Thursday, December 30, 2010

Lawan Hujah Bhg 11

Menjelang tahun baru, kita sambung Lawan Hujah kita yang terakhir untuk tahun ini, insyaAllah dengan segala kekuatan yang Allah berikan, kita akan teruskan penulisan ini untuk memberi kefahaman kepada semua yang berminat.

Dalam kitab mereka, Mark 12, ayat 28 dan 29:

[28] One of the scribes came, and heard them questioning together. Knowing that he had answered them well, asked him, "Which commandment is the greatest of all?" [29] Isa answered, "The greatest is, 'Hear, Israel: Allah is our God, Allah is one: (Mark: 12: 28-29)

Sangat jelas dalam kitab mereka, Allah dirujuk sebagai ONE=SATU....!

Malah perkataan trinity, christian tidak ada dalam kitab mereka....!

InsyaAllah, dengan penerangan dan tanpa prejudis ingin mencari kebenaran, sesiapapun akan mengakui bahawa Islam adalah agama daripada Allah, agama Nabi Ibrahim, agama Nabi Isa dan semua Nabi yang pernah diutuskan!

Dalam satu tafsiran yang panjang daripada Al Quran, Al Maidah:

[12] Dan demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israil (supaya mereka menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya), dan Kami telah utuskan dari kalangan mereka dua belas ketua (untuk memimpin golongan masing-masing); dan Allah berfirman (kepada mereka): “Bahawa Aku adalah beserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat, dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusanku) serta menolong bantu mereka (dalam menegakkan ugama Allah), dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalanNya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Oleh itu, sesiapa yang kufur ingkar di antara kamu sesudah yang demikian, maka sesungguhnya sesatlah ia dari jalan yang betul”

[13] Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami laknatkan mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran). Mereka sentiasa mengubah Kalimah-kalimah (yang ada di dalam kitab Taurat dengan memutarnya) dari tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar, dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka mereka dengannya. Dan engkau (wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan khianat yang mereka lakukan, kecuali sedikit dari mereka (yang tidak berlaku khianat). Oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan, kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.

[14] Dan di antara orang-orang yang berkata:” Bahawa kami ini orang-orang Nasrani”, Kami juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya, lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka, sampai ke hari kiamat; dan Allah akan memberitahu mereka dengan apa yang telah mereka kerjakan.

[15] Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.

[16] Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.

[17] Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam) katakanlah (wahai Muhammad): “(Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya?” Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

[18] Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: “Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya”. Katakanlah (wahai Muhammad): “(Kalau betul demikian), maka mengapakah Ia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu? (Sebenarnya bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan) bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakanNya. Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan serta hukum SyariatNya), demikian juga Ia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dan kepada Allah jualah tempat kembali”

[19] Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad, s.a.w) yang menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam) ketika terputusnya (kedatangan) Rasul-rasul (yang diutus), supaya kamu tidak (berdalih) dengan berkata (pada hari kiamat): “Tidak datang kepada kami seorang (Rasul) pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran (yang mengingatkan kami)”. Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang (rasul) pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Wallahu'alam.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Wednesday, December 29, 2010

NBCT 30 Dec 2010


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Ayaq....!



Semalam seluruh Pulau Pinang keputusan bekalan air untuk 12 jam bermula 7 pagi hingga 7 malam. Ada kawasan yang keputusan sehingga 24 jam.

Kita yang kurang baca akhbar, kurang tengok berita TV ni terlepas maklumat untuk menyimpan spare air secukupnya. Dan dengan keingeneeran kita di rumah, tangki air telah di modified kan untuk mendapatkan pressure maksimum, hasilnya tiada air dalam tangki simpanan pada hari itu...!

Menyedari tak ada air pada ketika nak mandi pagi adalah sesuatu insiden yang tak suka dihadapi.

So, ke mesyuarat dengan metod mandi antara yang paling simple dalam hidup, Pali, hang perasan? Haha.

Memang air adalah antara nikmat yang pertama tersebut dalam Al Quran, seawal ayat 22 surah Al Baqarah.

[21] Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. [22] Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).

Dan Allah tanya kita dalam surah Al Waqiiah:

[68] Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?[69] Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya? [70] Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.

Tak ada tuhan sembahan orang lain yang diketahui di dunia ni yang mengaku menurunkan hujan, kecuali Dia.

Dan tak ada siapa yang berani mengaku begitu. Wallahu'alam.

Alhamdulillah.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Tuesday, December 28, 2010

Cuti Tulis

Hari ni tak menulis, nak dengaq lagu..., tak ada kena mengena dengan yang masih hidup, yang dah mati mungkin kenaaaa....

:)




Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Monday, December 27, 2010

Masa

Menonton bolasepak Malaysia-Indonesia Piala Suzuki Ahad lalu di TV menimbulkan rasa bangga dan puas hati dengan mutu permainan pasukan Malaysia dan mutu pengadilan yang ditonjolkan.

Sebelum ini pasukan negara memang dilihat lesu dan tak berdaya juang, tahniah kepada semua yang terlibat dalam membentuk pasukan muda ini menaiki tangga kejayaan sekurang-kurangnya pada masa ini.

Satu benda yang penting dalam permainan bolasepak ialah MASA. Jaringan hanya akan dikira jika gol berjaya disumbat dengan kaedah yang sah dalam MASA yang ditetapkan.

Selepas tamat tempoh permainan dengan tiupan wisel penamat pengadil, maka sebarang jaringan tidak lagi diambilkira, kita lihat ini hari-hari tapi gagal mengaitkan dengan kehidupan kita.

Kita juga diberi masa, sejak lahir, kemudian mumayyiz, kemudian mukallaf, maka selepas sampai akal, akil baligh semua urusan kita mula dikira. Hingga nafas terakhir.

Seperti dalam permainan bolasepak tak guna langsung pemain memasukkan bola ke gol lawan selepas wisel penamat, tak kira seminit selepas atau sesaat selepas, apatah lagi sebulan selepas.

Yang berguna ialah semasa permainan.

Teringat kita pada ayat pagi Jumaat:

[11] Katakanlah (wahai Muhammad); “Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)”. [12] Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”. (As-Sajdah)

Selamat berjuang pada Final ke-2 Rabu nanti untuk pasukan Malaysia, strategi penting, kalau bolos sebiji mari turun ramai-ramai jaga gol, tukar pemain striker dengan defender, pastu letak 3 orang penjaga gol...!

Boleh?

Malaysia Boleh...!

Wallahu'alam.



Ir. MUHAMMAD ARKAM
http://www.arkamonline.com/

Saturday, December 25, 2010

FAT MSB UPP PDG BSR

23 Disember 2010, Powerwell, Kota Kemuning.


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

25 Disember 2010

Semalam Krismas disambut oleh penganutnya di seluruh dunia.

Kita pernah sentuh sebelum ini, umat Islam seluruh dunia juga menghargai Jesus, atau Nabi Isa, dan memuliakannya, malah jika Krismas adalah tarikh kelahiran Nabi Isa, maka umat Islam juga tak terlepas daripada mengenangnya dengan sayu, mengenangkan bagaimana seorang Nabi mulia, dilahirkan dengan bersusah payah oleh seorang ibu, yang bernama Maryam, yang kisahnya direkod dalam Al Quran, dalam surah Maryam sendiri:

[16] Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur. [17] Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya. [18] Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa.[19] Ia berkata: “Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci”. [20] Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?” [21] Ia menjawab: “Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya. [22] Maka Maryam hamilah mengandungnya, lalu ia memencilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh. [23] (Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang! [24] Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:” Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. [25] Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.

Tetapi, kemuliaan yang diberikan oleh umat Islam hari ini kepada Nabi Isa hadir daripada pengaruh Nabi Muhammad sahaja, bukan melalui lidah Kristian. Malah dengan menafikan, mengutuk, menghina, menyumpah seranah Nabi Isa akan menyebabkan seorang Islam murtad serta merta, na'uzubillah.
 
Umat Islam yakin dan percaya, Nabi Isa dilahirkan tanpa bapa, bercakap ketika masih bayi, menghidupkan orang yang mati, mengubati penyakit sopak dan diperangi kaumnya sendiri iaitu Bani Israel. Umat Islam yakin Nabi ini diberikan kita Injil oleh Allah, Tuhannya dan Tuhan semua Nabi dan Rasul yang lain sebelumnya dan diberikan beberapa mukjizat lain untuk membuktikan kerasulannya kepada kaumnya.
 
Dan umat Islam juga yakin, Nabi mulia ini menelah, mengesyorkan kehadiran Nabi baru menggantikannya pada masa selepas pemergiannya dengan katanya yang dipetik dalam surah As-Saff:
 
[6] Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku – bernama: Ahmad”. Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: “Ini ialah sihir yang jelas nyata!”

Telahan ini bukan sahaja boleh dipetik daripada kitab Al Quran, malah ada juga dalam kitab-kitab mereka:
 
(7) Nevertheless I tell you the truth: It is to your advantage that I go away, for if I do not go away, the Counsellor will not come to you. But if I go, I will send him to you. (John 16)

(14) If you will ask anything in my name, I will do it. (15) If you love me, keep my commandments. (16) I will pray to the Father, and he will give you another Counsellor, that he may be with you forever. (John 14)

(26) "When the Counsellor has come, whom I will send to you from the Father, the Spirit of truth, who proceeds from the Father, he will testify about me. (27) You will also testify, because you have been with me from the beginning. (John 15)

Maksud lain Counsellor: Greek Parakletos: Counsellor, Helper, Advocate, Intercessor, and Comfortor.

Semua ulasan kita boleh di baca semula di SINI.
 
