Friday, July 8, 2011

Amboi...

Tadi menonton Awani. Keluarla iklan berupa gambar jalan2 yang bakal ditutup esok hingga beberapa stesen LRT juga turut ditutup.



Gara-gara BERSIH.



Muzik latarbelakang yang keluar sama dengan iklan tu pun muzik perang. Bukan muzik yang jenis mesra.



Setakat yang kita tahu, esoklah perhimpunannya, gegak gempita media dan mulut orang ramai, khususnya pemimpin. Banyak pihak yang akan turut sama, mewakili pertubuhan masing2, sorang kumpul orang buat, sorang lagi kumpul orang bantah orang tu buat, sekelompok lagi tumpang sekaki.



Maka banyaklah jangkanya orang esok di KL, bayangan yang diberi seolah akan ada keadaan yang kurang senang, mencarik keamanan dan kedamaian.



Carik di sini maksud koyak.



Asasnya, semua bermotif politik, tuntutan bersih juga berhubung pilihanraya, pilihanraya adalah proses politik.



Yang patut masuk campur biarla orang politik, kita yang tak ada status politik selain pengundi elokla jangan campur.



Biarla ada suara yang membela politik yang pada mata mereka tak cukup telus, bersih. Kita sokong.



Biar juga ada segolongan lagi yang cukup mengatakan politik kita sudah bersih, turut kita sokong.



Yang kita takkan sokong ialah bergaduh-gaduhan kerana politik.



Satu hari nanti, kita mati, politik kita pun mati.



Berbaloikah?



Pendapat satu sen sahaja.

via arkam@mobile®

No comments:

Post a Comment