Wednesday, July 13, 2011

Ungkit Sikit

Cerita kita dalam post sebelum ini hanya khusus untuk menyatakan sikap kita dalam isu itu sahaja, isu lain yang terlibat hasil daripada isu berkenaan seperti digantung atau sebagainya kita tidak minat untuk mengulas.



Minta maaf kalau ada yang tidak bersetuju, tak bersetuju tak apa, jangan kita berseteru.



Kita kawan.



1) Benarkan dia baca jika dia tiada niat jahat yg kita ketahui, dalam hati dia kita tak tahu so kita lihat zahir sahaja.



2) Galakkan mereka mendekati kita dan khazanah kita, bukan mengesyoh mereka menjauh, mereka anak cucu Adam juga.



3) Kita pula kena mempertingkatkan diri dan usaha sama2 menggalakkan kerja yang baik2, tak kira ia datang daripada siapa.



Dulu, ada satu perbualan saya dengan rakan kerja seperti berikut:



Dia: Apa cerita orang tu masuk surau bagi ceramah dan buat majlis sedangkan dia bukan Muslim? Pasai pa kita tak tentang?



Saya: Hang buat projek Surau XXXXX dengan aku kan? Kat Perak tu? Kan?



Dia: Ha'ah.



Saya: Sapa Main Cont dia?



Dia: Ah Leong!



Saya: Sapa plumber dia? Buat toilet, buat tempat wuduk kolah semua?



Dia: Ah Teik.



Saya: Sapa wireman dia? Tarik kabel pasang lampu kipas, P0 system?



Dia: Ah Chai.



Saya: Sapa pasang kapet dia?



Dia: Ah Yap.



Saya: Sapa pasang bumbung dia? Kubah?



Dia: Ah Mun.



Saya: Sapa surveyor dia? Sapa yang ukoq arah kiblat surau tu?



Dia: Ah Wong!



So? Hang buat apa?



.....



Kita nak buat apa?



Habaq mai!



Wallahu'alam.

via arkam@mobile®

No comments:

Post a Comment