Thursday, December 27, 2012

PE Renew BEM Excel Format

Asalamu'alaikum,

Kepada semua yang berkenaan, bolehlah ambil dokumen ini jika berkaitan.

BEM PE RENEWAL DOCUMENT

Sekian wassalam.
via arkam@mobile®

Tuesday, December 25, 2012

Kelahiran Nabi Isa

Al Quran, Ali Imran (3):

[42] Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu, dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu).

[43] “Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang-orang yang rukuk “.

[44] Peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara menjaga dan memelihara Maryam).

[45](Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).

[46] “Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa ia masih kecil dalam buaian, dan semasa ia dewasa, dan ia adalah dari orang-orang yang soleh.”

[47] Maryam berkata:” Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?” Allah berfirman; “Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Ia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Ia hanyalah berfirman kepadanya: ` Jadilah engkau ‘, lalu menjadilah ia.”

[48] Dan Allah akan mengajarnya ilmu menulis, dan hukum-hukum aturan ugama, dan juga kandungan kitab-kitab Taurat dan Injil.

[49] Dan (akan melantiknya) menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil, (dengan menegaskan kepada mereka): “Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu, dengan membawa satu tanda (mukjizat) dari tuhan kamu, iaitu aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah; dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak, dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah; dan juga aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda (mukjizat) bagi kamu (yang membuktikan kebenaran bahawa aku seorang Rasul yang diutus oleh Allah kepada kamu), jika kamu orang-orang yang (mahu) beriman.

[50] “Dan juga (aku datang kepada kamu ialah untuk) mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan dahulu daripadaku, dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian (dari perkara-perkara) yang telah diharamkan kepada kamu; dan juga aku datang kepada kamu dengan membawa satu mukjizat dari Tuhan kamu. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.

[51] “Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan yang lurus”.

Reference:

http://www.alquran-melayu.com/3-al-i-imran/
http://quran.com/3

Saturday, December 15, 2012

Salahfaham Islam 1

Semalam dalam TV 114 Astro jam 930-1030 rancangan mingguan Dr Zakir Naik antara lain menjawab 2 kekeliruan tentang agama suci ini.

Pertamanya ialah berhubung larangan penganut Islam untuk keluar daripada Islam dan keduanya ialah larangan bagi negara majoriti Islam untuk membenarkan agama lain menyebarkan agama mereka.

Lojik akal menurut salah seorang yang bertanya ialah amat tidak adil bagi agama lain di negara majoriti Islam hanya menyebarkan Islam tapi melarang penyebaran agama lain.

Lojik akal juga amatlah zalim bagi orang yang Islam tapi tidak dibenarkan keluar Islam malah diancam dengan hukuman mati.

Saudara,

Agama tidak boleh disandarkan dengan lojik semata. Ia atas apa yang kita "percaya". Percaya yang membawa "keyakinan". Berapa banyak benda yang kita tak pernah lihat tapi kita sangat percaya ia ada. Contohnya "roh".

Berbalik kepada soalan tadi. Bahagian yang pertama. Penjelasannya seperti berikut:

Islam hanya mengiktiraf "agama yang sebenar ialah Islam". Malah Allah sebagai Tuhan Sekelian Alam menyebut dalam Al Quran "Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam". Kebenaran agama Islam boleh dihujahkan dalam perbincangan yang lain tetapi kita fokus kepada persoalan asal post ini sahaja.

Maka negara majoriti umat Islam akan melarang penyebaran agama selain Islam kerana "tidak diiktiraf sebagai benar" jadi mengambil sikap "melarang kesalahan".

Seperti kita sebagai ibubapa, ingin mencari cikgu tuisyen untuk anak, katalah matematik. Maka kita temuduga cikgu2 yang berminat. Kita tanyakan soalan2 sebagai contoh; 2+2 bersamaan berapa? Cikgu A menyebut 3, cikgu B menjawab 4 dan cikgu C menjawab 5.

Bolehkah kita "menyerahkan" anak kita kepada cikgu tuisyen A dan C untuk mengajarnya matematik?

Maka cikgu A dan C tentunya akan "dihalang" mengajar!

Sebagai perbandingan, Islam dan Negara majoriti Islam menyedari hal ini dan mengaplikasikan kaedah yang sama, iaitu "tidak membenarkan sesuatu yang salah di ajar di negaranya". Ini sesuatu yang lojik.

Sebagai tambahan, menurut Dr Zakir dalam kitab Bible tidak ada menyebut "Kristian adalah agama Tuhan", malah perkataan "kristian" tidak disebut walaupun sekali dalam kitab Bible! Mana boleh sebuah kitab yang menjadi rujukan sebuah agama yang besar tidak menyebut langsung "nama agama" berkenaan di dalamnya?

Mana boleh?!

Persoalan ke dua berhubung larangan bagi orang Islam keluar dari agamanya dijawab oleh Dr Zakir dengan hujah bahawa Islam tidak memaksa seseorang bukan Islam untuk memeluk Islam sesuai dengan ayat Al Quran dalam Surah Al Baqarah "Tidak ada paksaan (dalam memeluk) agama (Islam)". Maknanya penyebaran agama Islam adalah dengan hujah2 tetapi Islam tidak memaksa sesiapapun menerima Islam. Fikirlah dan buatlah keputusan dengan akal yang sihat.

Tetapi jika sudah memeluk Islam, maka dilarang keluar bagi memelihara kesucian agama ini. Mereka yang keluar dan melawan Islam malah "keluarnya" mereka dari Islam membawa maksud "melawan Islam dan Allah". Maka disyariatkan hukuman mati dalam negara2 yang mengamalkan undang2 Islam.

Perkara ini juga bukanlah sesuatu yang aneh dan tidak lojik jika kita mengambil contoh perundangan negara kita dan kebanyakan negara di dunia.

Sebagai contoh, apakah hukuman bagi kesalahan "menentang Yang Dipertuan Agong Malaysia"?

Ingat kes Amin dan Al Ma'unnah? Bukit Jenalik?

Mereka merampas senjata dari sebuah kem tentera dan berkubu di Bukit Jenalik untuk satu cubaan merampas kuasa.

Mereka secara fizikalnya tidak nampak langsung melawan YDP Agong, mereka mungkin hanya menentang Kerajaan Malaysia yang pada pendapat mereka tidak betul.

Menentang Kerajaan Malaysia dalam kes ini sama seperti "Menentang YDP Agong" kerana YDP Agong adalah Ketua Kerajaan Malaysia. (Ingat surat saman kita dulu akan ditulis "URUSAN SERI PADUKA BAGINDA"?)

Cubalah baca kembali pertuduhan terhadap mereka dalam internet dan lihat apa hukuman yang telahpun dilaksanakan.

Amin telahpun digantung sampai mati bersama beberapa orang lagi yang didapati bersalah serta beberapa orang menjalani hukuman yang berbeza2.

Inilah lojik.

Dan kita pun amalkan. Cuma bila dipandang dari sudut agama selalunya ia jadi pelampau, extremis, pengganas, dsb.

2 hujah ini diharapkan membawa maksud yang jelas dan mampu menjelaskan salah faham ini. Saya membuka ruang untuk perbincangan secara harmoni dengan sesiapa yang berminat untuk berbincang khususnya tentang Islam.

Semoga hidayah Allah untuk kita semua ke arah agamaNya yang tidak berbelah bagi.

Wassalam.

via arkam@mobile®

Wednesday, November 28, 2012

Hampas

Saya menganjurkan peperiksaan sebentar tadi bersama beberapa rakan pengajar dan sejurus selepas peperiksaan tamat nota2 kecil seperti ini ditabur di pintu dewan.

