Tuesday, July 12, 2011

Ikutlah dengan Ilmu.

Heboh di FB wall pasal seorang ADUN sebuah negeri yang belum Islam membaca hadis untuk mungkin kepentingan politik beliau atau tujuan mendapatkan advantage daripada majoriti penduduk Islam di negara ini.

Tujuan beliau bagi saya biar dia yang tentukan, kita tak perlu ambil minat.

Yang lebih kita nak ambil minat ialah adakah salah bagi dia atau sesiapa yang bukan Islam untuk menyunting hadis bagi sebarang kegunaan yang tidak jahat?

Ada pendapat kata berdosa, nak tanya, dosa kepada siapa? Kepada dia yang bukan Islam?

Dosa pahala hanya dikira kepada orang Islam, orang bukan Islam tak termasuk, sebab dosa paling besar yakni musyrik masih tertanggung di bahu mereka. Malah mereka apabila memeluk Islam serta merta semua dosa mereka ketika di luar Islam Allah ampunkan, insyaAllah.

Cuba kita bayangkan pada zaman Nabi di Mekah ketika awal Islam, ketika masih ramai musyrik berbanding Nabi dan sahabat awal, ketika Nabi SAW mengumpulkan semua penduduk Mekah di kaki sebuah bukit, kemudian Nabi SAW menyeru semua yang hadir kepada Allah, kepada Islam.

Ketika itu Abu Jahal, Abu Lahab membantah keras, berdialog dengan Nabi, memetik kata2 Nabi dengan tujuan menghina dan menyanggah, dengan dialog popular yang diriwayat ulama';

"Adakah kerana ini kamu memanggil kami semua ini berkumpul wahai Muhammad? Kamu ingin kami mengikut kata-kata kamu itu?"

Dalam hal ini, Abu Jahal, Abu Lahab memetik kata-kata Nabi, malah berdialog dengan Nabi.

Islam bukan untuk orang Melayu saja, yang ni banyak orang tak sedar, terutama kita di Malaysia.

Bagaimana orang luar Islam boleh berminat dengan Islam jika tak dibenar membaca atau bermuzakarah tentang Islam?

Seolah kita di kedai buku yang tertulis "DiLarang Baca", bolehkah kita terbuka hati untuk membeli sesebuah buku jika kita tak dibenar membacanya serba sedikit terlebih dahulu?

Benarkan mereka membaca, benarkan mereka bercakap, kemudian orang agamawan dan ilmuan Islam yang terdekat dengan mereka, sila betulkan jika salah, sila huraikan jika mampu, sila nasihatkan jika terpesong.

Semoga mereka berminat dengan Islam, dan seterusnya memeluk Islam, Islam sepatutnya sangat bertoleransi, bukan milik Melayu, hak Melayu sahaja.

Janganlah kita terikut2 tanpa kefahaman sejelasnya dalam sebarang isu, pandangan keras dan melulu kita hanya akan menambahkan kebencian agama lain dan membantutkan dakwah mereka yang ikhlas berdakwah di luar sana.

Kita yang membantah keras itupun, adakah sekurang 'tersimpan' sebuah kitab hadis di rumah kita sama ada Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah, An Nasai, Baihaqi? Ada? 'Tersimpan' saja tau, bukan 'membaca'.

Mari kita berbincang tentang agama dengan ilmu,

Marilah.

Wallahu'alam, wassalam.

via arkam@mobile®

No comments:

Post a Comment