Thursday, December 9, 2010

Kenapa Cuti Itu Menyeronokkan?

Sebut pula tentang kenduri, lazimnya sedara jauh akan turut serta, pada masa ini jugak akan diambil kesempatan untuk sekali bercuti. Memandangkan rumah tuan rumah pasti full dan sesak, maka menginap di hotel akan menjadi pilihan.

Kita suka bercuti lazimnya kerana sebab-sebab berikut:

1) Makanan yang sedap, bukan makanan kebiasaan di tempat kita.
2) Hotel yang selesa, lagi banyak bintangnya lagi seronok.
3) Tilam yang empuk, permaidani yang tebal, kawasan yang teduh.
4) Pemandangan yang indah, takda pencemaran bau, bunyi atau udara.
5) Lagi seronok ada sumber air, tak kira sungai, laut ataupun swimming pool.
6) Bebas daripada memikirkan urusan kerja buat sementara.
7) Kalau boleh ditaja (free) lagi bagus.

Sesuai dengan fitrah kita, saya yakin, semua di atas adalah idaman semua orang dalam percutiannya.

Kita ada peluang untuk bercuti dengan segala kelengkapan di atas PERCUMA SELAMA-LAMANYA:


Dalam Surah Yaasin:[55] Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan; [56] Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;[57] Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki;

Dalam Surah Ar-Rahmaan:[46] Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -[48](Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; - [50] Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; - [52] Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa). [54] Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya – dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik. [56] Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;[58] Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. [62] Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua); [64] Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;[66] Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya: [68] Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima, [70] Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya; [72] Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing; [74] (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin; [76] Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.


Dalam Surah Al Waqii'ah:[20] Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih, [21] Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini. [22] Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, [23 Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. [27] Dan puak kanan, – alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu? [28] Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. [29] Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, [30] Dan naungan yang tetap terbentang, [31] Dan air yang sentiasa mengalir, [32] Serta buah-buahan yang banyak, [33] Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya, [34] Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya. [35] Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, [36] Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), [37] Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. [38] (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan; [39] Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu, [40] Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.



Inilah fitrah kita semua, semoga kita kembali ke kampung tempat kita berasal, tempat di mana moyang kita berasal, berpuluh ribu tahun yang lalu.

Al Baqarah:

[35] Dan kami berfirman: “Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim”. [36]Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)”. [37] Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani. [38] Kami berfirman lagi: “Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”.

Selamat bercuti.

Wallahu'alam.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

No comments:

Post a Comment