Thursday, October 21, 2010

Lawan Hujah Bhg 5

Kita lanjutkan perbahasan ini dengan menghabiskan ayat yang kita bincang dari awal. Kita tidaklah gemar mengambil petikan daripada kitab mereka kerana kita menyakini tulisan itu bukanlah asli, tetapi atas hujah yang mereka perkudakan atas kitab kita, maka kita gunakan kitab mereka pula untuk memberi penerangan kepada mereka. Tujuan kita satu, mengajak mereka kembali kepada kitab Allah secara ikhlas, tanpa prejudis. Ini kerana Al Quran telah membatalkan kitab-kitab terdahulu, asalkan mereka buka mata dan hati secara sukarela, renung dengan ikhlas dalam mata hati mencari kebenaran, nescaya mereka akan menerima seruan ke agama suci yang sebenar, iaitu Islam.

Masih menggunakan petikan mereka:
"Allah your God will raise up for you a prophet like me (Moses) from among your brothers. You must listen to him; "([1] 18:15 This verse is quoted in the Injil, Acts 3:22and 7:37. The Injil clearly teaches that this verse was fulfilled in the coming of Prophet 'Isa Ibn Maryam.) daripada (Deuteronomy 18)"
Mengikut struktur ayat di atas, ia merupakan ayat suruhan yang direkod dalam kitab mereka, berpunca daripada kata-kata Nabi Musa kepada kaumnya (Bani Israel) dan jelas, daripada struktur ayat ini, kata-kata tersebut bukan daripada Tuhan secara terus (direct). Maksud kita, ia ayat pihak ketiga yang merekod, bukan ayat dari pihak pertama.

Ini kerana jika ayat daripada pihak pertama, ia akan jadi begini "Allah your God will raise up for you a prophet like YOU form among your brothers, you must listen to him"

Bagai dijangka, Bani Israel sangat terkenal dengan sikap angkuh dan sombong mereka, perkataan "you must listen to him" hanyalah mainan di telinga, mereka tidak akan patuh semuanya.

Firman Allah dalam Al Quran pula:


Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. Ali Imraan, 110

Hasilnya, mereka menolak Nabi Muhammad sebagai utusan Allah yang terakhir, dan tidak mendengar arahan daripada Nabi mereka sendiri dalam ayat di atas.

Kita lanjutkan perbincangan ke ayat seterusnya yang mengulangi ayat yang telah kita bincangkan, daripada kitab mereka pada post yang seterusnya, Insyallah.:

"(18) I will raise them up a prophet from among their brothers, like you; and I will put my words in his mouth, and he shall speak to them all that I shall command him. (19) It will be, that whoever will not listen to my words which he shall speak in my name, I will require it of him.[2] [2] 18:19 Referred to in the Injil, Acts 3:23." (Daripada Deuteronomy 18)
Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment