Monday, December 20, 2010

Fitrah Keselamatan

Semalam saya berbual di crime scene dengan seorang anggota polis berbangsa India  kemungkinan beragama Hindu kerana nama pada name tagnya ialah "KANA"

Mungkin Kanakaruppan? Takkan Kanakaredes? Ini sudah Bonasera! Kenal?

Ada kes ragut di taman kediaman saya dan anggota India ini datang mengambil gambar dan mencari bukti (bekas), ini dialognya:

"Ini worang kalau dapat kasi tembak dia punya kapla kasi kacau saja worang lain....!"

Kalau kes yang hanya melibatkan ragut (Ragut beg ye, bukan ragut rumput) tanpa cedera orang atau harta benda, ia masih tetap tinggalkan troma pada yang kena, yang saksi dan yang terlibat.

Kalau melibatkan kecederaan kekal, kematian dan lain2 maka lagi teruk tromanya.

Dialog anggota India tadi saya respek walaupun dia bukanlah mangsa, tapi dia empati, mungkin dia susah kerana bertambah kerja kepolisannya.

Tapi terselit satu lagi fitrah dalam statement berkenaan "Fitrah jaminan keselamatan"

Al Quran, An Nuur: [48]Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta-merta sepuak dari mereka berpaling ingkar (menolak ajakan itu jika keputusan tidak menguntungkan mereka). [49] Dan (sebaliknya) jika keputusan itu memberi hak kepada mereka, mereka segera datang kepadanya dengan tunduk taat (menerima hukumnya).

Al Quran, Al Maidah: (38] Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [39] Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Ragut adalah MUSIBAH...! Begitu juga dengan jenayah yang lain, bila kita kena musibah, kita dianjurkan menyebut:

"Innalillahi wa inna ilaihi roji'uun...", bertepatan dengan seruan Al Quran: Al Baqarah, maksudnya [156] (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Bila kita menyebutnya setiap kali kena musibah, bukankah kita kena kembali kepada Allah jika ditimpa musibah-musibah di negara kita sebegini seperti yang kita katakan di atas? Kita kata tadi, kita kembali kepada Allah jika kita ditimpa musibah, kenapa dalam kes ragut ini kita tak kembali kepadaNya untuk membantu selesaikan masalah ni?

Takut kena potong tangan? Meh kita tanya: "Anda ada niat nak mencuri kah?"

"Adakah anda seorang pencuri?"

So takut buat apa...!!!????? Biaq pi la nak potong apa pun, kita bukan ada niat nak mencuri di masa depan, dan kita bukan berprofesion seorang pencuri...!!!

Paham tak paham ni...???!!!!!!!

Percayalah: Hanya pencuri yang tak suka hukuman potong tangan ni, anda akan menyokong hukuman ini jika anda menjadi salah seorang mangsa curi...!

Polis India tadi bukan takat nak potong tangan tau..! Dia nak tembak kapla...!!!

Dey batcha, rumbek nandrek, lu dah kasi malu sama manyak worang....!

Wallahu'alam.


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

No comments:

Post a Comment