Sunday, October 17, 2010

Lawan Hujah Bhg 1 (Pengenalan)



http://www.al-kitab.org/index.html


Website ini disediakan oleh pendiayah jahat dengan niat jahat dan mengelirukan khususnya kepada umat Islam dengan fakta dangkal dan lemah, khususnya pada soalan trivia yang disediakan.

Kononnya untuk memberi perbandingan tetapi didalangi oleh kumpulan manusia jahat yang ditutup hatinya oleh Allah kepada kebenaran.

Mereka menggunakan hujah daripada ayat Al Quran untuk menaikkan seorang Nabi, dan menjatuhkan Nabi yang lain. Mereka menutup semua salur berkomunikasi dengan mereka daripada website berkenaan, ini langkah bacul.

Hari ini lebih 1.5 billion orang Islam serata dunia memuliakan Nabi Isa AS dengan jasa dan penerangan daripada Nabi Muhammad SAW, seperti semua Nabi yang di wahyukan Allah, mereka sama istimewa antara satu dengan yang lain, kerana dakwah semua Nabi dan Rasul adalah sama sahaja.

Tidak ada pelik Allah mencipta Nabi Isa tanpa bapa, kerana Allah jugalah yang menciptakan Nabi Adam tanpa emak dan bapa, dan menciptakan pula Hawa tanpa emak, tetapi daripada tulang rusuk Adam.

Allah menciptakan Adam daripada tanah, tanpa emak dan bapa, dan bagaimana pula Allah mencipta tanah? Daripada apa pula? Adakah sesuatu masalah bagi Allah Yang Maha Kuasa untuk menciptakan apa saja yang dikehendakinya, dengan menggunakan apa saja?

Adakah terdapat dalam kitab-kitab mereka mengakui Nabi Isa menyebut bahawa dia Nabi yang terakhir diturunkan? Bagaimana mereka boleh mempercayai semua Nabi lain sebelum Isa tetapi menentang satu-satunya Nabi selepas Nabi Isa, iaitu Nabi Muhammad SAW?

Mengambil petikan daripada kitab mereka sendiri (sudah diterjemah, tidak suci lagi):


"Allah your God will raise up for you a prophet like me (Moses) from among your brothers. You must listen to him; "([1] 18:15 This verse is quoted in the Injil, Acts 3:22and 7:37. The Injil clearly teaches that this verse was fulfilled in the coming of Prophet 'Isa Ibn Maryam.) daripada (Deuteronomy 18)"

Terdapat berbelas alasan, "a prophet like me (Moses)" yang didakwa mereka jatuh kepada Nabi Isa adalah sebenarnya ditujukan kepada Nabi Muhammad SAW. Kedatangan Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi penghabisan telah dimaklumkan dalam kitab-kitab terdahulu, ribuan tahun sebelum Tahun Gajah, yang pada hari ini dipinda mereka.

InsyaAllah, saya akan berikan semua alasan berkenaan. Semoga Allah berikan saya kekuatan.

Maha Suci Allah daripada apa yang mereka sekutukan.

WallahuAlam.

No comments:

Post a Comment