Wednesday, July 13, 2011

Buat, Tapi Tak Kena.

Lepas kita tulis pasal "Boleh, Tapi Tak Manis" la ni kita cerita pulak pasal tajuk ni.



Satu ketika di Surau RNR kita berenti untuk Taqdim Maghrib Isyak sudah siap wuduk kena tunggu jemaah dalam surau sedang solat.



Ruang solat dalam surau itu agak terhad, itu tak mengapa. Sekurang2nya ada ruang solat yang sempurna.



Alhamdulillah.



Yang tak baguihnya jemaah tu entah siapalah imam menerajui solat yang bermasa pendek seperti Maghrib itu dengan masa sangat panjang.



Membaca surah panjang di ke dua2 rakaat dan setiap rukun juga panjang selanya, akhir solat dengan wirid dan doa yang panjang juga, perbuatan tu memang tak salah, malah terpuji. Cuma kurang kena.



Ini kerana ada jemaah lain menunggu di luar surau, memangla kami boleh solat kat luar pun, kat taman rumput, kat kaki lima, kat apron, boleh, bukan tak boleh.



Tapi apakah wajar beliau memanjangkan masa solatnya sedang berpuluh jemaah lain menunggu di luar?



Kita tertanya2, beginikah agaknya kalau dia bertahajjud seorang diri? Solat selama yang dia mahu?



Atau dia begini ketika jadi imam kepada ramai makmum di surau sahaja?



Wallahu'alam.



Tapi sekurang-kurangnya dia buat, cuma kurang kena.



Lebih baik daripada tak buat langsung.



Wallahu'alam. Wassalam.

via arkam@mobile®

No comments:

Post a Comment