Monday, December 6, 2010

Kenduri

Musim cuti sekolah sebegini, menjadi budaya masyarakat kita untuk mengadakan kenduri, banyak jenis ada:

1) Kenduri kahwin
2) Kenduri khatan budak
3) Kenduri doa selamat balik haji (sekarang musim balik haji)
4) Kenduri doa selamat anak dapat result baik UPSR (Jatuh dalam bulan cuti sekolah)
5) Kenduri merisik
6) Kenduri bertunang
7) Kenduri Akikah
8) Kenduri korban (Hari tu punya Aidiladha jatuh dalam cuti sekolah jugak)
9) Kenduri saja-saja (nazar atau sunat)
10) Kenduri arwah & tahlil
11) Kenduri masuk rumah baru
12) Kenduri kesyukuran
13) Kenduri lain-lain.

Saya berpendapat kalau dah musim kenduri, kita elakkanlah join sekaki dan tangguh untuk mengadakan kenduri dalam musim ini jika dapat dielakkan, terutamanya kenduri jenis sunat atau jenis yang boleh ditangguh kerana:

1) Banyak sangat dapat undangan, orang takkan makan banyak di setiap majlis, boleh mengakibatkan pembaziran.
2) Harga barang keperluan kenduri kambing, lembu dan ayam akan meningkat sebab banyak permintaan.
3) Harga sewa khemah dan kerusi meja juga akan meningkat sebab banyak order.
4) Sewa bangunan, dewan untuk majlis juga meningkat, clash majlis, tak sempat buat persiapan sebab dewan baru lepas orang pakai.
5) Takkan ada sedara mara yang dijemput boleh hadir semua, kerana perlu hadir di tempat lain dalam masa sama.
6) Tak semestinya kenduri kawin kena buat dalam masa cuti sekolah...
7) Orang bekerja tetap kena ambil cuti, bukan cuti sekolah dia pun cuti sama, kecuali cikgulaaa.... eh, takkan semua sedara mara kita keja cikgu?
8) Sewa homesytay, hotel, lodging semua meningkat sebab cuti sekolah, baik buat masa tak cuti, boleh dapat diskaun lagi nak menyewa lodging.
9) Jemputan pun tak happy sgt nak pi kenduri di rumah kita sebab dia pun banyak ada kenduri lain...
10) Katerer pun time ni la nak cekik darah caj mahal-mahal sebab sibuk, bila time lengang dia akan caj ala kadar saja....

Kita biarkan orang lain yang lebih priority untuk buat kenduri, kita pi saja kenduri yang dijemput untuk makan-makan.

Kalau boleh tapau sekali, jimat makan malam.

Selamat buat kenduri, selamat makan kenduri.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

No comments:

Post a Comment