Dengan jelas kitab mereka menerangkan bahawa Al Kitab bakal diberikan kepada seseorang yang tidak boleh membaca, seorang ummi, dalam perenggan berikut:

(11) All vision is become to you as the words of a book that is sealed, which men deliver to one who is learned, saying, Read this, I pray you; and he says, I cannot, for it is sealed: (12) and the book is delivered to him who is not learned, saying, Read this, I pray you; and he says, I am not learned. (Shaya 29)

Dalam Bahasa Melayu:

(12) Dan apabila kitab itu diberikan kepada seorang yang tidak dapat membaca dengan mengatakan, bacalah ini, saya berdoa untuk kamu, dan dia menjawab, "Saya tidak tahu membaca" (Bible Shaya 29)

Tidak ada peliknya bagi Allah, mencipta Nabi Isa tanpa seorang bapa, setelah kejadian yang lebih pelik yang juga mereka percayai, mencipta Adam tanpa bapa dan emak, hanya daripada tanah, dan mencipta pula Hawa tanpa emak, hanya daripada juzuk Nabi Adam.

Kita percaya, Nabi Isa juga seperti Nabi-Nabi lain, hanya beriman kepada satu agama, agama yang lurus.

Malah, Nabi Isa TIDAK PERNAH mengatakan, bahawa dia Nabi Akhir Zaman atau Nabi Terakhir atau Nabi Penghabisan. Dia tidak pernah mengatakan bahawa dia anak tuhan ataupun dia adalah tuhan. Dia hanya manusia biasa tetapi berstatus Nabi, mulia daripada manusia lain yang biasa.

Subhanallah.

Wallahu'alam.


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Monday, December 20, 2010

Roh

Sabtu pula minum petang dengan rakan Cina di kedai kopi.

Dia: Nanti 25th Christmas I nak keluar dengan member celebrate.
Saya: Are U Christian?
Dia: No la, socializing only, nowadays ramai orang freethinker, tak kisah celebrate.
Saya: Freethinker? Doesn't believe in God?
Dia: Yes, sebab tak nampak.
Saya: Why are U living right now? Apa beza orang yang hidup dengan yang mati?
Dia: Orang hidup bernyawa maa..., orang mati takda nyawa...
Saya: Good, can u see the 'nyawa'?

Kita hidup kerana kita masih mempunyai roh, dan roh tiada tempat di dalam badan, bukan di jantung, bukan di hati, bukan di otak, di mana roh? Di hospital pakar semua organ ada doktor pakar masing-masing, tetapi tiada pakar roh.

Kita ulang:

Al Israa' (85): Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”.



Badan tanpa ruh dipanggil mayat.
Ruh tanpa badan dipanggil hantu.

Wallahu'alam.


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Fitrah Keselamatan

Semalam saya berbual di crime scene dengan seorang anggota polis berbangsa India  kemungkinan beragama Hindu kerana nama pada name tagnya ialah "KANA"

Mungkin Kanakaruppan? Takkan Kanakaredes? Ini sudah Bonasera! Kenal?

Ada kes ragut di taman kediaman saya dan anggota India ini datang mengambil gambar dan mencari bukti (bekas), ini dialognya:

"Ini worang kalau dapat kasi tembak dia punya kapla kasi kacau saja worang lain....!"

Kalau kes yang hanya melibatkan ragut (Ragut beg ye, bukan ragut rumput) tanpa cedera orang atau harta benda, ia masih tetap tinggalkan troma pada yang kena, yang saksi dan yang terlibat.

Kalau melibatkan kecederaan kekal, kematian dan lain2 maka lagi teruk tromanya.

Dialog anggota India tadi saya respek walaupun dia bukanlah mangsa, tapi dia empati, mungkin dia susah kerana bertambah kerja kepolisannya.

Tapi terselit satu lagi fitrah dalam statement berkenaan "Fitrah jaminan keselamatan"

Al Quran, An Nuur: [48]Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta-merta sepuak dari mereka berpaling ingkar (menolak ajakan itu jika keputusan tidak menguntungkan mereka). [49] Dan (sebaliknya) jika keputusan itu memberi hak kepada mereka, mereka segera datang kepadanya dengan tunduk taat (menerima hukumnya).

Al Quran, Al Maidah: (38] Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [39] Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Ragut adalah MUSIBAH...! Begitu juga dengan jenayah yang lain, bila kita kena musibah, kita dianjurkan menyebut:

"Innalillahi wa inna ilaihi roji'uun...", bertepatan dengan seruan Al Quran: Al Baqarah, maksudnya [156] (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Bila kita menyebutnya setiap kali kena musibah, bukankah kita kena kembali kepada Allah jika ditimpa musibah-musibah di negara kita sebegini seperti yang kita katakan di atas? Kita kata tadi, kita kembali kepada Allah jika kita ditimpa musibah, kenapa dalam kes ragut ini kita tak kembali kepadaNya untuk membantu selesaikan masalah ni?

Takut kena potong tangan? Meh kita tanya: "Anda ada niat nak mencuri kah?"

"Adakah anda seorang pencuri?"

