Tuesday, December 7, 2010

Cara Undang

Bila bercakap pula pasal undangan, kita sentuh pula cara undangan dibuat.

Zaman sekarang orang dah buat undangan tru sms, ada pakai facebook, ada pakai mms, ada jugak yang pakai e-card, ada pakai email selain dari kaedah tradisi iaitu pakai kad, yang dihantar dari rumah ke rumah (Biasanya keja Tuan Rumah yang menjemput)

Paling senang pakai telefon, bercakap tanpa wajah, hanya suara. Yang ni kekal releven. Yang dah tak releven pakai telegram atau burung merpati (Ada ka?)

Contohnya pakai telefon, katakan yang mengundang tu Boss kita, yang dihormati, maka dia call kita:

Boss: Helo, ya, asalamu'alaikum.
Kita: Ya, wa'alaikumussalam Boss..., apa khabar?
Boss: Alhamdulillah, baik, ni kamu ada ke mana-mana Sabtu depan?
Kita: Takda Boss, ada di rumah saja...
Boss: Free ke hari tu? Takda aktiviti?
Kita: Free, insyallah, ok..., takda aktiviti...
Boss: Jemput mai rumah saya, ada kenduri sikit...
Kita: ?????

Bolehkah kita kata tak boleh? Sedangkan kita free, ada di rumah, tiada aktiviti, rumah dekat dengan tempat kenduri dan yang memanggil tu Boss kita?

Satu lagi situasi:



Maka kita jawab:

"Ya, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar"
"Saya bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah"
"Saya bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah"

Bila sampai "Hayyaalas Solaah....."

Apakah jawapan kita? Sedangkan kita mengaku Allah Maha Besar, kita mengaku tiada tuhan selain Dia, dan kita mengaku Nabi Muhammd itu pesuruhNya?

Boleh kita masih basuh kereta time azan sedangkan kita mengaku Allah Maha Besar? Siapa yang lebih besar? Kereta atau Allah?

Siapa yang lebih besar? Memancing? Tonton TV? Main Bola? Bersembang? Atau semua yang kita sedang lakukan time azan tu? Seluruh dunia melaungkan azan, ramai yang sahut, tapi lebih ramai yang tak.



Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment