Wednesday, December 29, 2010

Ayaq....!



Semalam seluruh Pulau Pinang keputusan bekalan air untuk 12 jam bermula 7 pagi hingga 7 malam. Ada kawasan yang keputusan sehingga 24 jam.

Kita yang kurang baca akhbar, kurang tengok berita TV ni terlepas maklumat untuk menyimpan spare air secukupnya. Dan dengan keingeneeran kita di rumah, tangki air telah di modified kan untuk mendapatkan pressure maksimum, hasilnya tiada air dalam tangki simpanan pada hari itu...!

Menyedari tak ada air pada ketika nak mandi pagi adalah sesuatu insiden yang tak suka dihadapi.

So, ke mesyuarat dengan metod mandi antara yang paling simple dalam hidup, Pali, hang perasan? Haha.

Memang air adalah antara nikmat yang pertama tersebut dalam Al Quran, seawal ayat 22 surah Al Baqarah.

[21] Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. [22] Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).

Dan Allah tanya kita dalam surah Al Waqiiah:

[68] Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?[69] Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya? [70] Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.

Tak ada tuhan sembahan orang lain yang diketahui di dunia ni yang mengaku menurunkan hujan, kecuali Dia.

Dan tak ada siapa yang berani mengaku begitu. Wallahu'alam.

Alhamdulillah.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

No comments:

Post a Comment