So takut buat apa...!!!????? Biaq pi la nak potong apa pun, kita bukan ada niat nak mencuri di masa depan, dan kita bukan berprofesion seorang pencuri...!!!

Paham tak paham ni...???!!!!!!!

Percayalah: Hanya pencuri yang tak suka hukuman potong tangan ni, anda akan menyokong hukuman ini jika anda menjadi salah seorang mangsa curi...!

Polis India tadi bukan takat nak potong tangan tau..! Dia nak tembak kapla...!!!

Dey batcha, rumbek nandrek, lu dah kasi malu sama manyak worang....!

Wallahu'alam.


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Friday, December 17, 2010

Email Kembali Aktif

Sukacita dimaklumkan bahawa email arkam@engineer.com saya telah kembali dalam kawalan saya, terima kasih.



Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Thursday, December 16, 2010

Yang Terpendek

Selepas kita sentuh ayat terpanjang, sekarang kita bincang pula antara ayat yang terpendek.

Ada beberapa, salah satu ayat di surah Al Ghafir ayat 1:

Haa Mim...

Dan lain-lain, Alif Laam Miim, Alif Laam Mim Raa, Kaaf Haa Yaa 'Ain Shood, Alif Laam Raa, Nun, Qaf, Alif Laam Miim Shood, banyak dalam Al Quran terutamanya pada permulaan surah.

Ada ulama' yang mentafsir perkara ini tetapi lebih banyak yang tidak mentafsir, meletakkan maksud itu kepada Pemunya kalam tersebut.

2 pengajaran utama:

1) Kita tak akan tahu kalau Dia tak nak kita tahu, usahalah macam mana sekalipun, kita takkan dapat faham sesuatu tanpa izinNya. Muqadimah Al Quran, dalam Surah Al Baqarah pun kita tak tahu maksud Alif Laam Miim tu walaupun hanya 3 huruf. Sebab? Dia tak izinkan.

Contohnya:

Al Baqarah (255): Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya, yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

Al Israa' (85): Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”.

2) Jangan rajin sangat cari belajar atau tok guru yang rajin berfalsafah tentang huruf-huruf atau ayat-ayat seperti ini, ada beribu lagi ayat lain yang kita boleh belajar daripada Al Quran.

Kita orang awam sajaaa....

Wallahu'alam.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

NBCT 16 Disember 2010


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Email arkam@engineer.com gagal di LOGIN

Saya ingin memaklumkan bahawa pada 17 Disember 2010 email arkam@engineer.com saya telah gagal di login seperti biasa.

Sebarang email yang diterima daripada akaun berkenaan pada tarikh 16 Disember 2010 ke atas buat masa ini adalah BUKAN daripada saya.

Sila berhubung terus dengan saya jika terdapat sebarang kemusykilan.

Terima kasih.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Wednesday, December 15, 2010

Cash Bill = Resit


Oh ya, cash bill juga kita kenal sebagai RESIT.

"Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya."

Zaman sekarang mesin pun pandai tanya:

"RECEIPT REQUIRED?"

"RECEIPT ISSUED UPON REQUESTED"

(Betul ke ayat and spelling aku ni?)

Kalau mesin pun ada fitrah, apatah lagi orang?

Minum di kedai mamak teh O 80 sen tak perlulah resit...., tapi belanja cash besar-besar resit adalah diperlukan. Tambah lagi kalau nak dibuat claim.

Beautiful...?

Alhamdulillah jika kita dilahirkan dalam agama Islam.

Wallahu'alam.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Ayat Terpanjang


Ayat 282 Surah Al Baqarah di atas adalah ayat terpanjang dalam Al Quran, yang maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar; dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Kita nak ulas ayat berbaris di atas:

1) Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) Di sinilah datangnya SNP aggrement, perjanjian pinjaman, tak kira pinjaman apa, PTPTN, MARA, Kad Kredit, kereta, Pinjaman Peribadi dan segala berkaitan dengannya, yang mana direkodkan scara bertulis antara seorang pemberi pinjam kepada peminjam, siap saksi dan peguam.

2) Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Di sini pulak datangnya sesuatu yang AMAT PENTING pada zaman moden ini, "maka tiada salah jika kamu tidak menulisnya" kita olah ayat kepada "Tak tulis takpa (Tapi), kalau tulis lebih baik" inilah CASH BILL....!

Perlu diingat, ayat Al Quran ini turun wahyu pada lebih 1400 tahun yang lalu... releven hingga kini dan seterusnya hingga hari kiamat. Al Quran membuktikan fitrah manusia kepada rekod pinjaman dan cash bill awal daripada apa yang barat tuntut mereka yang memulakan.

Satu lagi, panjangnya ayat ini Allah turunkan, dan KHAS menceritakan perihal HUTANG dan JUAL BELI, salah satunya menunjukkan HUTANG bagi kita adalah sesuatu yang sangat panjang yang merupakan satu daripada bahagian hidup kita, mungkin seumur hidup.
Wallahu'alam.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Sengaja

Dalam post "Kenapa Cuti Itu Menyeronokkan" sengaja saya sembunyi satu lagi fitrah terpenting yang tidak disenaraikan.

