Wednesday, October 20, 2010

Lawan Hujah Bhg 4

"Allah your God will raise up for you a prophet like me (Moses) from among your brothers. You must listen to him; "([1] 18:15 This verse is quoted in the Injil, Acts 3:22and 7:37. The Injil clearly teaches that this verse was fulfilled in the coming of Prophet 'Isa Ibn Maryam.) daripada (Deuteronomy 18)"

Kita sambung, insyaallah.

"...from among your brothers" yang dikatakan daripada ayat di atas merupakan lagi satu petunjuk tentang kehadiran seorang Nabi seperti Musa yang dihuraikan dalam baris perkataan terdahulu pada post terdahulu.

Kita telah kemukakan 11 pernyataan sebelum ini bahawa "a prophet like me (Moses)" adalah merujuk kepada Nabi Muhammad SAW, bukan Jesus atau Nabi Isa AS.

Jika ada yang ragu-ragu atau ada idea lain, sila kemukakan.

"...from among your brothers..." dalam baris berikutnya dalam ayat ini memberi maklum kepada kita, dari segi sejarahnya, Nabi yang dimaksudkan itu perlu bukan dari keturunan Musa, atau Bani Israel kerana ia disebut "saudara" bukan "keturunan".

Sejarah kita dan mereka hampir sama, Nabi Ibrahim mempunyai 2 orang isteri, Hajar dan Sarah. Hajar melahirkan Ismail, juga seorang Nabi dan Rasul, yang terkenal dengan peristiwa Qurban setiap tahun.

Rujuk lagi kitab mereka: "...dan Ibrahim menamai anak yang dilahirkan Hajar itu Ismail" (Genesis 16:15)

Manakala anak kedua Nabi Ibrahim, melalui Sarah dinamai Ishaq, lahir lebih kurang 13 tahun selepas kelahiran Ismail. Ishaq juga seorang Nabi dan Rasul.

Maka, Ishaq dan Ismail adalah adik beradik sebapa tetapi berlainan emak atau lebih mudah disebut oleh orang Melayu, SAUDARA TIRI.

Nabi Musa berketurunan Nabi Ibrahim melalui Ishaq, digelar Bani Israel sesudah zaman Nabi Yaakub AS, anak Nabi Ishak, maka Nabi Yaakub juga merupakan cucu Nabi Ibrahim.
 
Daripada keturunan Nabi Yaakub ini lahir semua Nabi dan Rasul, mereka digelar Bani Israel, tetapi dalam masa yang sama, keturunan Ismail atau Bani Ismail tidak ada lagi yang menjadi Rasul, sehingga sampai kepada Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib, Muhammad ini dilantik menjadi Nabi dari keturunan Ismail Bin Ibrahim, SAUDARA Nabi Ishaq, SAUDARA Bani Israel, SAUDARA Nabi Musa...!
 
Maka, telahan dalam perkataan "...from among your brothers..." sangat TEPAT untuk Nabi Muhammad SAW, atau dari bahasa Melayu, "... daripada kalangan SAUDARA kamu...".
 
Bukankah anak kepada adik-beradik kita, tidak kira seibu sebapa atau tidak kita panggil ANAK SAUDARA....? Pernah wujud istilah ANAK SAUDARA TIRI?
 
Kerana Bani Israel adalah SAUDARA kepada Bani Ismail, maka, maksud "anak daripada kalangan SAUDARA Bani Israel" MESTI merupakan daripada kalangan Bani ISMAIL...!
 
Muhammad daripada kalangan Bani Ismail..., SAUDARA Bani Israel...!
 
Subhanallah.
 
Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment