Sunday, July 17, 2011

Bolehkah Bersatu 3

Ada yang mengatakan saya ni macam pembangkang pula menulis semuanya pro ke arah sana.

Minta maaf. Saya bukan ahli pembangkang. Saya tak pernah masuk ahli dan attend mana2 meeting sebagai pembangkang.

Sebelum itu. Wajar kita buang figura pembangkang yang ada dalam fikiran kita sebelum membaca tulisan saya. Ini tulisan saya, ini bukan blog pembangkang. Nak baca blog pembangkang boleh cari di tempat lain.

Apa yang saya tulis dalam beberapa post sebelum ini adalah dengan kefahaman yang diberikan Allah kepada saya. Saya menyokong DS Najib sebagai ketua kerajaan Malaysia jika dia betul dan akan membangkang DS Anwar sebagai ketua pembangkang jika dia salah. Itu sahaja.

Siapa yang tidak menyokong dan berterimakasih jika kerajaan berbuat benda betul dan menyokong juga jika pembangkang jelas2 berbuat salah itu orang yang tidak ada pendirian bagi saya.

Pendek kata, saya sokong 1Malaysia jika semua nilai murni diekstrak keluar dalam masa sama ada juga nilai murni dalam Negara Berkebajikan bawaan pembangkang juga diambil, saya juga sokong untuk manafaat saya dan rakyat di negara ini.

Yang saya cuba sampaikan ialah, alangkah baiknya jika kedua2 nilai murni ni digabungkan maka akan jadi bertambah hebat, mungkin cogankata baru muncul "1Malaysia Berkebajikan".

Apa guna bergaduh dan selisih faham kerana politik dan fahaman politik masing2? Sudah saya pernah sebut, satu hari nanti kita mati dan politik kita juga mati. Hiduplah di Malaysia ni dengan rasa gembira dan aman, bersyukur.

Mungkin ada yang tak setuju perkataan saya yang "membolehkan" orang bukan Islam masuk ke masjid sepertimana yang ditulis sebelum ini. Jawapan saya, bukan saya yang membolehkan, sejarah Nabi yang membolehkan.

Boleh rujuk kitab: Satu ketika Nabi menerima kedatangan sekumpulan Paderi Kristian Najran ke Madinah dan semuanya berkumpul di dalam Masjid Nabi. Perkara ini ada dalam sejarah.

Malah Nabi SAW menawarkan ruang di dalam masjid itu untuk Paderi Kristian Najran ini beribadah bila tiba masanya.

Pada hari ini lawatan orang bukan Islam ke Masjid bukan sesuatu yang asing, ambil masa kita dan sila lihat di Masjid Putrajaya.

Ini benda betul dan kerajaan Malaysia kita buat benda betul ini, dan saya sokong.

Seperti dalam kes poco2 yang pernah di ulas, dengan 2 pendapat yang bertentangan saya ambil kedua-duanya.

Begitu juga dengan 2 pendapat dan hukum tentang pelaburan ASB yang juga bertentangan maka saya ambil salah satunya. Saya juga pelabur ASB, mengambil pendapat yang membolehkan, dalam masa sama menghormati pendapat ustaz2 lain yang menghukum 'haram'.

Ketika saya di Perlis saya tidak melakukan Qunut sebab jemaah di sana tidak buat, sedang jemaah di sini ada buat, saya ikut kedua-duanya.

Ada masanya saya membaca Bismillah di pangkal Fatihah secara kuat dan ada masanya membaca secara siir dalam solat. Sebab ada 2 pendapat berbeza. Tapi saya buat kedua-duanya.

Ketika saya bertawaf umrah bahu saya ditolak tanpa alas oleh seorang perempuan dan saya teruskan tawaf di sana tanpa ambil wuduk yang baru. Sedangkan saya belajar setakat Mazhab Shafie sahaja dan pengikut Mazhab berkenaan.

Saya menghormati semua ilmuan dan agamawan walaupun mereka bercanggah fikiran dengan saya. Saya hormati mereka dengan ilmu mereka yang dalam itu.

Dalam isu bersih baru2 yang saya sebut saya menyokong usaha bersih kerana ada sekumpulan orang akan buat check and balance terhadap sistem pilihanraya yang disediakan oleh sekumpulan yang lain. Bagusla jika ada orang yang check kerana saya tak ada masa nak check. Mereka dah mudahkan keja saya.

Saya sokong usaha mereka "mengecheck", bukan usaha mereka berhimpun, ini ada perbezaan.

Perbezaan pendapat bukan sebab perpecahan, ia ruang mempelbagaikan dan mewarnai ibadah dengan kepelbagaian.

Kepelbagaian ini wajar dihargai.

Percanggahan pendapat bukan untuk mencari sapa betul dan sapa salah sebaliknya mencari sapa yang betul, sapa pula yang lebih betul dan sesuai bagi diri kita sendiri untuk diamalkan.

Sedih, jika saya dibuang dan dibenci kerana fahaman dan pendirian saya ini.

Saya hentikan perbahasan dalam isu "Bolehkah Bersatu" ini di sini. Jelas sekali Melayu takkan dapat bersatu di masa-masa ini, itulah yang Allah kehendaki.

Wallahu'alam, wassalam.

via arkam@mobile®

No comments:

Post a Comment