Mula-mula tersenarai, tetapi saya buang sebelum di publish.

Sape pandai? Sepuluh markah!

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Saturday, December 11, 2010

VIP

Di tempat kenduri yang besar-besar, kalau yang menjadi tuan rumah tu orang besar-besar, buat di tempat besar-besar, lazimnya ada orang besar yang akan turut serta.

Orang besar ni jugak dikenali dengan VIP.

Kadang kala kita berpeluang jumpa orang politik, tokoh agama, atau orang berjaya dalam perniagaan, yang terkenal, yang dipanggil VIP.

Kalaulah yang menjadi tuan rumah tu Menteri Besar atau Menteri-Menteri, mungkin Perdana Menteri atau Raja, Sultan atau TYT boleh kelihatan.

Bertuah sekali kalau VIP tu meluangkan masa di tempat kenduri kita, lebih bertuah lagi kalau VIP tu meluangkan masa berbual-bual dengan kita.

Akan dikenang dan dijaja seumur hidup kita.

Ada satu keadaan, VIP yang ingin dan sudi 'bercakap' dengan kita selalu, setiap hari pun boleh, setiap masa pun boleh.

Tapi kita kena belajar 'bahasanya' terlebih dahulu, dan boleh belajar terjemahan bahasanya seiringan.

Selalunya, kita tak mau bercakap dengan VIP ni..., sama ada tak tahu nak bercakap dalam 'bahasanya' atau kita tak sangat menganggap VIP ni sebagai satu VIP.

Beruntunglah sesiapa yang selalu bercakap-cakap dengan VIP ni di dunia, amat rugi bagi sesiapa yang tak mampu bercakap dengan VIP ni, kerana tak boleh membaca, atau tak suka membaca.

Kalau seorang VIP di kenduri tak berkenan nak bercakap dengan kita, kita sudah sedih hati, apatah lagi VIP yang satu ni, patutnya kita lagi bersedih.

Ini kerana secara logik, kalau kita tak sudi nak 'bercakap' dengan Dia seumur hidup kita, sanggupkah Dia bercakap dengan kita sesudah kita mati?

Masih tak terlambat untuk belajar....

Thursday, December 9, 2010

Kenapa Cuti Itu Menyeronokkan?

Sebut pula tentang kenduri, lazimnya sedara jauh akan turut serta, pada masa ini jugak akan diambil kesempatan untuk sekali bercuti. Memandangkan rumah tuan rumah pasti full dan sesak, maka menginap di hotel akan menjadi pilihan.

Kita suka bercuti lazimnya kerana sebab-sebab berikut:

1) Makanan yang sedap, bukan makanan kebiasaan di tempat kita.
2) Hotel yang selesa, lagi banyak bintangnya lagi seronok.
3) Tilam yang empuk, permaidani yang tebal, kawasan yang teduh.
4) Pemandangan yang indah, takda pencemaran bau, bunyi atau udara.
5) Lagi seronok ada sumber air, tak kira sungai, laut ataupun swimming pool.
6) Bebas daripada memikirkan urusan kerja buat sementara.
7) Kalau boleh ditaja (free) lagi bagus.

Sesuai dengan fitrah kita, saya yakin, semua di atas adalah idaman semua orang dalam percutiannya.

Kita ada peluang untuk bercuti dengan segala kelengkapan di atas PERCUMA SELAMA-LAMANYA:


Dalam Surah Yaasin:[55] Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan; [56] Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;[57] Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki;

Dalam Surah Ar-Rahmaan:[46] Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -[48](Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; - [50] Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; - [52] Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa). [54] Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya – dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik. [56] Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;[58] Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. [62] Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua); [64] Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;[66] Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya: [68] Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima, [70] Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya; [72] Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing; [74] (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin; [76] Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.


Dalam Surah Al Waqii'ah:[20] Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih, [21] Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini. [22] Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, [23 Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. [27] Dan puak kanan, – alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu? [28] Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. [29] Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, [30] Dan naungan yang tetap terbentang, [31] Dan air yang sentiasa mengalir, [32] Serta buah-buahan yang banyak, [33] Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya, [34] Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya. [35] Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, [36] Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), [37] Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. [38] (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan; [39] Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu, [40] Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.



Inilah fitrah kita semua, semoga kita kembali ke kampung tempat kita berasal, tempat di mana moyang kita berasal, berpuluh ribu tahun yang lalu.

Al Baqarah:

[35] Dan kami berfirman: “Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim”. [36]Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)”. [37] Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani. [38] Kami berfirman lagi: “Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”.

Selamat bercuti.

Wallahu'alam.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

NBCT 10 Disember 2010

Kawasan sekitaran reefer, isolator dan eRTG conductor rail:


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Tuesday, December 7, 2010

Cara Undang

Bila bercakap pula pasal undangan, kita sentuh pula cara undangan dibuat.

Zaman sekarang orang dah buat undangan tru sms, ada pakai facebook, ada pakai mms, ada jugak yang pakai e-card, ada pakai email selain dari kaedah tradisi iaitu pakai kad, yang dihantar dari rumah ke rumah (Biasanya keja Tuan Rumah yang menjemput)

Paling senang pakai telefon, bercakap tanpa wajah, hanya suara. Yang ni kekal releven. Yang dah tak releven pakai telegram atau burung merpati (Ada ka?)

Contohnya pakai telefon, katakan yang mengundang tu Boss kita, yang dihormati, maka dia call kita:

Boss: Helo, ya, asalamu'alaikum.
Kita: Ya, wa'alaikumussalam Boss..., apa khabar?
Boss: Alhamdulillah, baik, ni kamu ada ke mana-mana Sabtu depan?
Kita: Takda Boss, ada di rumah saja...
Boss: Free ke hari tu? Takda aktiviti?
Kita: Free, insyallah, ok..., takda aktiviti...
Boss: Jemput mai rumah saya, ada kenduri sikit...
Kita: ?????

Bolehkah kita kata tak boleh? Sedangkan kita free, ada di rumah, tiada aktiviti, rumah dekat dengan tempat kenduri dan yang memanggil tu Boss kita?

Satu lagi situasi:



Maka kita jawab:

"Ya, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar"
"Saya bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah"
"Saya bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah"

Bila sampai "Hayyaalas Solaah....."

Apakah jawapan kita? Sedangkan kita mengaku Allah Maha Besar, kita mengaku tiada tuhan selain Dia, dan kita mengaku Nabi Muhammd itu pesuruhNya?

Boleh kita masih basuh kereta time azan sedangkan kita mengaku Allah Maha Besar? Siapa yang lebih besar? Kereta atau Allah?

Siapa yang lebih besar? Memancing? Tonton TV? Main Bola? Bersembang? Atau semua yang kita sedang lakukan time azan tu? Seluruh dunia melaungkan azan, ramai yang sahut, tapi lebih ramai yang tak.



Wallahu'alam.

Jemputan

Bercakap pasal kenduri, takkan boleh tak cakap pasal jemputan.

Bagi yang dah selalu buat kenduri di rumahnya, tentu ada senarai jemputan yang sudah biasa dijemput setiap kali adanya kenduri. Dalam ramai-ramai jemputan, selalunya ada yang pengunjung tetap, pasti akan datang memeriahkan majlis kenduri yang kita buat di rumah kita. Meraikan jemputan kita, menerima undangan kita seiisi keluarga.

Tuan rumah pasti akan berasa pelik, jika ada sorang dua yang tak hadir tanpa memaklumkan sebab, kita jemput sekali tak hadir, kita mungkin kata dia sibuk dan ada kenduri lain.

Jemput kali kedua tak hadir, kita dah perasan apa yang tak kena dengan mamat ni.

Jemput kali ketiga juga tak hadir? Ni sangat pelik, dia memusuhi kitakah?

Adakah nak dijemput lagi kali keempat?

.................

Ada sejenis undangan, setiap hari, 5 kali...

Tuan rumah tu memanggil pagi, tengahari, petang, senja, malam...

5 kali..., kalau kita dengar, kemudian kita tak pegi  sebelah pagi.

Dia jemput lagi tengahari, juga tak pegi tengahari. Petang pun panggil tak datang juga, senja pun tak datang, malam pun tak datang?

Bukan sehari tapi berhari-hari..., tak datang jugak?

Apa agaknya perasaan Tuan Rumah berkenaan?




Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Monday, December 6, 2010

Kenduri

Musim cuti sekolah sebegini, menjadi budaya masyarakat kita untuk mengadakan kenduri, banyak jenis ada:

1) Kenduri kahwin
2) Kenduri khatan budak
3) Kenduri doa selamat balik haji (sekarang musim balik haji)
4) Kenduri doa selamat anak dapat result baik UPSR (Jatuh dalam bulan cuti sekolah)
5) Kenduri merisik
6) Kenduri bertunang
7) Kenduri Akikah
8) Kenduri korban (Hari tu punya Aidiladha jatuh dalam cuti sekolah jugak)
9) Kenduri saja-saja (nazar atau sunat)
10) Kenduri arwah & tahlil
11) Kenduri masuk rumah baru
12) Kenduri kesyukuran
13) Kenduri lain-lain.

Saya berpendapat kalau dah musim kenduri, kita elakkanlah join sekaki dan tangguh untuk mengadakan kenduri dalam musim ini jika dapat dielakkan, terutamanya kenduri jenis sunat atau jenis yang boleh ditangguh kerana:

1) Banyak sangat dapat undangan, orang takkan makan banyak di setiap majlis, boleh mengakibatkan pembaziran.
2) Harga barang keperluan kenduri kambing, lembu dan ayam akan meningkat sebab banyak permintaan.
3) Harga sewa khemah dan kerusi meja juga akan meningkat sebab banyak order.
4) Sewa bangunan, dewan untuk majlis juga meningkat, clash majlis, tak sempat buat persiapan sebab dewan baru lepas orang pakai.
5) Takkan ada sedara mara yang dijemput boleh hadir semua, kerana perlu hadir di tempat lain dalam masa sama.
6) Tak semestinya kenduri kawin kena buat dalam masa cuti sekolah...
7) Orang bekerja tetap kena ambil cuti, bukan cuti sekolah dia pun cuti sama, kecuali cikgulaaa.... eh, takkan semua sedara mara kita keja cikgu?
8) Sewa homesytay, hotel, lodging semua meningkat sebab cuti sekolah, baik buat masa tak cuti, boleh dapat diskaun lagi nak menyewa lodging.
9) Jemputan pun tak happy sgt nak pi kenduri di rumah kita sebab dia pun banyak ada kenduri lain...
10) Katerer pun time ni la nak cekik darah caj mahal-mahal sebab sibuk, bila time lengang dia akan caj ala kadar saja....

Kita biarkan orang lain yang lebih priority untuk buat kenduri, kita pi saja kenduri yang dijemput untuk makan-makan.

Kalau boleh tapau sekali, jimat makan malam.

Selamat buat kenduri, selamat makan kenduri.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Salam MAAL HIJRAH 1432

Salam MAAL HIJRAH 1432,

Bertambah setahun lagi, semoga tahun baru hijrah ini menjanjikan kejayaan kepada setiap kita, dunia dan akhirat.

Sesiapa yang belum mengetahui tarikh lahirnya dalam kalender Islam, sila convert di sini, jika berminat:

Masihi - Hijrah Converter

Jika kita sudah berumur 30 tahun di kalender Masihi, kita akan beumur 31 tahun di kalender Hijrah.

Semoga bermanfaat.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

SPAN


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Tuesday, November 30, 2010

CGMP Consult

Kepada sesiapa yang berkenaan:

CGMP's Document.



(Ask me for password, TQ)

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Tuesday, November 23, 2010

2 Alam

Berasa teringin nak memberi komen, sasaran yang diletakkan berbulan-bulan dengan hebahan setiap hari dalam satu suratkhabar, dengan 'bahasa' yang sungguh puitis.

40 juta untuk filem pertama amatlah jauh. 4 juta lebih rasional, letak 4 juta, mungkin boleh capai 2 juta actual, bergantung kepada rezeki.

Kalau benar dapat 2 juta pun, dengan sasaran 4 juta, tidaklah begitu tragis. Kalau dapat 2 juta alhamdulillah, kalau kurang....?

Dua ratus contohnya?

Cubalah lagi....!

(Minta maaf, embed dari youtube)

NBCT AP Tower Cable Tray Inspection


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

KDN Kangar 23 Nov 2010


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Ha Zal Baladil Amin.


"Demi negeri ini (Mekah) yang aman damai (Al Quran, At Tiin, 3)"

From Email:

"Makkah - Kota Paling Selamat Di Dunia BAGI orang-yang memahami hukum fizik dan banyak mengkaji tentang kehebatan Mekah akan menemu kan sesuatu yang baru. Penemuan itu menguatkan lagi keyakinan,Islam agama yang datang dari tuhan yang Maha Esa. Sekali gus, menjadikan diri semakin dekat kepada pencipta dan terasa kerdilnya diri di sisi tuhan. Prof. Norhisham Wahab, Pengasas Color Vaibration Therapy yang banyak mengkaji tentang kaitan amalan haji dengan sains menjelaskan, Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil. Boleh dikatakan ia kawasan paling selamat di dunia. Tidak keterlaluan kalau dikatakan, jika suatu hari nanti bumi mengalami kekacauan dan malapetaka, Mekah adalah bumi yang paling selamat untuk didiami. “Itulah kawasan yang dicari-cari selama ini, di mana manusia boleh tinggal dengan selamat dan aman sehingga berlakunya kiamat. Sebagai pusat bumi memang banyak keistimewaannya. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga. “Suatu masa dulu kiblat kita adalah masjid al-Aqsa dan di situlah pusat bumi ketika itu. Kemudian Allah perintahkan Nabi untuk berpaling ke arah Kaabah sebagai kiblat. Dari apa yang saya pernah kaji, berlaku gempa bumi dan pergerakan lempeng bumi di tanah Arab clan menyebabkan pusat bumi berubah ke Mekah,” katanya. Prof. Nohisham juga menjelaskan tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit. Sebenarnya ketika berada di sana, sistem imun akan menjadi lebih kuat secara semula jadi tanpa bantuan vaksin. Pengaruh graviti banyak memainkan peranan untuk merangsang kelenjar pineal yang terletak di otak tengah untuk mengawal kekuatan sistem imun. Memang sudah dibuktikan apabila berada di Mekah yang sakit akan jadi sihat dan yang lemah akan bertenaga. Apabila graviti tinggi maka banyak elektron ion negatif yang berkumpul di situ. Sebab itulah doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. Ketika berada di sisi Kaabah perasaan akan segera berubah menjadi hening, tenang, sayu, rendah diri, kerdil pada kebesaran tuhan. Semua itu adalah pengaruh dari tekanan graviti yang tinggi. Meskipun ada niat jahat Yahudi atau Kristian untuk menghancurkan Mekah, cubaan itu tidak akan berjaya. Setinggi mana teknologi ketenteraan negara-negara maju tetapi tidak dapat menembusi Mekah. Andai kata ada peluru berpandu yang dihalakan ke Mekah untuk menghancurkannya, itu pun tidak akan berjaya. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah. Begitulah hebatnya tempat yang Allah pilih sebagai kiblat bagi umat Islam. Sudah pastinya manusia biasa tidak mampu mencipta sesuatu sehebat itu. Malah teknologi satelit pun tidak boleh merieropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi. “Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk. Sujud, dahi mencecah lantai masih terasa dingin mamar yang dipanah matahari kerana tekanan graviti tinggi itu,” terangnya. Selama ini kita hanya diajar tentang melakukan ibadat haji, rukunnya, sejarahnya, perkara yang dilarang semasa ihram clan penjagaan kesihatan ketika di Mekah. Mengapa tidak pernah ada ulama atau tokoh agama yang memberitahu apa rahsia di sebalik rukun haji itu. Hikmah-hikmah yang selalu di laung-laungkan tentang haji sudah terlalu biasa sangat. Haji dilihat sebagai satu pengorbanan, memerlukan kesabaran yang tinggi, persaudaraan, mengabdikan diri, melawan nafsu, dugaan, persamaan, perpaduan, kesu dan rohani, menghambakan diri dan satu cita-cita. Semua yang dijelaskan terlalu subjektif."

Sekian.

Monday, November 15, 2010

Salam Aidiladha

Alhamdulillah jika dipanjangkan umur maka esok sekali lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha, Hari Raya Haji, Hari Raya Qurban, Hari Raya Qubra..., apapun sebutannya, kita meraikan saban tahun dengan kaedah yang kita diajarkan, mengikut 'sekolah' masing2.

Adakah Raya Haji tahun ini akan sama saja dengan tahun yang lalu bagi saya dan kita semua?

Bolehkah mulai tahun ini kita mula menyemai azam untuk berhari raya Qubra ini di Tanah Suci pula pada salah satu tahun daripada tahun-tahun akan datang? Secepat yang boleh?

Sudah jatuh hukum wajib untuk kita menunaikan Haji dan apakah persiapan kita untuk ke sana?

1) Sudahkah dibuka akaun Tabung Haji?
2) Sudahkah dibuat daftar Haji? Baki akaun perlu di dalam buku sebanyak RM1500 sehingga sampai tahun untuk kita menunaikan haji.
3) Sudahkah dicukupkan RM10,000.00 dalam akaun Tabung Haji untuk membolehkan kita pergi menunaikan haji dengan kos sekarang?

Jika semua belum, bila kita akan bertindak? Jika kita membuat daftar pada tahun ini (2010), giliran kita akan diberikan pada sekurang-kurangnya pada 2028 nanti, siapa yang boleh menjamin kita akan hidup sehingga tahun tersebut?

Memandangkan kita di Malaysia perlu menunaikan haji melalui Tabung Haji, maka urusan pendaftaran haji dan pembukaan akan tabung haji menjadi wajib bagi setiap orang Islam di sini. Melainkan kita rasa kita nak ke sana dengan kaedah yang lain.

Adakah urusan haji untuk orang tua dan pencen sahaja?

Itupun kalau kita sampai tua dan sampai pencen.

Susahkah untuk kita mengumpulkan RM 10,000.00 dalam akaun Tabung Haji kita untuk persiapan kita menunaikan Haji?

Bolehkah kita menukar spot rim kereta yang berharga RM 4000.00 sedangkan akaun Tabung Haji kita masih belum cukup RM 10,000.00?

Bolehkah kita membeli rokok yang berharga RM10 sehari sedangkan akaun Tabung Haji kita masih belum cukup RM 10,000.00?

Bolehkah kita menukar telefon bimbit setiap 6 bulan yang berharga RM2000.00 sedangkan akaun Tabung Haji kita belum cukup RM10,000.00?

Bolehkah kita pergi makan angin serata dunia dengan kos belasan ribu satu trip sedangkan dalam akaun Tabung Haji kita belum cukup RM10,000.00?

Bolehkah kita setiap 5 tahun menukar kereta sedangkan akaun Tabung Haji kita belum cukup RM 10,000.00?

Bolehkah kita?

Satu tulisan untuk diri sendiri....! Padan muka...!

Salam Aidiladha untuk semua pembaca, semoga para jemaah haji kita di sana pada hari ini pulang dengan Haji yang Mabrur.

Wallahu'alam, Wassalam.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Tuesday, November 2, 2010