Ini perbuatan biadap dan kurang ajar segelintir pelajar tahun 4 sebuah universiti yang merupakan bakal jurutera. Mereka mencabar dan memperolok kesungguhan usaha para pensyarah dalam melaksanakan sistem pengajaran dan ujian dalam universiti yang dihormati.

Pelajar hampas semacam ini memalukan saya dan pengajar lain dan selayaknya mereka akan memalukan institusi kejuruteraan yang bakal mereka wakili.

Mereka menipu sistem ujian di universiti dan bongkak bercampur biadap mendedahkan kejelekan perangai mereka selepas peperiksaan tanpa silu dan hormat.

Mereka boleh mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan dengan cara ini justeru mendapat cpa yang baik tetapi moral value mereka rendah dan memiliki otak yang kosong serta tidak berpengetahuan.

Malulah saya sebagai pengajar mereka dengan perangai buruk ini. Set moral, etika dan profesionalisme yang diajar dalam kelas ditabur di jalanan sama seperti nota2 kecil kuliah yang dibawa masuk ke dewan.

Mereka memang hampas.

Saya menyeru agar mereka dan pelajar lain mengambil ini sebagai najis dalam sistem pendidikan. Ilmu yang pengajar curahkan dengan harapan dapat membentuk masa depan pelajar dan nusa nampaknya tidak diendahkan.

Perbuatan segelintir pelajar ini mendedahkan kebusukan yang menimpa institusi pendidikan yang perlu diambil langkah segera.

Malang sekali mereka akan bergraduan selepas ini dengan bangga menaiki pentas menerima ijazah tanpa malu memikirkan sebalik 'kejayaan' palsu itu terdokong dengan cara menipu.

Saya secara peribadi tidak menghalalkan perbuatan ini dan terpulang kepada mereka untuk memperbaikinya.

Ilmu yang tidak halal menjadi "bekal" mencari pekerjaan nanti maka faham-fahamlah akan keberkatan di peringkat sana pula.

Kepada mereka yang jujur mengambil peperiksaan tahniah kepada anda semoga anda muncul sebagai manusia sebenar tidak berwayang dengan ketinggian intelek tetapi hampas semata.

Malaysia dan seluruh dunia tidak perlukan jurutera2 seperti ini, memalukan.

Terima kasih.


via arkam@mobile®

Friday, November 9, 2012

Masa Bekerja 3

Kesimpulannya, ada advantage dan disadvantage, pro dan contra, merit dan de merit.

1) Penetapan masa bekerja adalah PERLU dan paling praktikal dilaksanakan. Tidak dinafikan secara keseluruhannya. Banyak kebaikannya. Terlalu banyak.

2) Ada beberapa jenis pekerjaan yang tidak boleh dikompromikan masa bekerja khususnya yang melibatkan urusan dengan pihak lain sama ada pelanggan atau selainnya. Receptionist, maintenance team, PR officers atau kakitangan yang menguruskan hal2 berkaitan org lain yang juga ada masa kerja standard mereka sendiri seperti kakitangan bank, pejabat zakat, pejabat utiliti dsb yang mana banyak org akan berurusan.

3) Ada beberapa kerja pulak boleh dibebaskan daripada ikatan ini seperti pelukis, perekabentuk, komposer lagu, penulis lirik, pelukis seni, kerja yang melibatkan idea dan ilham kerana idea dan ilham tak semesti datang pada waktu bekerja. Ini termasuklah kerja yang telah ditentukan masa perjumpaan tetapi tiada keperluan untuk berjumpa client pada masa lain melainkan boleh dibuat kerja-kertas di rumah sahaja atau di mana2 pun. Biasanya mereka ini perlu ada one to one reporting dan diberikan tugas, kemudian hantar tugas dalam masa ditetapkan. Macam mana nak buat, bila, di mana, apa problem aku takmo amik tau. Janji siap.

4) Amalan membudayakan kerja dan mengiktiraf keprofesionalan pihak lain bersesuaian dengan perkara di atas boleh meningkatkan produktiviti dan mempelbagaikan peluang dalam pekerjaan banyak orang.

5) Pentingnya amanah dalam menjalankan tugas adalah lebih sesuai untuk dicheck and balance dengan cara i) Menanyakan prestasi pekerja dari sudut pandang clientnya, ii) Melihat kepada hasil kerjaya, iii) Tidak timbulkan masalah di tempat kerjanya.

6) Pekerja perlu ada sikap "mensebatikan" kerja dalam kehidupannya, membawa amanah dan melaksanakan dengan paling cekap tidak kira masa. Kerja juga adalah ibadah jika dengan niat yang betul pasti tidak akan disia-siakan perbuatannya.

7) Pekerja yang tidak mampu dengan kerjanya eloklah meletakkan jawatan supaya dapat dimanafaat oleh mereka yang mampu.

8) Carilah kerja yang paling disukai kerana hasilnya dan juga sesuainya dengan cara kita mengendalikan.

Sekian wassalam.

via arkam@mobile®

Tuesday, November 6, 2012

Waktu Bekerja 2

Setengah orang yang lain pulak berbeza. Dia mungkin pekerja yang paling tidak popular dan paling tak nampak macam bekerja.



Dia tidaklah nampak akan tergesa2 punch in masuk kerja setiap pagi. Dia akan take sweet time dia jika tiada apa2 yang hendakkan dia sampai awal pagi ke tempat keja.



Maka kad kehadiran dia akan selalunya merah. Sebab rekod tak baguih "hadir ke tempat kerja".



Sebaik sampai dia akan mula kerja, langgar semua waktu yang ada, kalau tak lapar tak makanlah dia. Masa rehat pun tak ada kira. Dia akan rehat bila dia nak rehat. Tak kira pukul berapa.



Dia akan berenti keja bila dia penat. Tak kira lewat malam atau sampai pagi. Selagi tak penat dia kejalah. Tapi bila sampai penat pukui 3 petang pun dia tidoq kat bawah meja opis.



Bila dia rasa dia takdak keja, dia tak pi opis. Tapi kalau ada keja sabtu ahad pun dia menunggal di opis. Dia tak rasa susah sebab dia suka keja dia.



Dia tak ada masa keja. Dia keja bila dia nak keja, dia berenti bila penat.



Bila kira2, masa keja dia mmg tak boleh dikira. Tapi dia siapkan jugak keja dia, terutama yg melibatkan orang lain.



Dia akan pastikan keja dia siap. Hantaq on jadual. Yang tu tak perlu risau.



Tapi kerana kehadiran tak baguih, dia tak berdisiplinlah.



Tapi dia pun tak peduli. Tapi orang lain peduli...



Ada 2, satu "attendance oriented", satu lagi "result oriented".



Memang ada pro dan kontra. Boleh didebatkan.



Tapi, kalau hasilnya sama, kedua2nya perform buat keja yang sama, kedua2 nya kira oklahhh.



Kenalpasti client kedua2 pekerja ni, tanyalah client mereka prestasi mereka, jangan tanya boss mereka, mana boss mereka tau?



Yang boss nak tau, jangan ada komplen daripada client tu la. Kalau client tak komplen, banyak boss pun takkan kisah punya. Sepatutnya mcm tu la...



Sambung lagi, conclusion, insyaallah.



Wassalam.

[arkam@mobile]PPKAS[ext]8988®

Waktu Berkerja 1

Lama tidak menulis, ni sambil2 menunggu kelas bermula. Ingin menyampaikan satu konsep yang dipegang, bukan untuk diikut tapi untuk dipertimbangkan dan dilempar secara kritis.

"Waktu bekerja" dengan "waktu berada di tempat kerja" bagi saya adalah 2 benda berbeza. Seseorang mungkin dilihat cemerlang dari segi kedatangan ke tempat kerja kerana dia mengganggap "hadir ke tempat kerja adalah kerjanya"

Bagi setengah orang lain yang bertuah pulak ialah "tiada waktu bekerja khusus, semua waktu selagi dalam keadaan sedar adalah waktu dia bekerja"

Sebagai contoh bagi kes pertama, seorang kakitangan A, bekerja dari jam 815am hingga 515pm. Ini waktu bekerja standard dalam banyak syarikat.

Dia hadir ke tempat kerja selepas hantar anak ke sekolah seawal jam 745pagi. Kemudian dia setup tempat berkerja (workstation), on desktop pc dan keluar sarapan. Dia kembali ke "tempat kerja" jam 830 dengan membawa karipap dan kopi kacip Fatimah panas.

Dari masa ini dia buka facebook dan berfacebook tengok gambar orang, update status, tengok status artis, chatting ngan member jauh dan dekat, sambil2 check email, check akaun bank, check hutang kad kredit, bukak murai.com, bukak blog yang dia suka, kalau dia ada blog, dia pun update blog. Semua ni dia buat smpai jam 11.

Kemudian dia buat keja dia, nampak sibuklah sebab time ni biasanya boss2 pun dah sampai opis. Hinggalah jam 1. Dia tutup lampu dan dia "rehat". Masa rehat kan? Rehatlah.

(Dia baru bekerja 2 jam sahaja)

Kemudian dia keluar lunch, masuk balik terkedek2 dengan kuih apom lenggang dan kopi panas. Habuan tea time nanti.

Tapi singgah toilet, singgah surau solat, hampir jam 245 baru masuk ke "workstation".

Kemudian buat keja baliklah, sebab keja tadi masih tak siap. Takde plan nak siapkan pun sebab "esok masih ada".

Hampir jam 4 dia bukak facebook balik, sbb nak baca status orang, nak skodeng wall orang, nak tengok status bintang pujaan.

Kemudian jam 5 dia dah siap pegang kunci kereta, dan siap sedia nak "scan". Tepat jam 515 dia balik rumah dia seperti hari2 lain sejak bertahun lepas.

Di rumah dia buat keja rumah dan lupakan hal pejabat, tido, bangun esok dan ulang lagi rutin tadi.

"Masa bekerja" dia nampak hebat, nampak sempurna, nampak cantik. Hakikatnya dia cuma kerja 3 jam sehari.

Dan dialah pakar "kehadiran ke tempat kerja". Saya ingin ingatkan, "hadir berkerja" dengan "hadir ke tempat kerja" adalah 2 benda yang berbeza.

No offence, golongan inilah yang ramai.

Kita sambung nanti insyaallah.

Wassalam.

[arkam@mobile]PPKAS[ext]8988®

Tuesday, October 23, 2012

Fw: PENGANJURAN PUASA SUNAT HARI ARAFAH (9 ZULHIJJAH) (Oleh: Pusat Islam - Ustaz Muhammad Adib bin Haji Hassan)

[arkam@mobile]PPKAS[ext]8988®

From: POSTMASTER UniMAP <post@unimap.edu.my>
Date: Wed, 24 Oct 2012 14:43:12 +0800 (MYT)
To: allstaff<allstaff@unimap.edu.my>; Studentmail All<all@studentmail.unimap.edu.my>
Subject: PENGANJURAN PUASA SUNAT HARI ARAFAH (9 ZULHIJJAH) (Oleh: Pusat Islam - Ustaz Muhammad Adib bin Haji Hassan)

No. Rujukan : UniMAP/ICT/Post:10/12 (1396)
Tarikh         : 24 Okt 2012


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

 

KEPADA SEMUA STAF DAN PELAJAR

Y.Bhg. Dato' / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Ir. / Tuan / Puan / Ustaz / Ustazah

 

PENGANJURAN PUASA SUNAT HARI ARAFAH (9 ZULHIJJAH)


Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

 

Berdasarkan takwim hijrah, esok merupakan hari wuquf di Arafah. Seluruh umat islam yang menunaikan fardhu haji akan berkumpul di Padang Arafah sebagai kemuncaknya hari yang mempunyai prinsip serta penghayatan terhadap rabbul jalil.

 

Sehubungan dengan itu, Pusat Islam menyarankan agar tuan/puan yang tidak ada larangan serta kesulitan dapat berpuasa sunat pada esok hari berdasarkan hadith-hadith berikut :

 

Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari 'Arafah" (Riwayat Imam Muslim).

 


Hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari 'Arafah. Baginda bersabda; "(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang" (Riwayat Imam Muslim).

 


Abu Hurairah r.a.; "Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari 'Arafah bagi jamaah haji yang berada di 'Arafah" (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).

 


Niat Puasa Hari Arafah: "Sahaja aku berpuasa sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah kerana Allah Taala."

Sekian, terima kasih


'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

"Sedekad Gemilang, Bertekad Terbilang"


Muhammad Adib bin Haji Hassan

Pegawai Hal Ehwal Islam

Pusat Islam

Universiti Malaysia Perlis
Tel : 04-9851710 Fax 04-9851694
Mobile : 017-4908112
Laman Web Pusat Islam - http://pusatislam.unimap.edu.my
Email Pusat Islam - pusatislam@unimap.edu.my

 

 


----------------------------------------------------------------------------------
POSTMASTER UniMAP
Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Universiti Malaysia Perlis
Tel    : 04-9798494/8109
Faks  : 04-9798227
Email : post@unimap.edu.my
-----------------------------------------------------------------------------------



Sunday, September 23, 2012

Al Quran Terpelihara

Antara menariknya Kitab Suci Al Quran ini diJAMIN Allah akan dipelihara kesuciannya hingga Hari Kiamat.



Salah satu cara Allah memelihara Al Quran adalah dengan cara membangkitkan (menghasilkan) para penghafaz Al Quran di seluruh dunia.



Pagi tadi jika Al Quran diubah walau sebaris, sebelah petangnya sudah akan ada mereka yang dapat mengesan Al Quran diubah.



Maka Al Quran akan selamat daripada tangan jahat mereka yang jahat2.



Takkan ada keadaan ini di mana2 kitab agama lain!



Kerana agama lain tidak akan ada mereka yang boleh menghafaz kitab-kitab mereka! Carilah seorang saja! Cari!



Ini satu keajaiban!



Lebih daripada 6000 ayat, setebal lebih 500 halaman, kata demi kata dihafal oleh mereka yang Allah pilih.



Percayalah, keajaiban ini yang menyebabkan Kitab Ini benar2 suci. Datang daripada Tuhan Yang Miliki Segala Keagungan.



Inilah agama yang benar.



Wassalam.

via arkam@mobile®

Tuesday, September 11, 2012

Cadangan Penganjuran Kursus Wajib BEM

Lanjutan Cadangan Penganjuran Kursus Wajib BEM (BEM Mandatory course) - Code of Ethics/Regulations(Tentative Date: 1 & 2 NOVEMBER 2012)

Selaras dengan iniatif untuk menambahkan pensyarah yang berkelayakan Jurutera Professional, dicadangkan untuk menganjurkan kursus wajib BEM - Code of Ethics/Regualtions bertempat di kemudahan Univesiti Malaysia Perlis. Kursus ini merupakan salah satu daripada 4 kursus yang perlu dihadiri oleh semua jurutera berdaftar BEM sebelum layak untuk memohon temuduga jurutera profesional. Untuk menganjurkan kursus diluar Pusat Latihan IEM, keperluan berikut adalah dikira:

1. Jumlah minimum peserta adalah 20 orang.
2. Tempat kursus disediakan oleh penganjur muat untuk jumlah peserta.
3. Yuran setiap peserta adalah RM 550.00 termasuk refreshment.
4. Tempoh Kursus adalah 2 hari.


