Wednesday, July 13, 2011

Boleh, Tapi Tak Manis.

Post yang tak sat tadi hanya tumpu kepada soalan "boleh atau tak boleh?"



Harap dah dapat jawapan kepada semua yang takdak keja duk baca apa yang aku merepek ni.



Kemudian, ada selapis lagi yang perlu kita faham, "Manis atau tak manis?"



Dalam kes dia tu masuk ke surau, jawapannya, "Boleh". Pi la tengok di Masjid Putrajaya, Masjid Negara, berlambak orang masuk walaupun sebagai pelancong non-Muslim. Awat tak hingaq?



Cuma, masuk sebegitu untuk bagi ceramah sikit sebanyak dan majlis semacam itu, dia jadi "kurang manis".



Kurang manis ni boleh terbitkan "fitnah".



Jawatankuasa yang berkenaan boleh menukar tempat, paling kurang di perkarangan surau.



Di luar. Maklumkan kepada si dia bahawa "kurang manis" kalau masuk buat di dalam, tapi kalau dia nak masuk buat lawatan atau meeting dengan jawatankuasa tanpa banyak mata memandang bolehlah.



Si dia harap fahamlah, lebih elok dan manis dipandang jika tak masuk terus, ini peluang dakwah dan ceritakan tentang agama.



Bukan cara menghentam dan membasuh kawan tu, over sket reaksi kita.



Cukup topik ni, tak mau tulis dah. Bosan.



Wallahu'alam, wassalam.

via arkam@mobile®

No comments:

Post a Comment