Thursday, July 14, 2011

Bagaimana Bersatu 1

Bila selesai bersih, ada di wall FB individu tertentu menyeru supaya rakyat Malaysia, khususnya Melayu kembali bersatu demi negara.

Melayu sekarang diketahui berpecah, sebab berpecah saya tak mau ulas.

Yang kita lebih minat ialah 'Bolehkah Bersatu?' antara semua orang Melayu khususnya di Malaysia ini?

Lazimnya, kerberSATUan memerlukan SATU ikatan, ikatan ini perlu bersifat paling adil, releven sepanjang zaman, tertinggi dan tidak boleh dicabar, terpelihara.

Dalam konteks persatuan, perlembagaan persatuan. Dalam konteks pejabat, peraturan pejabat.

Tak mungkin Pengakap dan Kadet Bomba boleh bersatu dari segi pakaian, matlamat, cara dan peraturan kerana keduanya dalam persatuan yang berbeza.

Tak mungkin juga Pandu Putri dan Putri Islam boleh dilihat berpakaian sama, kerana perlembagaan persatuan tersebut tidaklah sama.

Itu isu pakaian, isu remeh. Tapi jika isu hala tuju dan matlamat persatuan, ia menjadi isu besar.

Rakyat Malaysia boleh bersatu semuanya, Melayu, Cina, India, Sikh, Siam, lain-lain dengan konsep 1Malaysia. Tapi dengan syarat 1Malaysia itu mengambil perlembagaan Malaysia sebagai asas perSATUan, rukun negara menjadi kefahaman dan diamalkan.

Bila hanya ada SATU rujukan, lazimnya manusia yang banyak boleh BERSATU.

Kita boleh lihat dalam pelbagai persatuan yang ada, yang mengambil perlembagaan persatuan dengan ketua tertinggi persatuan yang wibawa dan dihormati serta dipilih secara bebas, telus dan bersih majoriti ahlinya.

Balik kepada keSATUan Melayu, saya tertarik dengan buku Mohd Ridwan Tee Abdullah 'Masih adakah ketuanan Melayu?' Boleh beli di Popular.

Soalannya, kalau Melayu Bersatu, Cina Bersatu, India Bersatu, Sikh dan Siam masing2 Bersatu, 1Malaysia takkan dapat dicapai juga kerana masing2 bangsa bersatu dengan bangsa masing2 sahaja.

Kita akan ada kelompok persatuan berbentuk kebangsaan dalam satu negara.

Ini pun tidak bagus.

Dan soalan nakal, apa pentingnya kepada Malaysia tercinta ini jika Melayu bersatu sesama Melayu sedangkan bangsa bukan Melayu pun bersatu masing2?

Dan soalan kedua, menyatukan Melayu memerlukan apa yang kita kata tadi, SATU rujukan dan perlembagaan sahaja, Perlembagaan Melayu, ada?

Jika tiada Perlembagaan Melayu, Melayu patut bersatu di bawah peraturan mana?

Takkan boleh berSATU tanpa SATU peraturan!

Akan bersambung, jawab yang tu dulu, insyaallah...

Wallahu'alam, wassalam.

via arkam@mobile®

No comments:

Post a Comment