Untuk permulaan hanya satu kursus akan dianjurkan. Kursus-kursus lain akan dianjurkan kemudian. Kursus tersebut adalah Safety & Health at Work (2 hari) dan Engineering Management Practice (2 Hari) pada tarikh cadangan 1 & 2 November 2012(Khamis & Jumaat).

Kepada yang berminat sila beri maklumbalas. Sila nyatakan nama dan nombor pendaftaran BEM. Emailkan kepada zahari@unimap.edu.my sebelum 15 September 2012. Tiga peserta telah mendaftar setakat ini.

Sunday, September 9, 2012

Berlagak

Kita ni bila dah keja, besaq manapun keja, janganlah berlagak.



Tambah2 bila kita ni baru keluaq U setahun dua, lepas tu dapat jawatan di kompeni besaq2, keja engineerlah katakan, kompeni besaqlah katakan.



Jumpa org nak berurusan pun dengan penuh lagak, salam pun tak mau, orang dah sampai pejabat dia, ketuk pintu, disuruhnya pi duduk sana dulu, sat lagi dia mai.



Banyak besaqlah jawatan hang, besaq sangat kan? Terer kan?



Ada satu pepatah aku jumpa di pintu masuk satu bilik mesyuarat kata dia lebih kurang "Manusia ni banyak yang dilihat bijak2, kecuali bila dia mula bercakap!"



Kena sekali! Mmg tak bijak sangat pun.



Toksahlah berlagak, jawatan yang hang pegang tu pun bukan kekal, lama2 hang bagi kat orang lain. Hidup kita bukan smpai 5 6 ratus tahun pegang sesuatu jawatan.



Ada satu kes dulu, sorang pegawai besaqqqqq kerajaan, masa dalam jawatan memang disanjung kerana kebesaran jawatan itu.



Tak berapa lama masuk sorang engineer bawah dia, kira kuli dia la, dan budak ingusan ini pun di'sekolah'kan semula. Habis ilmu sekolah rendah menengah malah U budak ni dibakulsampah.



Tak berapa lama budak ni resign, masuk GLC dan jadi Client. Pegawai dia tadi ditukaq ke jabatan lain yang hairakinya lebih bawah daripada budak yang disekolahkan tadi.



Dan depa kena kerja sama untuk satu projek.



Merah padam muka senior tu duduk belakang2 dalam meeting, tak boleh terima budak yang disekolahkan dulu now dah jadi boss dia.



Padan muka.



Toksahlah berlagak2. Hang bukan terer pun.



Aku tau hang tak terer. Basic term pun hang gayat, tak terer tapi tunjuk terer.



Porah!



Wallau'alam, wassalam.

via arkam@mobile®

Tuesday, August 28, 2012

Adil?

Adil itu menurut takrif orang-orang jahil macam saya ialah "meletakkan sesuatu pada tempatnya".



Lawan bagi adil ialah "zalim", yakni, "tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya"



Bak kita ada 2 anak, seorang lelaki dan seorang perempuan, yang lelaki kita belikan songkok untuk raya, yang perempuan kita berikan songkok untuk raya jugak. Ini bukan adil, ini bangang.



Kalau di padang bola, kita ada pengadil, di padang hoki jugak kita ada pengadil.



Katalah, sebelah padang bola ada padang hoki. Kedua-dua padang sedang berlangsung acara hoki dan bolasepak. Kita ada sekumpulan pemain bolasepak serta pengadilnya dan kita ada sekumpulan pemain hoki serta pengadilnya.



Katalah, tetiba sorang pemain hoki termasuk ke dalam padang bolasepak yang sedang bermain, dalam keadaan ini, bolehkah pengadil bolasepak itu melayangkan kad merah kepada pemain hoki yang termasuk ke dalam padangnya untuk mengeluarkan dia daripada padang bola?



Boleh?



Ntah!?



Kalau pengadil bolasepak, melayangkan kad merah kepada pemain hoki, pemain hoki boleh kata "ada aku kesaahhhh?"



Sebab dia bukan pemain bola, dia tidak tertakluk kepada undang2 bolasepak! Walaupun padang bersebelahan, walaupun dia dahpun termasuk dalam padang yang bukan padangnya!



Maka tindakan polis dan fru yang bertugas untuk mengeluarkan mamat tadi dari padang supaya tidak mengganggu permainan.



Dan kembalikan dia ke padang hokinya. Ikutlah dia dengan undang2 hokinya.



Undang2 tidak meletakkan adil sebagai "layanan sama rata". Undang2 meletakkan "adil" sebagai "menghukum sesuai dengan tempatnya"



Bagi orang yang belum Islam, semestinya dia tidak tertakluk kepada undang2 Islam. Mana boleh. Sama seperti mamat pemain hoki tadi.



Maka dia tertakluk kepada undang2 sivil sedia ada.



Maka ini adil bagi mereka yang belum Islam.



Inilah keadilan.



Bagi mereka yang Islam pula, wajarlah dihukum dengan hukuman agamanya sendiri. Ini pula adil bagi orang Islam.



Inilah adil.



-Saya yang jahil-



Wallahu'alam, wassalam.

via arkam@mobile®

Sunday, August 26, 2012

Terima Kasih

Blog ini ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada pasukan keselamatan yang telah bertugas sepanjang Ops Selamat 2012 sempena Aidilfitri 2012 yang berakhir 26 Ogos semalam.



Semoga pengorbanan tuan-tuan diganjari Allah dengan yang lebih baik.



Wassalam.

via arkam@mobile®

Tuesday, August 21, 2012

Puasa 6

Adapun menjadi amalan sesetengah orang ialah berpuasa 6 hari di bulan Syawal.



Nabi SAW berkata "Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan disusuli dengan 6 hari di bulan Syawal seolah-olah ia berpuasa sepanjang masa"



Ganjaran di bulan Ramadhan digandai 10 kali bagi amalan wajib, dan digandai dengan pahala wajib bagi amalan sunat. Maka, secara matematik, puasa sebulan Ramadhan bersamaan 10 bulan berpuasa. Begitu ganjaran yang Allah berikan.



Berpuasa 6 hari pula diganjarkan seperti berpuasa 60 hari, bersamaan 2 bulan, maka, sepuluh bulan ditambah dua bulan menjadilah ia duabelas bulan seluruhnya. Maka ini bersamaan setahun qamariyah.



Inilah bacaan kita orang bodoh-bodoh. Bacaan ilmiah boleh di baca di http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/182-puasa-ganti-syawal-a-ziarah-raya.html



Namun ganjaran sebenar Allah yang berikan, semoga Allah berikan ganjaran kepada saya dan kita semua puasa yang disukaiNya.



Puasa 6 hari ini juga adalah untuk membaiki mana2 puasa kita yang bukan2 di Ramadhan lalu.



Kita berpuasa bukan kerana Ramadhan, bukan kerana ganjaran, tetapi kita puasa kerana Allah suruh kita puasa di bulan Ramadhan.



Semoga Allah izinkan dan memberi kekuatan dan menerima semua amal puasa kita dengan hisab yang mudah.



Wallahu'alam, wassalam.

via arkam@mobile®

Gaduh

Bila dah ramai berkumpul raya2 ni macam2 kita boleh lihat.



Daripada baby2nya, budak2nya, remaja2nya, belia2nya, dewasa2nya dan tua2nya, semua ini diceritakan kerana perlu membayangkan ramainya orang berkumpul.



Lazim pula bagi budak2 untuk bergaul dengan budak2 lain. Walaupun tak pernah jumpa tapi semangat budak2 ni berkawan sungguh kuat. Mereka tidak ada prejudis, tidak ada sakit hati dan tidak pula ada dendam. Lagipun mereka akan dapat duit raya, bagus sungguh jadi budak2.



Sekejap bermain dan sekejap lagi akan meraung, bergaduh dan bermasam muka, cara budak2.



Tak lama lepas itu akan kembali bermain, lupa dah apa yang digaduhkan tadi.



Mak bapak budak2 ni, janganlah campur dengan urusan budak2. Perhatikan jangan sampai mencecah sempadan main, dan beri larangan pada perbuatan yang hampir mencapai sempadan tadi.



Jangan pulak dibiarkan sampai melompat-lompat atas sofa di rumah orang, menconteng dinding rumah orang, mengoyak dan membinasakan barang orang, si mak bapak ni masih berkata "ah biarlah.... budak2...." Ini bangang.



Lepas tu bila budak2 bergaduh sama budak2, mak bapak pulak yang bergaduh sama, sebelahkan anak dia, seolah anak2 dia semua baik, anak orang lain jahat.



Bukan itu baik atau jahat, ini isu budak2.



Sungguh "comel" mak bapak yang 30 tahun lebih tua bergaduh dengan budak2 yang belum sekolah pun, "comel" sungguh!



Rasa macam nak bagi belah Penumbuk Serang!



Tapi tulah, kalau aku bagi aku pun jadi budak2 sama. Otak 35 tahun, tapi pemikiran 5 tahun.



Biarlah, aku cool.



I am good.



Wassalam.

via arkam@mobile®

Ujian

Biasanya hidup kita akan dikelilingi mereka yang nampak pada mata kita yang dikatakan kurang bernasib baik.



Dikatakan begitu kerana nasib mereka di dunia ni tak sebaik nasib kita. Mereka lahir dengan kekurangan, tetapi mereka ada di sekeliling kita dalam keluarga sebagai ujian kepada kita.



Sama ada kita mampu melihat lebih jauh atau tidak, mereka menghabiskan hidup mereka dengan bergantung kepada orang lain. Mereka takkan dapat bekerja, mereka takkan dapat berusaha mencari rezeki sendiri, perlu ada orang yang membantu mereka meneruskan hidup.



Itulah hidup mereka di dunia. Mereka akan dijauhi dan diabaikan. Mereka menjadi bahan momok untuk anak2, menjadi bahan gelak untuk orang tua.



Kita lupa, hidup mereka di dunia ni nampak susah. Tapi mereka bakal ada hidup yang senang di akhirat.



Mereka tidak sampai akal. Oleh itu semua syariat tidak menyentuh batu jemala mereka. Mereka patut memberi insaf kepada kita. Mereka nampak kurang bernasib baik di dunia sementara ini tapi akan menempuh hari yang menggembirakan di sana.



Allah tidak menzalimi hambaNya. Semuanya dilakukan dengan Kebijaksanaan dan KekuatanNya.



Wallahu'alam. Wassalam.

via arkam@mobile®

Sunday, August 19, 2012

Harapan

Salam Aidilfitri,



Kita ni bila dah habis umur, maka kita akan diuruskan oleh mereka yang masih ada umur.



Umur boleh habis tak kira usia yang telah kita pakai, ada mungkin kita akan diuruskan oleh mak bapak sendiri, mungkin juga oleh kawan-kawan, mungkin oleh jiran. Kita tak tahu.



Bila kita sudah tiada, Nabi kata hanya akan memberi manafaat kepada kita oleh tiga benda, sedekah jariah, ilmu yang diperturunkan dan dimanafaatkan dan doa daripada anak solehin.



Yang akan menghantar kita ke kubur pula 3 benda, 2 akan balik dan satu akan tinggal bersama kita. Yang akan balik harta kita dan keluarga-kenalan kita, yang tinggal dengan kita amal kita.



Oleh kerana perjalanan kita itu perjalanan akhir, harap sangat keluarga-kenalan kita menghadiahkan surah dan doa. Kita takkan harap apa2 dah selain dua benda ini.



Keluarga-kenalan kita kalaulah mereka tahu, maka adalah mereka akan solatkan jenazah kita, iring kita ke kubur dan aminkan doa dalam talkin serta juga mendoakan kita sendiri-sendiri.



Tapi kalau kenalan kita tu tak boleh buat begitu kerana tak tahu, kita malang sikitlah, kerana nampaknya tak ada manafaat mereka berkenalan dengan kita setelah kita tiada. Hanya setakat boleh belanja kita minum teh tarik ketika kita hidup sahaja.



Semoga Allah merahmati. Wassalam.













via arkam@mobile®

Wednesday, August 15, 2012

Salam Lebaran

Adat hidup seorang manusia pasti berbuat salah. Salah yang selalunya kepada Allah Tuhannya atau kepada sesama manusia.

Besarlah rahmat agama ini memberi peluang kepada setiap penganutnya setahun sekali untuk "reset" atau "normalized" diri, menyifarkan semua salah dan silap kepada Tuhannya dan juga kepada rakan manusianya.

Ruangan Ramadhan yang hadir sebulan setiap tahun bak satu proses "pembaikan" untuk meneutralkan dosa manusia dengan Tuhan. Keadaan ini hanya wujud dalam agama Islam sebagai agama fitrah manusia bawaan Nabi2 utusan Allah. Sepanjang sebulan ini amal digandakan pahala justeru mempercepatkan pengumpulan pahala di samping rahmat Allah yang melimpah untuk manusia mendapat kekuatan dalam merebut tawaran ini.

Bulan ini dibelenggu semua anasir jahat daripada iblis dan syaitan supaya manusia dapat menumpukan usaha meminta keampunan daripada Allah Tuhannya tanpa dibisik diganggu oleh kuasa jahat ini. Mana2 kejahatan yang masih ada pada diri seseorang kita itu pada bulan ini pulak adalah kesan "pendidikan" kita dengan kuasa jahat yang terlepas belenggu itu pulak sepanjang 11 bulan lain. Janganlah sampai ia sebati dengan kita.

Sebulan ini kita diberikan satu ibadah yang menjadi amalan orang2 soleh dan solehah sejak adanya manusia di bumi ini. Malah inilah amalan Maryam binti Imran sebaik sahaja melahirkan Nabi Isa lebih 2 ribu tahun dahulu.

Amalan ini menjadi syarat wajib untuk membolehkan diperturunkan satu khazanah kalam Allah pada peristiwa di Gua Hira' lebih kurang 1400 tahun lepas. Begitu mulia amalan ini yang kerananya barulah layak kalam Allah yang suci itu sampai ke langit dunia.

Tidaklah hairan ini amalan besar, dibuat dalam bulan besar, sebagai hadiah kepada hamba-hambaNya yang berserah diri.

Pada malamnya pula kita disunatkan mengerjakan solat selepas Isyak. Kita tahu dalam peristiwa Israk dan Mikraj amalan itu diberikan kepada Nabi Terakhir, asalnya 50 waktu dan setelah dinasihati Nabi Musa, Nabi Muhammad mendapatkan perkenan untuk disyariatkan kepada umatnya 5 waktu sahaja. Amalan itu juga menjadi amalan orang2 soleh dan solehah pada zaman dahulu menjadi kewajipan pada zaman ini.

Kedua2 amalan inilah yang menjadi saksi penyerahan diri seorang hamba kepada Tuhannya. Dikerjakan untuk mendapatkan redhaNya. Jika kedua-duanya dikerjakan dengan bersungguh2 di samping semua amal baik yang lain, kemudian kita hadir memohon ampun dan taubat, semoga Allah ampunkan kita dan membebaskan kita dari nerakaNya. Amin.

Maka selesailah untuk tahun itu satu masalah besar, dosa kita dengan Tuhan kita dan diberi peluang mengambil keampunan sepanjang satu bulan.

