Saturday, December 11, 2010

VIP

Di tempat kenduri yang besar-besar, kalau yang menjadi tuan rumah tu orang besar-besar, buat di tempat besar-besar, lazimnya ada orang besar yang akan turut serta.

Orang besar ni jugak dikenali dengan VIP.

Kadang kala kita berpeluang jumpa orang politik, tokoh agama, atau orang berjaya dalam perniagaan, yang terkenal, yang dipanggil VIP.

Kalaulah yang menjadi tuan rumah tu Menteri Besar atau Menteri-Menteri, mungkin Perdana Menteri atau Raja, Sultan atau TYT boleh kelihatan.

Bertuah sekali kalau VIP tu meluangkan masa di tempat kenduri kita, lebih bertuah lagi kalau VIP tu meluangkan masa berbual-bual dengan kita.

Akan dikenang dan dijaja seumur hidup kita.

Ada satu keadaan, VIP yang ingin dan sudi 'bercakap' dengan kita selalu, setiap hari pun boleh, setiap masa pun boleh.

Tapi kita kena belajar 'bahasanya' terlebih dahulu, dan boleh belajar terjemahan bahasanya seiringan.

Selalunya, kita tak mau bercakap dengan VIP ni..., sama ada tak tahu nak bercakap dalam 'bahasanya' atau kita tak sangat menganggap VIP ni sebagai satu VIP.

Beruntunglah sesiapa yang selalu bercakap-cakap dengan VIP ni di dunia, amat rugi bagi sesiapa yang tak mampu bercakap dengan VIP ni, kerana tak boleh membaca, atau tak suka membaca.

Kalau seorang VIP di kenduri tak berkenan nak bercakap dengan kita, kita sudah sedih hati, apatah lagi VIP yang satu ni, patutnya kita lagi bersedih.

Ini kerana secara logik, kalau kita tak sudi nak 'bercakap' dengan Dia seumur hidup kita, sanggupkah Dia bercakap dengan kita sesudah kita mati?

Masih tak terlambat untuk belajar....

No comments:

Post a Comment