Friday, July 15, 2011

Bolehkah Bersatu 2

BerSATU manusia yang ramai memerlukan SATU peraturan dan sumber maklumat sahaja. Sumber maklumat ini mesti paling adil, releven, tak tercabar dan berwibawa tinggi.



Kita tengok bagaimana seluruh umat Islam di pelusuk dunia ini dengan anggaran 3 hingga 4 juta orang setahun sekali berkumpul berhimpun di SATU tempat sahaja, SATU tarikh, SATU hari iaitu pada 9 Zulhijjah setiap tahun di Padang Arafah ketika wukuf mengerjakan haji.



Tarikh itu berasal daripada Al Quran yang paling adil. Semua mazhab patuh dan ikut.



Kita tengok bagaimana tawaf dibuat dengan mengirikan kaa'bah oleh jutaan orang setiap hari, tanpa sorangpun menongkah arus, perbuatan ini diambil daripada peraturan yang berwibawa.



Kita lihat bagaimana seluruh umat Islam mengadap kaa'bah sebagai kiblat walaupun bersolat dari mana2 pelusuk dunia. Aturan ini diambil daripada Al Quran yang tidak tercabar itu.



Kita perhatikan bagaimana umat Islam seluruh dunia masuk ke saff untuk solat jemaah dengan kemas dan segera di semua masjid dan surau terutama sekali Masjidilharam dan Masjid Nabawi tanpa perlu rehearsal dan raptai. Perbuatan ini diambil daripada sumber yang releven sepanjang zaman.



Sumber yang paling adil, releven, tak tercabar dan berwibawa amat penting untuk mengekalkan manusia dalam peraturan yang sama.



Sumber rekaan manusia biasanya bersifat manusiawi, lemah, boleh dicabar, mementingkan diri dan kelompok berpengaruh serta perlu perubahan dan pindaan selalu.



Pendek kata, keSATUan manusia boleh dijelmakan daripada keSATUan sumber maklumat kepada kelompok manusia itu.



Oleh kerana Melayu lazimnya beragama Islam di Malaysia ini (alhamdulillah), maka keSATUan Melayu boleh didapati dengan cara ini sahaja.



Bukan saja Melayu, semua orang Islam.



Islam India, Islam Cina, Islam Siam, semua.



Wallahu'alam, wassalam.

via arkam@mobile®

No comments:

Post a Comment