Akhir bulan tersebut, akan datang pulak satu hari, hari yang semua manusia tak segan silu untuk meminta maaf kepada manusia lain. Ini sudah menjadi amalan beribu tahun.

Maka, dengan keampunan sebulan itu, dan kemaafan sehari itu, sewajarnya kita sempat meneutralisasi, mereset dosa kita kepada Tuhan kita dan kepada sesama manusia, maka jadilah kita manusia yang diredai Tuhan kita dan disukai manusia lain.

Dengan cara itu insyaallah kita boleh selamat.

Besar sungguh jasa bulan ini. Terima kasih kerana masih ada nyawa untuk melaluinya tahun ini. Kita pasti tidak boleh menjamin peluang yang sama di tahun depan.

Sayugia saya memohon ampun daripada Allah Subhanahuwata'ala atas semua dosa yang banyak itu, dan ingin memohon maaf zahir dan batin atas semua salah silap saya kepada tuan-tuan semua.

Allahumma innaka 'afu'ul kareem, tu hibbu 'afwa, fa'fu'anni.

Taqabballah, minna, wa min kum.

Amin,

Salam Aidilfitri, minal aidil wal faizin.

Wassalam.

via arkam@mobile®

Tuesday, August 14, 2012

Kemuncak

Lazim bagi sebarang acara dunia ada kemuncaknya. Kemuncak kenduri kahwin adalah ketibaan pasangan pengantin, kemuncak pertandingan olahraga ialah penyampaian pingat, kemuncak kursus adalah perasmian, kemuncak sekolah dan universiti adalah graduasi.

Biasanya sesuatu majlis akan bermula dengan perlahan, meningkat seronok perlahan-lahan hingga akhirnya ketibaan acara yang paling ditunggu-tunggu. Kemudian habis acara itu dan kemudian bersurai dengan pelbagai cara.

Ada yang bersurai dengan gelojoh gopoh gapah, ada yang penuh tertib, ada yang meninggalkan sampah sarap pulak macam di pasar malam, ada juga yang pesertanya kemas tertib dan tidak membuat sepah.

Nanti kita akan dapat lihat di majlis rumah terbuka rumah kenamaan, tengok majlisnya, tengok kemuncaknya, tengok pulak selepas itu, sampah atau kegembiraan kepada tuan rumah yang ditinggalkannya.

Lebih kurang 25 hari lepas, telah datang kepada kita satu majlis. Kita boleh dikatakan mula dengan meramaikan majlis. Koi lama koi kurang, hingga minggu akhir ni makin banyak kurangnya.

Kemuncak majlis itu entah sudah entah belum, kita sudah tak peduli lagi kerana sudah siap baju baru nak dimasukkan dalam beg, bukan itu sahaja, duit lusuh sekarang sudah tidak dimain, semua baru, serba baru.

Kita uruskan kewangan kita dengan ingin melihat impak daripada gaji, bonus dan duit kita, henfon baru, jam baru, baju baru, seluar baru, kereta baru, beg baru, eh. Kita tak hiraukan kemuncak tadi.

Lepas berakhir majlis sebulan ini, kita balik. Balik kepada kita yang asal. Kalau kita jenis menyepah-nyepah, kita akan tinggalkan sampah sarap kepada tuan rumah.

Dan majlis sebulan itu sudah hilang kesannya kepada kita. Kita rasakan seolah-olah kita telah memberi manafaat diri kita, tapi kita hanya syok sendiri.

Dalam keadaan kita membuat majlis tadi ala kadar, orang lain merebut dan merebut. Mereka habiskan perjuangan majlis tadi dengan penuh kepuasan.

Kemudian mereka berjaya, merekalah yang dapat. Kita masih orang yang sama.

"La'allakum tattaquun..."

Wallahu'alam, wassalam.


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Sunday, August 12, 2012

Meriam Bhg 3

Adapun meriam yang berbunyi bass itu adalah meriam tanah.



Caranyaa dengan mengorek lubang di dalam tanah secara condong lebih kurang 45 darjah. Dilubangkan kawasan dalam tanah itu utk "confine space"nya. Tempat di mana feeder seperti meriam buloh akan diletakkan.



Bahagian atas tanah diletakkan papan berlubang kecil utk trigger.



Kaedah sama dengan 2-2 meriam sebelum ini tapi bunyinya lebih sedap.



Meriam ini juga mudah dibuat.



Sekian bab meriam. Kisah dulu2.





via arkam@mobile®

Saturday, August 11, 2012

Meriam Bhg 2

Adapun meriam jenis yang kedua adalah setelah kita mengetahui asas dalam pengeboman tadi, hanya perlu meletakkan situasi yang sama dengan meriam buloh untuk kesan yang sama atau lebih baik. Ringkasnya, memerangkapkan gas punca letupan dalam satu bekas tertutup.

Maka, kita gunakan bahan lain. Antaranya paip besi, paip tanah liat, paip apa-apalah.

Kalau tak sempat cari paip, paling senang pakai tin milo.

Tin milo ni haruslah yang besarrrrr punya, yang 2.5KG. Tin kosong ni kita hanya perlukan tin tanpa penutup. Kaedahnya ialah dengan melubangkan bahagian dasar tin tu, tu saja.

Lepas tu, kabait juga digunakan, diletakkan dalam bekas yang sesuai dan dibasahkan, lepastu terlangkupkan dengan tin milo tadi.

Lepas beberapa minit, mulakan pengeboman. Senang saja.

Meriam jenis ni mengeluarkan bunyi tweeter, tak power sangat. Tapi bolehla, melepas gian.

Kita nak sebut meriam jenis bass lepas ni.

Sekian.

Thursday, August 9, 2012

Meriam Bhg 1

Raya ni takkan meriah tanpa bunyi bising mercun atau meriam.

Dah berapa orang masuk paper putuih jari akibat mercun, dan akan ada lagi yang akan putuih jari dalam seminggu dua ni. Macam tu la...

La ni, meriam dah tak di main. Mungkin kerana cara hidup di pekan dengan rumah taman ni tak sesuai. Main mercun saja.

Dulu, seperti cerita yang lepas, antara aktiviti budak kampung macam saya ni adalah main meriam.

Adapun meriam ada beberapa jenis yang selalu di main:

1) Meriam buloh. Dibuat daripada buluh yang besaq-besaq. Dipotong sesuai ruas, dilopongkan di bahagian depan dan dilubangkan kecik di bahagian pangkal ruas. Biasanya yg bahagian lopong di depan akan ditala ke atas sikit, dalam 15 darjah hingga 30 darjah, bergantung kepada kreativiti.

Permainan meriam buloh ini menggunakan kabait. Kabait dulu boleh dibeli di kedai runcit dengan harga 2 ringgit sekilo. Puas main.

Rupa kabait ni bagi yg belum pernah tengok macam batu, kelabu, berhabuk, berbau sedap. (rindu betui bau kabait basah).

Caranya adalah dengan meletakkan sejumlah kabait di atas satu 'feeder' bersambung dengan kayu jauh ke dalam buloh selepas ditaburkan sikit air utk menjana kuasanya. Kabait ini akan mengeluarkan gas yang boleh meletup. Gas ini dikumpulkan dalam bekas buloh tu la utk mengumpul kuasanya.

Settingkan kedudukan meriam, kemudian masukkan kabait ke dalam buloh, tutup hujung buluh utk kesan lebih maksima.

Selepas beberapa minit, gunakan pancing untuk nyalakan sumbu. Api sumbu ini akan dipicu di lubang kecik di pangkal buloh yg dibuat tadi.

Perlu ada satu jarak yang sesuai utk mengebom. Sampai la ni aku heran pasaipa aku berani sangat dulu? La ni dgn mercun pop pun aku dah melompat.

Selesai mengebom proses tadi diulang dengan gembiranya selagi mak atau bapak aku tak cari.

Kalau ada meriam kampung sebelah baru best sama2 mengebom.

Jangan main2, inilah proses pembelajaran "Keabadian Tenaga". Baru kita tau sebenaqnya tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan, ia hanya bertukaq dari satu bentuk tenaga ke bentuk yang lain.

Walaupun nampak macam dahsyat dah ni meriam buloh, tapi inilah meriam novice tahap beginner. Paling komanla.

Boleh lagi di improvise.... Boleh, boleh...

Haha.

Bersambung kot.

via arkam@mobile®

Choose Islam, Revert.

Tuesday, August 7, 2012

Surau dan Budak

Antara yang meramaikan surau dan masjid di sepanjang bulan Ramadhan ini adalah kanak-kanaknya.
Waktu malam mereka hadir berterawih. Sama ada dengan ibu bapa atau yang dah pandai sikit dengan kawan-kawan. Dalam poket ada macam-macam nak di main di sana. Kita pun dulu macam tu jugak.

Solat sekejap Isyak lepas tu hilang terus main di luar. Kalau masjid yang luas siap boleh main polis sentri, ataupun sembunyi-sembunyi dalam masjid atau di luar masjid, yang paling terer sembunyi di menara masjid (aku la tu dulu), depa tak pernah jumpa! Terer kan?

Kalau di luar ada pokok buah lagi bagus, mempelam ka, rambutan ka, ciku ka, kalau kena musim buah lagi meriah. Memang menjadi mangsalah. Balik siap boleh bagi mak.

Satu  lagi kalau sudah dapat mercun, lagi bagus. Banyak eksperimen boleh dibuat.

Timing kena jaga, bila sudah hampir witir tu, terus pi amik wuduk lagi dan ready masuk saf. Tu la keja masa budak-budak dulu. Habis solat muka-muka yang beriman ini sudah ready di moreh pulak.

Itu antara seronoknya menjadi budak. Orang tua pun dah tak kuasa nak layan. Itu dulu. Disuruhnya diam, diamla kejap, lepas tu memasar semula.

Budak eloklah dibiarkan dengan budaknya. Kalau di dalam surau membuat bising, serapkan mereka dalam saf orang dewasa. Ia lebih berkesan daripada membiarkan budak di saf budak-budak di belakang.

Budak dah sama-sama dengan budak-budak, kita dulu pun pernah jadi budak. Kita pun tahu....

Mereka akan membudakkan diri selagi mereka belum dewasa. Itu budak.

Ada jugak orang tua yang melupai masa budak mereka dulu. Dimarahnya dibengkengnya budak zaman sekarang kerana bising di dalam surau, hasilnya budak lari main di luar surau. Itu takpa, yang menjadi apanya, pakcik bengkeng ini akan di 'mark' oleh budak-budak ini kerana bengkengnya. Sampai tua budak tu akan ingat. Dan budak tadi akan lebih seronok bila ke surau jangan masuk surau, baik duk di luar kerana pakcik bengkeng tu ada.

Kita rugi sorang budak yang datang ke surau. Silap-silap mereka akan makin menjauh. Lepas tu kita bising sana sini kata orang tak suka pegi surau. Ke situ pulak?

Kata pakcik tua ini "ganggu orang bersolat, tak khusyuk, budak-budak bising."

Memang betul bising budak tu menjejaskan khusyuk. Tapi kalau diam solat kita tu, khusyuk kah kita?

Sekejap ingat selipar, ingat kuih talam kat rumah belum habis, ingat koteaw kerang kita belum sentuh, ingat moreh apa malam ni, ingat moto parking kat mana, ingat bila bonus nak masuk siap dah berangan nak shooping, ingat esok nak sahur apa, esok nak buat apa, duit raya baru dah tukar belum, apasal sampai sekarang aku belum dapat kad raya lagi?

Kita pun sebenarnya, 'keluar masuk' dalam solat, macam budak-budak tu jugak.

Cuma, budak-budak tu keluar masuk surau kita nampak mereka "keluar masuk". Kita keluar masuk solat tak ada sapa nampak.

Kita-kita saja....

Wallahu'alam, wassalam.


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Monday, August 6, 2012

Nuzul Al Quran

Peristiwa besar dan penting bagi dunia ini mengubah manusia seluruhnya. Ia peristiwa yang dinanti-nantikan oleh penduduk bumi dan langit. Ia disebut dalam kitab-kitab terdahulu dan cebisannya masih ada hingga sekarang:

11And the vision of all is become unto you as the words of a book that is sealed, which men deliver to one that is learned, saying, Read this, I pray thee: and he saith, I cannot; for it is sealed:
12And the book is delivered to him that is not learned, saying, Read this, I pray thee: and he saith, I am not learned. (Bible Isaiah 29)

Dan daripada Al Quran Karim: Al-A'raf:
7:158
Sahih International
Say, [O Muhammad], "O mankind, indeed I am the Messenger of Allah to you all, [from Him] to whom belongs the dominion of the heavens and the earth. There is no deity except Him; He gives life and causes death." So believe in Allah and His Messenger, the unlettered prophet, who believes in Allah and His words, and follow him that you may be guided.
Malay
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk".

Ketika Muhammad bersendirian di Gua Hira' pada tahun turunnya wahyu yang pertama dari surah ke 96 daripada Al Quran:
96:1


Recite in the name of your Lord who created -
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
96:2
Created man from a clinging substance.
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;

Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
96:4
Who taught by the pen -
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
96:5
Taught man that which he knew not.
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
 
Besar sekali peristiwa ini bagi Bible dan Al Quran. Perhatikanlah seruan Tuhan kepada Ahli Kitab:

Al Quran, Ali Imraan Ayat 64:
3:64

Say, "O People of the Scripture, come to a word that is equitable between us and you - that we will not worship except Allah and not associate anything with Him and not take one another as lords instead of Allah ." But if they turn away, then say, "Bear witness that we are Muslims [submitting to Him]."
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".
Salam Nuzul Al Quran 1433 Hijrah...
Wallahu'alam, wassalam.
Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Saturday, August 4, 2012

Pertanyaan

Blog ini memiliki domain daripada google yang harganya cuma USD10 setahun. Kalau tidak dibayar (seperti tahun lalu), blog tidak dapat diaksess lagi di public.

Bukan masalah UDS10 tu, masalah kalau sesuatu ketidakupayaan berlaku kepada saya, semua kandungan blog ini tidak lagi boleh diaksess selepas 2 September tahun berkenaan.

Kalau sesiapa yang tahu bagaimana untuk keluar kembali ke blogspot untuk view percuma walaupun harap boleh emailkan bantuan kepada saya.

Ada di sudut hati berharap blog akan terus ada walaupun tuannya sudah tiada.

Terima kasih wassalam.


Hello Google Apps Administrator,

Our records indicate that your domain registration for arkamonline.com will expire on September 2, 2012 . To continue using your Google Apps services, you will need to take one of the following actions:

  1. Renew your domain registration for $10 for an additional year. This is the safest and quickest option to continue using Google Apps. To renew your registration, click here.
  2. Transfer your domain to a new registrar. After the transfer, you may need to modify your DNS settings to work with Google Apps.
Please note that if you decide to not renew or transfer your domain by September 2, 2012, you will disrupt your Google Apps service and could even lose your domain and all data associated with your account.

If you have any questions about your domain registration renewal, visit our Help Center at
http://www.google.com/support/a/.

