiri....
Wallahu'alam.
Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com
No comments:
Post a Comment