Sincerely,
The Google Apps Team


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Friday, August 3, 2012

Astro 555: The Hell's Gate

Sekejap tadi di History Channel 555 Astro ada menyiarkan dokumentari "The Hell's Gate" yang antara intipatinya yang dapat saya petik menyatakan tentang kewujudan neraka dalam kitab Bible disebut 4 kali. Dokumentari ini juga menyatakan tiada sebutan tentang neraka yang diperincikan dalam kitab berkenaan melainkan dalam "Bible yang telah diharamkan" berkurun dahulu.
Bible yang ada sekarang telah dibersihkan daripada menceritakan tentang neraka mungkin kerana mistiknya, kegerunannya atau atas sebab apa sekalipun yang difikirkan mereka.

Paderi Christ Simpson dalam dokumentari itu juga mengatakan hanya yang mempercayai Nabi Isa sahaja akan selamat daripada neraka. Neraka ada wujud membakar sepanjang masa manusia, batu, iblis dan syaitan. Mereka yang tidak mempercayai Nabi Isa dipanggil dalam dokumentari ini "non-believers'.

Umat Islam yang seramai lebih 2 bilion ini semuanya percayakan Nabi Isa. Tak ada seorang pun umat Islam yang menafikan Nabi Isa sebagai Nabi utusan Allah. Bahagian ini saya sudah ceritakan tentang kemuliaan Nabi Isa di sisi agama Islam dalam EASTER DAY 555 dahulu.

Neraka seperti dalam "Bible yang diharamkan" itu masih ada kekal diceritakan dalam Al Quran untuk mereka baca kerana kasihan dalam kitab mereka sudahpun dihilangkan.

Al Quran Al Baqarah Ayat 24:

2:24
Translation (English):
But if you do it not, and you can never do it, then fear the Fire (Hell) whose fuel is men and stones, prepared for the disbelievers.
Bacalah tentang neraka dalam kitab Al Quran, boleh dapat pautan di SINI. (Terjemahan Bahasa Inggeris)
Dan lagi:
4:115
(Terjemahan Bahasa Inggeris)
And whoever opposes the Messenger after guidance has become clear to him and follows other than the way of the believers - We will give him what he has taken and drive him into Hell, and evil it is as a destination.
Umat Islam mengikut apa yang disebut oleh Nabi Isa Alaihissalam seperti dalam ayat berikut:

Al Quran, As-Saff ayat 6:

61:6
Sahih International
And [mention] when Jesus, the son of Mary, said, "O children of Israel, indeed I am the messenger of Allah to you confirming what came before me of the Torah and bringing good tidings of a messenger to come after me, whose name is Ahmad." But when he came to them with clear evidences, they said, "This is obvious magic."
Chinese
當時,麥爾彥之子爾撒曾說:「以色列的後裔啊!我確是真主派來教化你們的使者,他派我來証實在我之前的《討拉特》,並且以在我之後誕生的使者,名叫艾哈默德的,向你們報喜。」當他已昭示他們許多明証的時候,他們說:「這是明顯的魔術。」
Malay
Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!"
Tamil
மேலும், மர்யமின் குமாரர் ஈஸா, "இஸ்ராயீல் மக்களே! எனக்கு முன்னுள்ள தவ்ராத்தை மெய்ப்பிப்பவனாகவும்; எனக்குப் பின்னர் வரவிருக்கும் ´அஹமது´ என்னும் பெயருடைய தூதரைப் பற்றி நன்மாராயம் கூறுபவனாகவும் இருக்கும் நிலையில் அல்லாஹ்வின் தூதனாக உங்களிடம் வந்துள்ளேன்" என்று கூறிய வேளையை (நபியே! நீர் நினைவு கூர்வீராக!) எனினும், அவர்களிடம் தெளிவான அத்தாட்சிகளை அவர் கொண்டு வந்த போது, அவர்கள் "இது தெளிவான சூனியமாகும்" என்று கூறினார்கள்.
Ini sangat konsisten dengan apa yang dikatakan Bible juga:
7Nevertheless I tell you the truth; It is expedient for you that I go away: for if I go not away, the Comforter will not come unto you; but if I depart, I will send him unto you. (John 16;7)
16And I will pray the Father, and he shall give you another Comforter, that he may abide with you for ever; (John 14: 16)
26But when the Comforter is come, whom I will send unto you from the Father, even the Spirit of truth, which proceedeth from the Father, he shall testify of me (John 15:26)
13Howbeit when he, the Spirit of Truth, is come, he will guide you into all truth: for he shall not speak of himself; but whatsoever he shall hear, that shall he speak: and he will shew you things to come. (John 16:13)
Semua ini boleh kita baca semula di SINI.
Al Quran, Al Baqarah Ayat 6:
2:6
(English Translation):
Indeed, those who disbelieve - it is all the same for them whether you warn them or do not warn them - they will not believe.
Al Quran yang masih dalam bahasa asal ia diturunkan sejak 1400 tahun, sekarang kekal terpelihara untuk dibaca dan difikirkan semua manusia sehingga kiamat.
Semoga Allah memberikan hidayah kepada kita semua:
Wallahu'alam, wassalam.
Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Tuesday, July 31, 2012

Sumbangan Masih Dibuka

Assalamu'alaikum. Surau Tmn Pauh Jaya Pulau Pinang masih memerlukan sumbangan pmbesaran dlm bntuk wakaf, zakat [Rebat LHDN~Majlis Agama Perlis], derma dll. Sumbangan boleh dimasukkan ke dlm akaun Public Islamic Bank 3988791332 atas nama "Jawatankuasa Surau Taman Pauh Jaya".



Terima kasih.

via arkam@mobile®

Sunday, July 29, 2012

Seruan Pertama

Seruan pertama:

Al Quran, Al Baqarah: 21-22

2:21

Sahih International
O mankind, worship your Lord, who created you and those before you, that you may become righteous -
Chinese
眾人啊!你們的主,創造了你們,和你們以前的人,你們當崇拜他,以便你們敬畏。 
Malay
Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. 
Tamil
மனிதர்களே! நீங்கள் உங்களையும் உங்களுக்கு முன்னிருந்தோரையும் படைத்த உங்கள் இறைவனையே வணங்குங்கள். (அதனால்) நீங்கள் தக்வா (இறையச்சமும், தூய்மையும்) உடையோராகளாம்.
 

2:22

Sahih International
[He] who made for you the earth a bed [spread out] and the sky a ceiling and sent down from the sky, rain and brought forth thereby fruits as provision for you. So do not attribute to Allah equals while you know [that there is nothing similar to Him].
Chinese
他以大地為你們的席,以天空為你們的幕,並且從雲中降下雨水,而借雨水生許多果實,做你們的給養,所以你們不要明知故犯地給真主樹立匹敵。 
Malay
Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). 
Tamil
அ(ந்த இறை)வனே உங்களுக்காக பூமியை விரிப்பாகவும், வானத்தை விதானமாகவும் அமைத்து, வானத்தினின்றும் மழை பொழியச்செய்து, அதனின்று உங்கள் உணவிற்காகக் கனி வர்க்கங்களை வெளிவரச் செய்கிறான்; (இந்த உண்மைகளையெல்லாம்) நீங்கள் அறிந்து கொண்டே இருக்கும் நிலையில் அல்லாஹ்வுக்கு இணைகளை ஏற்படுத்தாதீர்கள்.
 
Seruan ini memulai sebutan "Wahai Sekelian Manusia" yang mana ditujukan kepada semua manusia, bukan hanya untuk umat Islam.

Semoga memberi manafaat.

Surau Taman Pauh

Asalamu'alaikum. Rayuan Ramadhan Surau Tmn Pauh Jaya masih memerlukan sumbangan pmbesaran dlm bntuk wakaf, zakat [rebat LHDN~Majlis Agama Perlis], derma dll. Sumbangan boleh dimasukkan dlm akaun Public Islamic Bank 3988791332 atas nama Jawatankuasa Surau Taman Pauh Jaya.



Sekian terima kasih.



via arkam@mobile®